Pages

Wednesday, July 16, 2014

Sukarnya Menjaga Hati...

Assalamualaikum,

Entah kenapa saya rasa kesian sangat sangat kat si kiki steering tu. Takpelah, saya doakan semua ujian ni berlalu cepat dan moga dia mendapat hikmah atas dugaan berat yang menimpa dia ni. Harap harap semua rakyat malaysia berhenti lah mencaci dia. Ingat, dosa mengumpat hanya akan terhapus jika kita minta maaf dari orang yang diumpat tu.  Sia sia puasa kita kalau kita sibuk mencaci orang. 






Bercakap soal hati. Kenapa kita ni manusia, susah sangat...payah benar nak menjaga hati kita ? Nak menjaga hati sendiri payah..nak jaga hati orang lain lagi lah payah...bukan mudah !

Kadang kadang, sampai pada satu tahap kita yang sedang berusaha susah payah mendidik dan menjaga hati...lalu datang orang lain punah ranah kan semangat kita, hancurkan hati kita, kecewakan kita dan merosakkan hati kita yang sekian lamanya kita jaga tu.

terdetik dalam hati saya

"aku susah payah sampai tahap ni, kau boleh cakap macam tu kat aku, sampai hati kau manusia " Tak tahu betapa pedihnya hati menanggung, sakitnya hati. Tapi masih berlagak cool depan manusia begini. "takpa, ini hari kau..."

Memang selalu ada manusia yang bercakap dan bertindak melulu tanpa berfikir tentang perasaan orang. Mungkin, kita tak berada dalam situasi orang tu, dan kita takkan pernah tahu. Yang kita tahu, sedap mulut nak cakap itu ini, ikut sedap rasa. 

Itu baru hati sendiri. Kalau hati orang lain ? Hati mak ayah terutamanya, keluarga terutama sekali. Kemudian nak jaga hati sanak saudara, hati kawan-kawan, hati jiran tetangga, hati masyarakat...

Dalam keluarga...misalnya lah kita ni anak yang tak berapa nak excellent, tak berapa nak dapat perhatian sangat. Kita ni akan selalu rasa macam takde orang nak ambil tahu hati dan perasaan kita. Apa yang kita nak luahkan pun rasa macam takde siapa yang peduli nak dengar. Tapi sebagai anak dan adik, kita tetap cuba nak jaga hati mak, ayah, dan adik beradik yang lain. Hati semua orang nak kena jaga, tapi hati sendiri...takde siapa peduli kan ?

Mulut ni, mungkin tak berbunyi, tak merungut, malas nak berbalah. Tapi dalam hati membara bara ja. Lama lama hati yang suci pun boleh jadi keruh dibuatnya.

Astagfirullahalazim... 


Oklah, saya tinggalkan kamu semua dengan Tips dari Dr. Fadhilah Kamsah :

>>>>>Petua Mensucikan Hati <<<<

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya........ (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.


- Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.




Monday, July 14, 2014

Selamat Ulangtahun Cinta, Tasha Manshahar feat. Syed Shamim {MP3 & Lirik}

Assalamualaikum !

Masa drive balik ke rumah tadi, terdengar lagu ni kat Era.fm. Eh lagu baru ke ? Tak pernah dengar pun...best la pulak lagu ni , so cute cute gitu. Sempoi ja. 

Tak kenal pun artis dia , mula mula perempuan nyanyi ala ala yuna...lepas tu bila ada lelaki duet rap sekali baru syok lagu dia..suka suka ! Ala ala najwa latif dan sleeq la..boleh tahan, boleh lawan :) 

cer dengar cer dengar...best tau.



 ni rupanya penyanyi nyer... hoo da tau dah..



 selamat ulangtahun cinta :)



MP3 download lagu selamat ulangtahun cinta

Video lagu Selamat ulangtahun baru cinta

official music video akustik


Lirik Selamat Ulangtahun Cinta oleh Tasha Manshahar & Syed Syahmim
Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Tak termampu gambar dengan kata
Rasa gentar dalam jiwa
Satu purnama ku tak lena
Fikir lirik paling indah

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Bagiku

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta

Kini tiba masanya kau lebih dewasa
Kini bukan masanya untuk kau berduka lara
Dunia dulu kini tak sama
Banyak dugaan jadi kau harus waspada
Benar kata mereka ku ini bukan anak raja
Ku tak punya wang berjuta harta satu dunia
Hanya sebuah lagu istimewa yang ku cipta
Baby this is special for you
Selamat Ulangtahun Cinta

Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya

Ku tak punya wang berjuta apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, harap kau sudi terima
Moga kau selalu tertawa, ceria disamping keluarga
bahagia yang engkau rasa, kekal sampai bila-bila
Ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka, selamat ulangtahun cinta




Thursday, July 10, 2014

Puasa Yang Paling Dicintai Allah : Puasa Nabi Daud A.S

Assalamualaikum,



Haritu saya da terdengar kat ikim.fm kan. Ustaz kata puasa yang dicintai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud alahissalam. Saya pun tak berapa arif, jadi saya google google sikit. 



Secara ringkasnya, cara Nabi Daud melakukan ibadah puasa :
- Puasa selang sehari (sehari puasa, sehari tidak) dan istiqamah (berterusan) kecuali hari haram berpuasa
- Tidur setengah malam dan bangun qiyamulai


أَحَبُّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ، وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ ، وَكَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ ، وَيَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا

Apa yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud a.s.? 
Apa fadhilatnya?

Puasa Nabi Daud a.s. bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzul-Hijjah). Kelebihannnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

sumber : http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-puasa-nabi-daud.html








Serba sedikit sejarah Nabi Daud alaihissalam.




Nabi Daud a.s merupakan anak Isya bin Basywa, iaitu cucu Yahudza bin Yaakub keturunan Nabi Ibrahim a.s yang ke-12. Beliau menjadu raja setelah kewafatan Raja Thalout. Pada zaman tersebut terdapat seorang raja yang zalim dan kafir yang bernama Jalut.
Thalout bukan dari keturunan Nabi ataupun berdarah raja tetapi mahir dalam paperangan dan seorang pemimpin perang. Tugas pertama Thalout setelah dinobatkan sebagai raja ialah membentuk satu pasukan yang terdiri daripada pemuda gergasi yang masih kuat dalam menghadapi rakyat palestin yang terkenal dengan kekuatan dan keberanian.
Jalout merupakan panglima perang pasukan musuh dan terkenal sebagai seorang yang berani, cekap dan tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. Sesiapa sahaja yang berani menentangnya sudah pasti akan jatuh dibunuh. Beliau merupakan seorang raja yang zalim, kejam, sentiasa memerangi dan mengusir rakayat Bani Israil dari tempat tinggal mereka. Negeri yang diperintahnya adalah diantara Syam dan Mesir.
Masyarakat Bani Israil meminta kepada Allah S.W.T supaya dianugerahkan seorang raja yang bakal memimpin mereka berperang di jalan Allah S.W.T. Sewaktu dalam peperangan banyak di antara mereka yang mengatakan tidak sanggup. Hanya 313 orang sahaja yang sanggup dan berani maju. Terdapat riwayat yang menyebut bahawa pasukan itu sebenarnya berjumlah 303 313 orang yang berangkat untuk berperang. Mereka memiliki kemantapan iman kepada Allah S.W.T serta tidak takut walau sedikit pun dalam menghadapi musuh yang kuat walau jumlah mereka sedikit sahaja. Dalam peperangan itu Jalut mati dibunuh oleh Nabi Daud a.s dan kemudian menuntut janji daripada raja Thalout, tetapi Thalout tidak juga memberi. Nabi Daud a.s meninggalkan raja Thalout bersama sebilangan besar tenteranya kerana rasa tidak puas hati terhadap perbuatan raja Thalout yang tidak menepati janji.
Thalout menggangap Nabi Daud a.s sebagai satu ancama dan mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Daud a.s dan meninggalkan istananya serta hilang tanpa jejak. Kesempatan ini digunakan oleh Nabi Daud a.s untuk menaiki taktha. Seluruh rakyatnya mengangkat dan memahkotakan Nabi Daud a.s sebagai raja.
Nabi Daud a.s dikurrniakan suara yang sangat merdu yang tiada tara bandingan serta dapat melembutkan besi dan membuat bermacam-macam barangan keperluan hidup, seperti pakaian dan lain-lain. Nabi Daud a.s meninggal ketika menjangkau usia 100 tahun 6 bulan dan dimakamkan di Baitul Maqdis.

sumber : http://cahayapurnama.com/sirah-dan-sejarah-nabi-daud-a-s/


Sunday, July 06, 2014

Tanggungjawab Suami Beri Nafkah, Bukan Isteri Tanggung Suami.

Assalamualaikum.


Dunia sekarang memang mencabar kan. Manusia ni macam macam ragam. Entah kenapa, Allah jadikan macam jenis perangai. Tapi yang pasti Allah dah jadikan manusia tu seelok mungkin..dan kesesatan, kerosakan adalah berpunca dari diri manusia itu sendiri.





Kita sedia maklum, banyak dah cerita cerita dan realiti kita sendiri nampak atau lalui tentang title "suami"..;

husband kedekut,
husband tak bagi nafkah
husband nak ada baby tapi nak bercerai pulak, lepas bercerai tak bagi nafkah pulak,
husbang ada bini cantik, anak comel comel tapi nak kahwin lain pulak, nafkah tertunggak pulak. 
husband simpan duit untuk diri sendiri sampai isteri terpaksa curi curi ambil tahu pasal kewangan suami or ambil duit tanpa pengetahuan suami (dah suami tak nak bagi punya pasal),

Saya juga tak pasti dan tak arif kalau nak cerita pasal rumahtangga ni since saya pun xkahwin lagi. Tapi kita ni bercakap ikut rasa jer lah. dan berdasarkan pengalaman orang lain.

Tentang nafkah ni. Apakata alim ulama tentang tanggungjawab nafkah seorang suami ?
Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.
Pengajaran hadis:
  • i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
  • ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
  • iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
  • iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
  • v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Ok ini yang saya faham la : - 
- suami wajib beri nafkah, kalau suami tak bagi , berdosa. 
- suami kena bagi nafkah batin (hubungan intim) dan zahir, dua dua penting.
- perbelanjaan keluarga (beri duit belanja untuk isteri, dan sekolah anak anak..beli buku ke bayar yuran ke)
- makan minum dan pakai (pastikan isteri dan anak anak makan yang elok , sihat, takde penyakit, pakaian elok dan bersih)
- walaupun isteri bekerja, tapi nafkah tu tetap atas tanggungjawab suami. kalau isteri tolong, dikira sedekah dan dapat pahala (so suami kalau dah tau isteri kerja, tapi taknak bagi nafkah sebab isteri dia ada duit, dikira berdosa sebab itu tanggungjawab suami. gaji isteri bukan hak suami, isteri sekadar membantu boleh, itu dikira sedekah dan amalan untuk isteri)







So kalau korang sebagai suami tu, beringat ingatlah tanggungjawab korang ye. "Suami Tanggung Isteri" Janganlah lepas tangan, lepas tanggungjawab kat isteri. Kesian isteri tu...Kalau dah tahu tanggungjawab suami tu besar, haruslah sedar dari permulaan sambung belajar dan cari kerja, lelaki kena berusaha kuat dan extra untuk tanggung keluarga bila dia dah berkahwin. Bukan setakat nafkah saja, suami juga tak boleh biarkan isteri dan anak anak melakukan perkara larangan Allah, nanti suami dapat gelaran dayus dan harus menanggung dosa isteri dan anak anak. 

Lagi elok, kalau dia boleh tanggung keluarga dan isteri tak bekerja. Isteri boleh duduk rumah jaga rumah, jaga anak anak. Rumahtangga pun lebih harmoni. 

Bukan nak kata kena ada gaji dan pangkat besar je, tapi biarlah dari segi ekonomi tu stabil. Dan kalau ada banyak harta pun tak guna juga kalau jenis suami yang kedekut kan ? Tak guna juga kalau ada banyak harta tapi jenis suka menhabiskan duit ke arah perkara tak berfaedah contohnya (berjudi, bermain saham sehingga lingkup, belanja orang lain tapi keluarga sendiri diabaikan, laburkan duit pada kereta, motor modify sana sini hingga habis duit dan tak bagi pada bini dan anak anak,dan banyak lagi)

InsyaAllah moga rezeki yang Allah bagi tu walaupun sedikit, jika ia berkat ia akan sentiasa mencukupi. Janganlah risau. 



Berikut pula tentang isu "Isteri tanggung suami" . Benda ni berlaku kat ramai wanita, sedih pulak saya tengok. Terseksa betul jiwa raga. Ni antara kes kes yang saya terbaca...

kes 1 : Bgmana jika suami paksa isteri tanggung dirinya kerana malas berkerja. Klu isteri x duit, di suruh berhutang dgn org utk dirinya. Suami jg pasang ramai girlfriend utk sumber kewangan dia...apa hukum utk suami bgini?

kes 2 : Hati isteri mana tak kecewa. Hutang Rumah. Kereta dibebani dibahu isteri, suami hari hari duduk bersembang dgn kawan2. Kawan dibantu. Sedikitpun tiada usaha membantu. Bila diminta bantu mulalah marah-marah. Disuruh Beli makanan utk anak2pun takediendah. Sampai bila isteri terus bersabar.

kes 3 : Salam bagaimana pula jika seorang suami itu sudah pencen selama 7 tahun,sebagai pencen swasta, si isteri yang menanggung makan Dan minum pakaian diri sendiri anak2 serta suami, padahal suami masih lagi mampu?? Apakah hukum bagi suami tersebut?? Adakah masih bertanggungjawab untuk memberikan nafkah zahir kpada anak2 Dan isteri? Mohon diberikan sedikit penjelasan.

kes 4 : Saya ingin bertanya, bagaimana pula sekiranya isteri yang menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumah (isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak membenarkan berhenti kerja untuk membantu beliau-pada mulanya redha kerana niat ingin meringankan beban suami) contohnya ansuran rumah, bil-bil elektrik dan air, barangan keperluan rumah, keperluan anak (termasuk bayaran kepada pengasuh) kerana pendapatan suami hanya mencukupi untuk belanja harian di tempat kerja (termasuk minyak kereta, ansuran kereta suami+penyenggaraan duit bulanan kepada ayah suami)
Adakah suami sekiranya tidak mampu memang tidak perlu memberi nafkah kepada isteri? sang isteri inginkan kepastian kerana beliau sememangnya tidak mahu dan tidak pernah meminta nafkah dari suami kerana takut/tidak pasti haknya.

kes 5 : SAYA INGIN BERTANYA, JIKA SUAMI SAYA TIDAK MEMBERI SAYA NAFKAH DENGAN ALASAN TIDAK MAMPU, WALAUPUN GAJINYA RM4000, APAKAH HUKUMNYA? SAYA SEORANG ISTERI YANG BEKERJA, SAYA TIDAK PERNAH INGIN MEMINTA WANG SUAMI SAYA, TETAPI BILA KAMI BERGADOH DAN DIA SERING MENGUNGKIT KELEMAHAN SAYA SEBAGAI SEORANG ISTERI (SESUNGGUHNYA SAYA HANYA MANUASIA BIASA YANG BANYAK KELEMAHANNYA) SAYA JUGA MENGUNGKIT TENTANG NAFKAH SUAMI SAYA TERHADAP SAYA. SUAMI SAYA SERING MENJAWAB DIA TIDAK BERDOSA KERANA TIDAK MAMPU KERANA TERPAKSA MEMBAYAR HUTANG KERETA HUTANG BELAJAR DAN SEBAGAINYA. 

kes 6 : Kahwin dah masuk 7 tahun, tapi boleh dikira dengan jari,berapa kali aje suami bagi belanja bulanan (nafkah zahir) kepada keluarga.Malah, langsung tak pernah tanya hal-hal belanja rumah – keperluan dapur cukupke, bil-bil umah dah setel ke, duit untuk anak-anak cukup ke? Kenapa macamtu??? Bukan kah kewajipan memenuhi nafkah zahir untuk isteri dan anak-anak(keperluan asas – tempat tinggal, makanan, pakaian etc) adalah tanggungjawabsuami? Kenapa ada suami yang macam ni?


Kan, banyak orang dah lalui macam macam penyeksaan dah dalam hal ni. Kenapa ? Sebab kita ni lupa nak tunaikan tanggungjawab kita.


Ok cuba dengar penjelasan dari ustaz...
Tentang Tanggungjawab Suami kepada Isteri


Yang ni pulak dengar penjelasan ustaz tentang 
Hak Isteri ke atas suami


Hak Suami dan Hak Isteri

Gaji Isteri adalah hak isteri



Psst...tetiba ternampak satu komen kat google ni. Haha I like :  pikir ler masak2 seblum kawen. jangan berkawen sebab desparate.  sekian..

Assalamualaikum...

Erti Persahabatan.




Sahabat,

Kalau suka marilah kita kekalkan ukhuwah hingga ke Akhirat dan sama sama menuju ke jalan yang lurus.

Sahabat,

Kalau tak suka, pergilah menjauh dan jangan pula mendatangkan kerosakan pada aku.

Sahabat, 

Kalau berkenan, janganlah memuji tetapi marilah kita sama sama berusaha jadi yang terbaik.

Sahabat,

Kalau tak berkenan, tegurlah kesilapanku dan jangan pula mengumpat ku di belakang.

Sahabat, 

Kalau sekepala, marilah kita kekalkan persahabatan sehingga membawa kecermelangan dan kebahagiaan.

Sahabat, 

Kalau tak sekepala, tak perlulah rapat sangat tapi kita masih bersaudara dan saling memerlukan.

Sahabat,

Disaat kau susah, aku akan cuba sedaya upaya membantu mu...dan maafkan aku jika aku tidak daya membantu mu...

Sahabat, 

Disaat aku susah dan perlukan bantuanmu bantulah aku...dan aku maafkan kamu jika kamu tidak daya membantu ku...

Sahabat,

Dikala timbul rasa cemburu padaku, maafkanlah aku, aku tidak berniat begitu...

Sahabat,

Dikala aku mencemburuimu, maafkanlah aku kerana aku juga tidak terniat begitu..

Sahabat

Jika aku terlanjur berbuat salah, maafkanlah aku dan janganlah berdendam...

Sahabat

Jika kamu berbuat salah, aku juga sedia memaafkan kamu dan tidak berdendam...



Kawan, sahabat, bff, geng, crew, buddy, boipren, gepren, my fren your fren, jiran, suami, isteri semua tu termasuk la dalam kategori "sahabat". 

Apa hidup ni perlu sangat ke ramai kawan ? Takde la...bagi saya kawan tak ramai pun takpe, asalkan ada kawan yang betul betul bernilai dan berkualiti gitu. Ahaaa !

Bernilai, berkualiti camne ? Haa macam saya tulis kat atas tu ha...ok bai. ! Salam romadon !

#aku tengok fenomena "amran fans" ni mula viral di facebook.mula mula aku nak tergelak jugak pasal lawak lawak amran ni, tapi bila aku tengok lawak dan sindirian dia agak melampau, dan komen komen peminat pulak lucah lucah, aku dah dislike habis dah. harap aku tak nampak lagi page camni menyemakkan facebook feeds. chow.

Akulu qauli haza waastaghfirullaalazim li walakum wabila hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.






Saturday, July 05, 2014

Maksud Fasik : Ciri-Ciri Orang Fasik.

Assalamualaikum,

Moga kita ni tidak tergolong dalam golongan fasik. Mari sama sama berubah, bertaubat, dan ubah diri kita, hindarkan perkara larangan Allah swt...





Maksud Fasik : Orang fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. 
Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:
  • Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
  • Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
  • Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.

Kita ni ada timing kita masing masing. Ada waktu kita bersikap pelik dan ada waktu kita nampak seperti orang normal. Manusia ni hakikatnya cerdik dalam menipu dan menyorok imej sebenar. 

Contoh la kan, bila kita kenal seseorang tu luaran, kita nampak dia ni good good je. Sempurna je pada mata kita. (contoh je k,) Tapi bila kita tanya orang yang rapat dengan dia, sedara mara dia, rupanya dia ni ada amalkan ilmu hitam la, tak senonoh dan sebagainya. (ni contoh je)

Apa yang saya nak maksudkan kat sini, jangan kita fikir kita tengok orang tu baik, comel segala segi, bercakap lembut bagai, kita ingat dia memang macam tu. Tapi sebaliknya hanya Allah je yang tahu macam mana perangai sebenar kita kan ?

Orang yang dah berpuluh puluh tahun kahwin pun, belum tentu kenal 100% akan perangai suami isteri mereka..

Kita ni pulak sebagai manusia dan juga hamba Allah, jangan lah dok buat perkara perkara dosa / pelik  / tak dibuat orang dan benda yang Allah larang lagi murka. Nak ke kita digelar sebagai orang fasik ?

Contohnya :
  • sopan santun dekat sahabat handai tapi kat mak bapak dan adik beradik sendiri mulut celupar gila..tak hormat, derhaka pada ibu ayah
  • nampak baik baik dan pembersih padahal kat rumah sendiri barang berterabur dan suka simpan sampah sampai berkulat kulat, suka duduk bergeluman dalam tempat kotor
  • kerja efisyen solat tak tinggal, tapi suka mengumpat hal orang dan suka gosip artis, suka sebarkan cerita fitnah dan khabar angin tak betul
  • jaga penampilan, bertudung labuh memakai kopiah, selalu pergi masjid, tapi buat perkara songsang dan sumbang mahram


Kita ni hidup pun kena memilih kawan tau. Bukan sebab kita ni berbeza pangkat/darjat/harta ke...tapi kita kena pilih sahabat yang baik, yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Elakkan dari berkawan rapat dengan manusia manusia pelik sebab takut kita pulak terjebak dan melakukan perkara dosa bersama. 

Bercakap pasal hidayah ni, saya teringat ustaz di IKIM FM pepagi buta  pukul  6.35pagi tu kan, ustaz tu kata : 

Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya sahaja. 

lalu orang fasik ni bercakap : Kalau Allah hanya pilih orang untuk bagi hidayah, Allah tak bagi pada aku, jadi aku kekal saja lah begini, sebab Allah tak bagi hidayah pada aku.

Allah hanya memberi hidayah pada hambanya yang mencari jalan kebenaran. Allah tidak memberi hidayah kepada hambanya yang mencari jalan kesesatan. Pintu hidayah dan rahmat Allah sentiasa terbuka buat semua hamba hambanya...Allah itu maha pengasih dan penyayang !

so clear ? takde Alasan bagi orang orang yang fasik (hamba yang membuat perkara larangan allah) untuk tidak menerima hidayah. kerana mereka telah memilih jalan kesesatan yang nyata. 




Sekian,

minta maaf kalau ada salah silap, yang baik semua datang dari Allah swt, yang buruk datang dari saya sendiri...

Akulu qauli haza, wa astaghfirullah alazim li wala kum, wabila hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi waba rokatuh. 





Tuesday, July 01, 2014

Bilik Apartment Untuk Disewa : Jalan Seri Taming, Cheras

Assalamualaikum, Apartment kedai untuk disewa ! Khas untuk muslim sahaja. URGENT, kemasukan secepat mungkin ! Keadaan rumah cantik dan selesa TIP TOP condition :) 

Partially furnished.

Kemudahan : 
- speedmart (rumah betul betul sebelah speedmart, tingkat 3)
- proton centre
- bank
- public transport
- kedai runcit
- restoran
- kedai mamak abc 

Bilik untuk disewa : 
Bilik 1 RM350.00
Bilik 2 RM280.00
Bilik 3 RM280.00

- Masterbedroom ada bilik air

Jenis rumah : (Apartment Kedai)
3 bilik 
2 bilik air

Alamat :  No 12. 3A Blok B
Jalan Seri Taming 1F
43200 Cheras, Kuala Lumpur. 

Contact : 0136744123 (Puan Ain)

























Mak, Abah Jangan Pergi Dulu...





Situasi di meja makan berbuka.

Me : Mak, mak ready tak nak mati ?
Mak : *diam...*
Me : Ooo..mak, diam tanda setuju mak. Hehe...
Mak : Tak ready lagi, banyaknya dosa dosa
Me : Mak, kita manusia memang lah banyak dosa.
Mak : Yela, kita ni buat amal tapi masih lagi berdosa...macam tengok tv tu pun berdosa sebab tengok orang tak tutup aurat...dan banyak lagi dosa dosa kecil...yang kita anggap kecil..
Me : Err..itu hiburan mak bla bla bla (tukar topik) (*sebab aku la tu selalu dok menghadap cerita HBO, FOX MOVIES) Adeh...

Situasi perbualan aku dan kakak aku.
Disebabkan aku yang paling bujang dalam rumah, mak kata "Ena, bangun awal tau, mak dengan abah nak solat tahajud..ena kena sediakan sahur dan berbuka untuk bulan ramadon ni" Yolah mak...

Sis : Wei, ko kunci jam tak bangun sahur ?
Me : Er...tak !
Sis : Habis tu macam mana ko bangun sahur nak sediakan sahur ?
Me : Aku tak kunci jam, aku tawakal !
Sis : Ngok ko punya tawakal !!
Me : Ye la...aku bangun pun sebab aku terjaga, kalau pi kerja pun cam tu gak, tawakal je. Kalau tak bangun tu nasib la pergi kerja lambat ! Hahahohoho.

Situasi dalam kereta.

Me : Mak, yang mak runsing sangat kenapa ? (tengok mak selalu fikir benda serius sampai pening)
Mak : Yela mak fikir la itu ini itu ini, ko tak rasa apa mak rasa...
Me : Mak, mak tu dah nak meninggal dah mak, umur mak dah nak 60 dah..buat apa mak nak fikir sangat...fikir lah yang senang senang, yang happy happy...(selamber tak cakap camni)
Mak : Yela, betul..
Me : Yela mak, buang la jauh3 benda yang runsing3 kepala tu, dendam2 kesumat tu, sakit hati tu, relax and happy happy jer...doakan yang terbaik untuk kami semua...insyaAllah...
Mak : Yela, itulah mak mampu buat...doakan je terbaik..mak selalu doakan semua...

Situasi bersama adik aku, Mijat

Mijat : Mak, mak boleh tak jangan cakap benda ulang ulang banyak kali ? Mijat bosan la...
Me : Mijat, jangan cakap macam tu
Mijat : Yela, mijat dah ingat dah ape mak pesan tu, pastu mak ulang lagi, pastu ulang lagi, pastu ulang lagi
Me : Mijat, mak tu hayat dia tak lama dah tau. Kalau mak mati esok, baru kau nak menyesal suruh mak ulang semua apa mak cakap tu...haa...bila mak dah takde baru ko nak merayu2 mak suruh ulang balik semua...
Mak : Hah, betul tu !
Mijat : .....(*senyap dan terpaksa dengar*)

Abah pulak, gigih sangat kerja. Kerja kerja. Kadang kadang aku pesan kat abah. Abah, duduk je la rumah abah. Dengan umur abah tu..tak payah la kerja susah susah lagi. Lagi pun dah nak pencen. Abah duduk je la rumah. Mana tak nya, kadang kadang weekend pun abah sibuk dengan projek ayam kat kampung. Kesian sebab abah dah 55 tahun dah. Tak patut lah anak anak biarkan dia kerja kuat..tapi abah insist nak buat jugak. Sebenarnya anak anak nak abah duduk senang kat rumah, nak tengok abah selalu, nak selalu dekat dengan abah...

Kesimpulannya kat sini, dunia ni terlampau singkat. Alhamdulillah, ada peluang untuk bersama lebih dengan keluarga berbanding benda lain. Selalu ingat yang mak ayah tu bukan hidup lama, dan kita juga entah mungkin pergi lebih awal dari mereka. Tapi aku selalu beringat ingat. Aku selalu andaikan macam mana aku deal dengan life bila mak dan abah takde suatu hari nanti. Aku selalu ingat yang aku akan bersedia lebih awal untuk menerima berita kematian dan menerima ajal. Dan aku pasti aku tak sekuat yang aku sangka kan tapi, aku akan cuba.

Kerana

Semua ini milik Allah. Apa yang ada pada tangan ku, pada penglihatan aku, semuanya hak milik Allah. Allah bagi pinjam dan beri rasa nikmat sebelum ia ditarik balik bila bila masa sahaja. Berhadapan dengan kematian adalah benda paling derita rasanya bagi setiap manusia. Sedangkan jiran,saudara terdekat pun kita rasa sedih, inikan pula ibu dan ayah yang amat dikasihi. 

Kalau boleh, aku taknak abah dengan mak pergi dulu sebelum tengok semua anak anak dia berjaya dapat kerjaya yang baik, jodoh yang baik, cucu yang baik, dari segi kehidupan sekarang, aku amat bersyukur sebab segala yang ada adalah serba sederhana, alhamdulillah...tapi hakikat nyawa tidak begitu. Nyawa tidak menunggu itu semua. 

Dan aku pelik...

Berapa ramai manusia yang aku kenal, amat membenci ibu ayah mereka. Benci sedalam dalamnya. Benci asal usul mereka. Akibat kesilapan yang dibuat oleh mak dan ayah, kita membenci, mengutuk, ada yang terang terang kutuk di facebook. Astaghfirullahalazim. Terangan mengutuk mencaci mak bapak dengan kawan kawan. Manusia apakah ini ?

Setahu aku, alim ulama ada berpesan..sejahat mana ibu bapak kita. tugas kita adalah mentaati mereka. menggembirakan mereka, dan tidak derhaka pada mereka kerana syurga kita terletak pada redha mereka. Jadi mana syurgamu kalau kamu tidak mentaati kedua ibu bapa mu ?

Dan aku yang masih lemah, masih lagi belajar tentang hidup...bukanlah aku yang terbaik. bukan aku yang boleh dijadikan contoh anak terunggul. tapi aku cuba dan cuba dan cuba...

Sekian, 

Assalamualaikum !






 

Designed by Alieff Artwork