Pages

Sunday, June 29, 2014

Madinah : Masjid Nabawi & Hotel Mubarak Silver.

Dalam banyak banyak kenangan, kenangan pergi ke Madiah dan Mekah adalah kenangan yang paling terindah pernah berlaku dalam hidup. Tak pasti bila ada rezeki untuk ke sini lagi, yang pasti memang nak pergi lagi dan lagi dan lagi. Jadi selagi tak share semua gambar dalam blog, tak puas. Nanti bila senang senang buka blog balik, mesti rindu :) 

Kami sampai ke negeri nabi, Kota Madinah dalam pukul 1.30pm macam tu lebih kurang. Ni turun dari air port kot. entah tengah mamai mamai pun ambil gambar. Lepas tu kena naik bas pergi ke hotel. 

sayu angin malam..dah sampai hotel
Hotel Mubarak Silver.

Nak dijadikan cerita, kami dah bawak balik KUNCI HOTEL MUBARAK SILVER ke KL sebab masa nak check out tak jumpa kunci. Kena bayar 90 rial. Balik KL godek beg , baru jumpa kunci. Hahaha...

hah...jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. ahmad arif takmau bukak mata. !

insyirah pun masih nyenyak tidur. merah pipi

wow, menarik pulak kawasan ni haha

Sampai sampai hotel je, letak barang dalam bilik siap sipa terus pergi Masjid Nabawi...:) Dekat jer dengan hotel kami. Alhamdulillah...

 jalan kaki sambil menikmati keindahan kawasan Masjid Nabawi

muka muka fresh baru sampai..hehe feeling excited :)

Syahdu je rasa kat sini, tak caya cuba datang !

pintu gerbang dia yang banyak...dan besar...sentiasa ada orang masuk keluar

 besar dan cantik...nanti saya ceritakan camne lenguh kaki round satu masjid nabawi :) !

 payung ni, mak selalu cerita masa sebelum pergi sini., mak selalu cerita yang payung ni boleh bukak tutup, huhu sampai sini baru boleh tengok real :) 

 andalusia...promote promote andalusia..hehe


 Yang gambar keesokan hari, masa tu semua excited !

ahmad arif dan cikna

 arif buat apa tu !

my brother, merangkap pakcu !

my brother and me

 masa kami pergi ni, cuaca sangat sangat baik. Cuaca di Kota Madinah sekitar 28 celcius ja. 

gambar snap pun dari dalam bas je. so faham lah ye kenapa senget. 

 melawat kawasan kota madinah


Yang ni pulak kawasan Masjid Nabawi, gambar sekita pukul 4pagi. Waktu ni kami baru habis selesai ziarah makan nabi...dan qiamulai. tempat ni tak pernah sunyi dari manusia...dari awal pagi hingga ke awal pagi esok..manusia tetap ada...semua nak buat extra amal...tak berhenti beramal...


Cleaner menjalankan tugas sekitar pukul 3.00 pagi. Time ni kalau ikut hati kita, nak tidur kan ? Tapi kalau kat Masjid Nabawi, takde istilah nak tidur. Semua buat ibadat dan qiamulai. Semua bekerja, semua melepak kawasan masjid, ada yang bersedekah bagi roti bagi semua yang buat qiamulai. 


setiap hari longkang ni akan dibuka dan dibersihkan.

antara manusia yang masih berada di masjid waktu 2-3.30 pagi

husband dan keluarga tunggu di sebuah kawasan...tunggu nak ambil isteri balik...

ada yang bagi kami roti di kawasan masjid. seronoknya dapat roti, sebab rasa lapar pulak tu ! alhamdulillah

Para peniaga pun tidur kat jalanan je. Diorang tidur kat tepi tepi tu...bagi yang jual tudung ke selendang ke..diorang tidur dalam timbunan selendang tu...hahaha.. terkejut saya !


Suasana 3.00 pagi...karang lepas waktu subuh kang sini memang penuh gila...sampai sesak tak boleh jalan...Nanti bila polis lalu, baru clear sikit... hoho!

Insyirah dan Arif pun buat qiyamulai tau. hebat tak...

Yang ni pulak waktu subuh di Madinah. 
Azan pertama, pukul 4.30 pagi (ni untuk kejut bangun qiyamulai)
Azan kedua , pukul 5.30 pagi (ni azan subuh)

Kena pergi awal kalau tak jangan harap dapat duduk dalam Masjid. Jadi kalau dah dengar azan pertama tu, pergi je Masjid terus :) Ambil wuduk siap siap. 

Insyirah pegang duti apa tu ? Heheh Comel tak cikna pakaikan insyirah selendang ?

Insyirah mula bermain haha

Main pakai je selipar orang ye !

Mula la tu, amkcik makcik pun suka tengok gelagat isnyirah

insyirah dengan puan. 

subuh dah habis, langit mula nak cerah...

seharian berada disini..dan most of the time, kami memang berada di masjid. jarang berada di hotel pun...patut pun orang cakap, takde masa nak lepak lepak pun kat Hotel...memang full time kat masjid jer, tapi still happy tak rasa penat pun :) 


Dalam Masjid ada banyak tong air zam zam, yang gambar stesyen air zam zam kat luar perkarangan masjid nabawi...

air zam zam lah paling sedap waktu kat sini tau ! ada yang biasa, dan ada yang sejuk...saya selalu minum yang sejuk !

sunrisen at madinah....

Tips Penjagaan Anak : Semasa Menunaikan Umrah.

Assalamualaikum.

Bagi yang nak bawa anak ke Umrah tu, bolehla cuba gunakan kaedah ni. Kita sharing knowledge and experience :) Cara ni pun dah digunakan oleh ramai orang. Sebelum pergi ke sana tu, practice dulu kat rumah dengan anak anak. Tengok berjaya ke tak.

Tips waktu nak solat : Ikat tali kat badan anak supaya anak tidak bermain jauh dari kita. Jangan biar anak terbiar tanpa pengawasan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. 

Kes : Ada satu kes masa kami di Masjid Nabawi. Kami tak teringat nak ikat insyirah sebab rasa macam insyirah dah boleh control herself. Masa kami solat, insyirah main sampai jauh jauh. Tau tau masa rakaat terakhir kami dengar suara dia nangis (tapi dah jauh la). Lepas bagi salam je, bergegas kami cari insyirah kat setiap saf..alhamdulillah jumpa insyirah menangis atas rak kasut yang rendah tu. Dia nangis sebab tak dapat turun dari rak tu or mungkin dia rasa dah lost. cuak cuak. So jadikan pengajaran dari cerita ni, jangan lepas pandang anak anak masa kat Masjid Nabawi or Masjidil Haram atau mana mana tempat pun korang travel ya. 


practice solat


atuk dah ikat ahmad arif

insyirah punya turn pulak

tak boleh duduk diam

nak bergolek pulak

let me gooo.... haaha cannot !

pastikan tali tu lembut..kami guna kain felt. so badan anak tak sakit

ahmad arif yang happy go lucky

peace cikna !!

si kembar sepasang arif dan insyirah

my sister and hubby.
ain dan abadi. with their lovely son anaqi

belajar buat peace !


sweet family :)

smile !!
gathering keluarga



Ok, bye semua :)

 

Designed by Alieff Artwork