Monday, January 27, 2014

Cara Mengerjakan Umrah : Tawaf / Part 2


2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.



Cara Mengerjakan Umrah : 5 Rukun Umrah / Part 1

Rukun Umrah




Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Taala.”



Friday, January 24, 2014

Out of Reach, Gabrielle.

Lagu ni sedih wuo. Layankan saja ... :')



"Out Of Reach"



Knew the signs
Wasn't right
I was stupid for a while
Swept away by you
And now I feel like a fool
So confused,
My heart's bruised
Was I ever loved by you?

Out of reach, so far
I never had your heart
Out of reach,
Couldn't see
We were never
Meant to be

Catch myself
From despair
I could drown
If I stay here
Keeping busy everyday
I know I will be OK

But I was
So confused,
My heart's bruised
Was I ever loved by you?

Out of reach, so far
I never had your heart
Out of reach,
Couldn't see
We were never
Meant to be

So much hurt,
So much pain
Takes a while
To regain
What is lost inside
And I hope that in time,
You'll be out of my mind
And I'll be over you

But now I'm
So confused,
My heart's bruised
Was I ever loved by you?

Out of reach,
So far
I never had your heart
Out of reach,
Couldn't see
We were never
Meant to be

Out of reach,
So far
You never gave your heart
In my reach, I can see
There's a life out there
For me




Realiti Hidup :)

Assalamualaikum...

Realiti hidup.

Hari hari menabung untuk masa depan...nak buat itu ini...yang dan nye hanya satu persatu...bukan sekaligus dan buat semua...SUSAHNYA hidup bila bergantung dengan material duniawi..MUDAHNYA hidup bila berserah pada ALLAH semata-mata dan hidup bersederhana saja. 

Dan sampai satu masa...jika dibandingkan orang yang hidupnya sederhana, kerja 12jam yang dapat baring tengok TV sambil gelak gelak berbanding orang yang 24jam bermati-matian mengejar harta dunia tanpa sempat baring tengok TV sambil gelak gelak ? 

I choose a simple life. Where i dont have to be desperate to buy a car, houses...or further study sampai Master PHD or overseas.... Bukan sebab tak bercita-cita tinggi...cuma nak hidup senang mati pun senang. Menuntut ilmu ada fardhu ain dan fardhu kifayah...mana satu yang dah berlebih lebih..sepatutnya lebih baik seimbang kan ? Ilmu agama pun belum cukup nak ditambah ilmu lain.

Dan selalunya pilihan itu bukan ditangan saya...huhu.Tapi ini cuma luahan saya...kita semua berbeza pendapat dan pandangan kan... Anyway.. Seronok bila tengok orang boleh buat pilihan hidup sendiri dan bahagia sampai tutup mata :) 

At the end of the day...tiada sekelumit pun yang penting dan berharga melainkan BEKALAN UNTUK DIBAWA KE AKHIRAT...

Duit penting ? Diploma Degree Master PHD penting ? Rumah penting ? Tanah penting ? Emas penting ??? Baju cantik penting ??? Kereta canggih penting ?? Body dan muka cantik penting ??? Bercuti paris london burma siam dan shopping sakan penting ??? Rokok dadah penting ??? Kawan kawan yang suka melepak ajak buat perkara melalaikan dan mengumpat penting ???? Rebut harta penting ??? Handphone canggih penting ??

Di akhirnya nanti...semuanya KEMBALI PADA ALLAH...yang pentingnya dibawah ni...


Kalau cukup ni, HIDUP SENANG MATI PUN SENANG...
insyaAllah...
sesungguhnya entri ini peringatan untuk diri sendiri yang lalai dan alpa...

*Kalau boleh nak ada satu rumah satu kereta, cukup.Gembirakan mak dengan abah dulu baru kahwin. Kahwin dengan lelaki beriman yang boleh membimbing ke jalan Allah, sederhana je cukup. Pastu taknak kaya raya, nak jadi housewife untuk suami dan anak anak je. Kalau kerja pun jadi cikgu pun ok, taknak karier berat berat yang kena fikir banyak, buat banyak. Nak ringan ringan je...Buat bisnes tudung labuh dan dakwah sikit sikit bg orang pakai tudung labuh dan comel comel. Baik baik dengan jiran, wakaf kepada fakir, meraikan anak anak yatim...Kumpul duit cukup time pergi tunaikan Haji, moga dapat Haji mabrur. Kumpul pahala banyak banyak moga mati dalam iman...*

Amboi...kalaulah hidup seMUDAH ABC :)
dan kembalilah pada Allah...moga Allah permudahkan HIDUP DAN MATI, URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT...

Sunday, January 19, 2014

Bilik Untuk Disewa : Taman Cheras Utama (2014 URGENT!)

Assalamualaikum semua,

Saya ada bilik untuk di sewa ! Sudah ada penyewa dan masih ada bilik yang kosong ! Memerlukan penyewa secepat mungkin.
Kemasukan bulan Januari 2014 ! Kindly please contact this number if you really really serious.

Puan Nurul Ain : 0136744123




Kami memerlukan Girls Muslims Tenant only.

3 BILIK 2 BILIK AIR.

Bilik 1 - RM250.00 (sudah ada penyewa)
Bilik 2 - RM250.00 (available)
Bilik 3 - RM230.00 (available)

Perkhidmatan/perabot/mesin/ yang kami sediakan : - Partially Furnished

1. Mesin basuh
2. Televisyen
3. Peti ais
4. Dapur masak

Lain lain peralatan boleh runding dengan tuan rumah. InsyaAllah kami tolong mana yang mampu.

ALAMAT :
Pangsapuri kos rendah

BLOK B, Tingkat 4
Taman Cheras Utama,
56000
Kuala Lumpur

LANDMARK :

- 2 mins to shoplot (kedai runcit,kedai gunting rambut,salon,cybercafe,tukang jahit,bengkel kereta dll)
- 5 mins to Masjid Al Ikhwaniah Taman Cheras Utama
- 5 mins to bustop
- 5 mins to GIANT TAMAN CHERAS UTAMA
- 8 mins to AEON BIG Bandar Tun Hussein Onn
- 10 mins to JAYA JUSCO Cheras Selatan
- 10 mins to THE MINES
- 10 mins to LRT berdekatan (bandar tasik selatan / bandar tun razak)

GAMBAR :






Sunday, January 12, 2014

Kebun Mini Kat Rumah ! Semua bermula dengan...

Assalamulaikum :)

Minat berkebun ni sebenarnye bermula dari sugar glider jugak tau ! Nak tau kenapa ? Setiap kali saya bersihkan sangkar sugar glider, semua bahan buangan dia akan jatuh ke tanah....beberapa hari lepas tu muncul lah pelbagai jenis pokok buah buahan dan sayur sayur kat laman rumah ni. 

keh keh keh

Kebun Mini Kat Rumah ! Semua bermula dengan...



jalan sana tengok pokok rambutan tumbuh !

jalan sini tengok eh eh ada pokok tomato pulak bila masa aku tanam ni ?

tengok tengok aritu ada pokok timun dah menjalar kat tembok...wah ?

pokok papaya pun ada ? kikih kikih...

Tu semua sebenarnya makanan sugar glider...bila buah dan sayur diorang yang tak habis makan tu pi campak merata rata kat laman rumah...lepas tu amik ko...tumbuh pokok buah !

Start dari situ laa..saya duk mengorek pokok pokok yang tumbuh tu masukkan dalam poly bag dan pasu dan mula menjaga pokok yang tumbuh tu, dan mula minat nak tanam macam macam depan rumah ni haha...Ok meh saya intro pokok pokok saya !


Ok kat sini ada beberapa pokok rambutan dah mula nak membesar...tengok tu...dia suka duduk situ kot...biar dia...malas nak kacau dia...

 salah satu pokok rambutan tu saya pi letak dalam pasu...hehehe
Yang ni memang dah berusaha jaga sebaik mungkin tapi dia macam taknak hidup je...pokok mulberi ni..tumbuh tinggi tapi takde buah...rasa nak buang je...tapi masih menaruh harapan kat pokok ni untuk berbuah..

Yang ni boleh la dibangga banggakan...tapi pokok ni bukan pokok saya tanam..tapi ni usaha mak saya ... dia memang dah bangga betul tengok pokok markisar dia dah berbua dengan jayanya,.,.skang banyak buah woo...best buat jus !!

nah buah markisar ... boleh petik jerrr buat air...tapi tunggu merah sikit baru manis..

haa yang ni pulak pokok anggur.. mak saya dan saya penat menelaah internet tu tentang cara penjagaan pokok anggur ni...dan dalam otak kitorang tengah ligat nak menjayakan pokok anggur ni since pakcik depan rumah sudah pun memperlihatkan pokok anggurnya yang sedang ligat berbuah...
huhhh tak leh jadik ni..kena buat sesuatu !
ok, ini projek kebun saya !! hehehe...macam orang gila menanam pokok padahal kebun sekangkang kera ye dak ? Takpee....best kot tengok diorang membesar...macam tengok anak sendiri memebesar lak..hahaha


ok ini adalah pokok tembikai susu !! SWahhh cool tak..saya tanam pokok tembikai susu ? wuuu setakat ni pokok ni memang paling favorite...tapi abah dah pesan...kena pindah dah pokok tembikai ni..sebab dia nak merebak macam mana...kena buat batas ni...hohh bila pulak aku nak pi buat batas ni...

haaa yang ni pulak pokok capscicum aka pokok cili benggala ! Haaa..saya tanam ni sejurus lepas saya masak sphagetti aritu. Cili ni kalau beli kat pasaraya sebiji dah rm6...mahal gila...jadi terpaksa lah saya tanam sendiri sebab saya suka makan sphagetti ... so pasni petik sendiri je kat kebun sendiri...doakan capcicum saya berjaya berbuah ya !!


ni rasanya pokok cili benggala atau cili yang gembol ketot tu kot...rupa macam sama je...tapi dah macam macam benih saya baling tak ingat pulak hohoho

 ini pokok ulam pengaga mak saya ! Mak suka tanam pokok ulam ulam...anyway saya suka pokok ni sebab dia cantik...comel sangat !


 ok ini pulak pokok bendi !! Pokok bendi jiran belakang rumah sudah melambai lambai buah dia...dah boleh petik kot ! So apabila sudah jeles...kena lah tanam jugak kan...nak tengok hasil sendiri... hehehe...go bendi you can do it !!!

 Yang ni pokok ulam...jiran mak kasi benih ni...ulam raja ke atau pokok kucai...saya tak pasti...Mak saya kata ni pokok ulam raja...ye la kot !



ni haaa semua orang tahu ni pokok apa .. pokok betik ! yeyyy...entah mana nanti nak tanam betik ni...hehehe 

harini pulak dengan bangganya saya dah tanam pokok baru...hopefully pokok ni akan tumbuh dengan sihat...semua pokok kalau nak tanam kena baca bismillah dan mintak kat Allah supaya dia tumbuh sihat...kena cakap cakap dengan dia...hehehe...

tadaaaa pokok epal !

Apakah ! ada tak orang malaysia cuba tanam pokok epal ? entahnye...main letak je biji epal kat tanah ni..pastu letak baja sikit...esok kalau bercambah ke memang terkujat aku...

  
yang ni pulak pokok delima. Semalam masa diorang makan delima tu..saya cakapppp woooii jangan buang biji dia ena nak tanammmm jadi semua orang makan dengan berhati hati supaya tak rosakkan biji benih buah delima ni hahahaha....hello my sweety pokok delima !


yang dua sekawan ni...atas permintaan mak saya...dia mintak tolong saya tanamkan pokok petola dia...ha...so apalagi masuk tanah dalam polybag, lepas tu semai biji benih pokok petola...harap harap elok ! amin...

last but not least....pokok ni dah cuba tanam dah tapi tak jadi..hari ni cuba semai lagi pokok timun...benih ni semua masa potong timun keluarkan biji benih dia jer...hahaha...tak beli kat kedai pun...soo harap harap jadik la ye..amin !


 Inspirasi dari bela sugar glider telah secara automatiknya membuat saya juga suka berkebun sekarang muahahaha...tak caya kan ! pelik tapi benar !

hello baby sugar glider ! update sikit pasal sugar glider saya ni...
saya ada 7 ekor sekarang 4 jantan 3 betina 
dalam perancangan nak letgo 3 ekor sugar glider...saya cuma nak keep induk je..
shemie boboi ninja mumu not for sale.
  1. shemie (jantan)
  2. ninja (betina) - baru lepas makan anak sendiri buat kali kesepuluh.
  3. boboi (jantan whiteface)
  4. mumu (betina) - sekarang tengah preggy anak yang kesepuluh kot...
  5. sutra (jantan) - for sale
  6. pesona (jantan)  - for sale
  7. magic (betina) - for sale
 

kalau ada sesiapa yang berminat nak beli sugar glider boleh PM saya k :)

sugar glider homebreed
rm 300.00  seekor


ok semua...jumpa lagi babai ! :) assalamualaikum :)

Tuesday, January 07, 2014

Syurga Di Telapak Kaki Ibu / Suami.

