Saturday, February 21, 2015

Hilang Domain, Kembali Sebagai Pengguna Blogspot !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Kalau ada yang tertanya mana hilangnya silampuneon, saya masih ada di sini. Sebenarnya, silampuneon.com tak dapat diselamatkan sebab syarikat domain to down. So...banyak entry-entry lama yang tak dapat nak access. Sebenarnya, saya ingat dah give up dah sebab ingatkan blog ni tak dapat diselamatkan lagi...tapi Alhamdulillah someone helped me deleted my silampuneon.com and i come back as blogspot user. Alhamdulillah, i macam serik sangat dengan domain. Hampir enam bulan rasanya saya cuba sabar sebab tak dapat nak berceloteh dalam blog ni...Syukur, dapat kembali menulis...

Entah kenapa, lepas delete domain, semua entri yang menggunakan domain dulu tak appear dekat thumbnail blog ni (tapi bila saya click pada "blog archive" i still boleh baca semua post i). Yang keluar pada thumbnail is my old tok kaduk stories, dimana zaman muda mudi yang suka cakap lepas, cara tulis pun macam kanak-kanak dan minah senget...dan entri suka cerita pasal lelaki jer, zzz..oops, maklumlah cerita 5,6,7,8 tahun dulu...memang gitu la gamaknya kan...sekarang dah tua bangka dah :)

So, perlu diingat pada pembaca semua, tak perlu nilai diri penulis berdasarkan entri entri tahun tok kadok dulu ya. Mungkin yang tinggal dalam blog ni cuma sisa sisa entry lama dulu sebab entry masa saya guna link domain tak lagi appear. Entri yang lama pun kena buang mana yang patut, cuma belum sempat lagi nak godek...

Pesan pada diri dan pembaca, blog ini ditulis bukan untuk mencari publisiti murahan, bukan untuk melempiaskan benci dan kemarahan, bukan untuk bergosip, tetapi untuk muhasabah diri, menyampaikan peringatan untuk diri dan orang lain, serta memberi ruang pada diri untuk meluahkan pendapat yang mungkin tidak sama dengan orang lain, suara-suara yang tak kesampaian untuk diluahkan, tetapi bukanlah asas untuk mengubat jiwa yang lara kerana untuk mencari penawar itu datang hanya dari Allah subhanawataala..Blog ini akan bermanfaat kepada setiap pembacanya InsyaAllah...


Aku. 6.34 petang, 31 Jan 2015


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You
 في أمان الله
May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork