Pages

Saturday, October 25, 2014

Cara Buat Nasi Arab Kabsah Kambing (Mudah!)

Assalamualaikum blog dan seisi kuman blog !

Ahhh...rindunya nak berceloteh kat blog ni...hurm ! Harini ni setelah berbulan bulan tak menulis...tetiba rasa nak share pasal menu masakan saya harini. Pa dia ? Pa dia yang saya masak hari ni yang best sangat sampai tetiba nak kene update blog ni ?

Nasi Arab Kabsah Kambing !



Ya Allah, macam tak sangka boleh buat sendiri dan kualiti nyer macam makan kat kedai Arab Dima Restaurant....hecewah ! Selalu makan kat Dima Restaurant je...harini buat sendiri pulak !

Ok meh saya share cara cara nak masak nasi arab kabsah kambing yang paling simple sekali ! Simple je ada 3 bahagian utama dalam buat nasi arab ni.


SEBELUM MULA MASAK....SILA SEDIAKAN BAHAN BAHAN NI : -

- kambing / ayam sekilo
- rempah ratus (cengkih, kayu manis, pelaga, lada hitam dan daun basel/salam)
- minyak zaitun
-bawang besar & bawang putih
- beras basmati
- pes nasi arab (sila tengok gambar)
- tomato 8 biji
- cili padi / cili hijau kalau taknak pedas
- gula / garam
- kuib ayam 1 biji

SEBELUM MULA MASAK....SILA BUAT NI : -

I) Rendam 1 kg Nasi Basmati dengan air
II) Basuh daging kambing dengan tepung sehingga bersih


A ) CARA MASAK KAMBING

Kita zoom sikit sebab rasa dia masya Allah....sedap nya !



Ikut step yang ditunjukkan seperti gambar kat bawah ye....tumiskan bahan bahan ;)





  1. sediakan periuk ajaib (yang popular tu...hah pakai periuk ni memang ajaib sebab daging korang akan cepat empuk)
  2. panaskan minyak zaitun (letak sikit jer untuk tumis bawang)
  3. tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang
  4. masukkan rempah ratus (2 batang kayu manis,3 biji pelaga, 2 bunga cengkih, daun basel/salam, lada hitam)
  5. masukkan tomato cincang dan tumis sampai naik bau
  6. masukkan daging kambing / ayam ikut suka korang lah dan tumis kan sekejap
  7. masukkan air cukup untuk semua daging dan biar menggelegak sampailah daging empuk. (kalau ayam sekejap je dah masak) Tapi dalam resepi ni saya buat daging kambing..so saya biarkan daging tu direbus selama 1 1/2 jam.
  8. jangan lupa masukkan 1 kiub ayam dan garam secukup rasa.
  9. bila dah lama rebus, air akan berkurang..jadi tambahlah dengan air panas untuk sambung rebus sehingga daging empuk ye (boleh tutup api jika daging dah empuk, camne nak tau empuk...cucuk pakai garfu dan boleh dikunyah)


*sambil sambil tunggu daging kambing empuk....boleh lah kita mula masak nasi arab !*


B) CARA MASAK NASI ARAB KABSAH




CARA MASAK NASI ARAB KABSAH


  1. ok sediakan rice cooker
  2. masukkan 1300 ml air dan masukkan pes nasi arab dan biarkan mendidih
  3. masukkan beras yang telah ditos dan gaulkan
  4. ambil secawan air rebusan daging tadi campurkan dalam rice cooker tu (untuk menyedapkan lagi nasi arab korang)
  5. tunggu sampai nasi sedikit kering dan campurkan pewarna
  6. lastly boleh masukkan kismis kalau korang suka
  7. lepas tu siap !!


* senang je kan masak nasi arab ni !*


C) CARA BUAT KUAH / SOS THALATHA



CARA BUAT KUAH / SOS THALATHA

  1. sediakan blender
  2. masukkan 4 biji tomato, 1 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih yang telah dicincang
  3. masukkan daun ketumbar dan cili padi yang dipotong (yang ni saya guna cili padi..baru umphhh)
  4. sedikit garam dan sedikit gula
  5. blend kan sekejap sekejap supaya semua hancur tapi jangan terlalu hancur nanti tak best. so ala kadar je :) 
  6. siap dah !



BILA DAH SIAP>>>KITA HIDANGKAN ! BISMILLAH....
Dah bersedia untuk makan semua ? Syukur nikmat Allah :)


Macam ni lah rupanya bila korang dah siap masak kambing tu nanti..dan air / kuah dia tak banyak pun sebab dah evaporated. Daging sungguh empuk sebab dah biarkan selama 1 1/2 jam :) Rasa memang ummph....... !



Nasi Arab Kabsah Kambing ! Siap untuk dimakan......rasa dia...terbaekk....Alhamdulillah. Semoga korang juga berjaya buat sebab senang gila :) Orang tak pandai masak pun boleh bukak kedai nasi arab ! 


Alhamdulillah !

Sunday, October 12, 2014

Rumah Untuk Disewa : Bangi, Taman Bangi Avenue (Oktober/November 2014)

Rumah Untuk Disewa (BARU) !!
Kemasukan bulan Oktober/November 2014 !!




Untuk Muslims sahaja. (bujang/students/keluarga)

Lokasi : Bangi
Alamat :  No.36, Jalan Bangi Avenue 1 / 7a, Taman Bangi Avenue, 43000, Kajang, Selangor. 

*Bangi Avenue new strategy location. Surrounding with college and university.
*link with North-South Highway, Kajang-Seremban Highway (LEKAS)
*beside with Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota*2 minute exit to Putrajaya and Cyberjaya 
*Near to amenities:playground, Petrol station, shop lots, UKM.etc.
*15 min to Kajang & Semenyih
*10 min to Nilai & Bangi
*different units to choose

*keadaan rumah besar dan luas. jadi memang selesa duduk dalam rumah ni sebab macam ala bungalow gitu. sesuai untuk students or bujang yang nak duduk rumah selesa banyak ! Kalau berkeluarga boleh bincang harga sewa rumah dengan owner ya ! Nak family kalau nak sewa pun boleh jugak...first pay basis. owner pun muslim dan baik hati :)

Sewa bilik : RM450.00 (bilik 1)
RM450.00 (bilik 2)
RM430.00 (bilik 3)
RM450.00 (bilik 4)
Deposit : 1 + 1 + RM200 (api/air)
*setiap bilik beserta bilik air :)

Contact owner : Pn. Ain 0136744123
call dilayan : pukul 9pagi hingga 6petang sahaja.
mesej / whatsapp : 24 hours. 

Facilities

  • 1) Jogging Track
  • 2) Mini Market
  • 3) Playground
  • 4) 24hr Security
  • 5) restaurant


















map : 
 

Designed by Alieff Artwork