Assalamualaikum :)

Sebenarnya tak tahu saya nak sampaikan benda ni dalam bentuk penulisan yang menarik untuk korang baca...tapi...biarlah saya direct to the point je la ok...

Bersyukurlah ada keluarga daripada takde keluarga langsung...
Bersyukurlah ada mak, ada ayah daripada takde langsung...
Walaupun, seteruk mana sehina mana kau rasakan asal usul keluarga kau...
Walaupun, seteruk mana layanan ibu bapa kau pada kau...
Bersyukurlah kau masih ada keluarga...ada ibu dan ayah...ada adik beradik disamping kau...
Satu hari nanti...bila semuanya dah takde lagi...baru nak menyesal...
Tanpa diorang semua...kau takkan ada segala apa yang kau ada sekarang...

Saya tak dapat bayangkan kalau saya ni seorang anak yatim atau yatim piatu...tak dapat saya nak bayangkan betapa sunyinya hidup tanpa mak ayah...

Bak kata ustaz kazim elias...jangan sampai kita menangis kat kubur mak...Mak..Makk...Abah...maafkan aku... jangan sampai mak dah mati baru nak menyesal...

Bagi saya...saya bersyukur sangat sangat ada mak ayah yang selalu bagi nasihat untuk anak anak nya...

Ena...dah solat belum ?
Ena...lepas solat tu mengaji..mengaji kena tiap tiap hari...
Ena...dalam facebook tu jaga bahasa, jangan tulis menda bukan bukan...
Ena...pakai tu tak cantik...ni pakai ni cantik...
Ena...biar je la orang tu camtu..Allah bagi dia nikmat sekejap je...kalau dia taknak buat kerja...biar kita buat kerja...
Ena...bahasa bila cakap dengan orang tu jaga...jangan cakap benda tak sopan...
Ena...pagi pagi kalau bangun awal buatlah solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat 2 raakat, solat hajat 2 rakaat...dan ingat solat sunat sebelum subuh 2 rakaat..
Ena...dah buat solat dhuha ke belum ? Ena tahu tak itu pembuka rezeki..besar fadhilat buat solat dhuha...
Ena...kenapa tak  pergi masjid banyak majlis majlis ilmu kat situ...jom ikut pergi masjid...
Ena...dah hafal dah doa mak bagi tu ? 
Ena...mak nak pergi masjid ni, nak ikut tak ? Jom :)

Allahuakhbar...
Saya bersyukur sangat sangat ada mak dan ayah macam ni...Terima kasih Allah atas anugerah yang tak terhingga ni...

Walaupun diri ni tak sempurna kadang kadang sakit kan hati mak ayah...itulah ketelanjuranku...lepas tu baru tersedar....dah buat silap...
Astagfirullahalazim...












Anyway...saya nak share video ni...serious best...please dengar....insafi diri...for me and for all :)


Tajuk : Video : Syurga di telapak kaki ibu...



Tajuk : Video : Syurga di telapak kaki suami...






Sunday, January 05, 2014

Hukum Tutup Mata Ketika Solat.

Assalamualaikum !

Waktu, solat boleh tak kita tutup mata ? Sepatutnya mata kita kena pandang arah kiblat kan ? Kalau kita rasa terganggu dan nak kusyuk..boleh tak tutup mata waktu solat ? Apa hukumnya ? :)







 jawapan dari video ustaz azhar idrus.


kata ustaz, sunat dapat pahala bila solat buka mata. tapi kalau dengan tutup mata tu lagi kusyuk, jadi dibenarkan tutup mata.


jawapan dari blog. : www.zaharudin.net


Jawapan 
Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. [1]  Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)

Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-
عن أبي هريرة قال أمر رسول الله  بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب
Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat. 

Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya."[2]. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.[3]
 
Saya menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam An-nawawi pula sebagai berikut :-

والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن  
Ertinya : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( Al-Majmu', 3/261 )
 
Perlu diingatkan bahawa saya tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam.





Saturday, January 04, 2014

7 Sebab CERAI !

Assalamualaikum ! 
Cer tengok statistik orang bercerai...banyak wo !


Statistik terbaru penceraian dari Januari sehingga Jun tahun 2013 mencatatkan sejumlah 22,162 kes manakala jumlah pasangan bercerai tahun lalu adalah sebanyak 47,779 kes.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abd Karim berkata, kadar penceraian pasangan bukan Islam pula lebih rendah dengan 1,062 kes tahun lalu dan hanya 141 kes dari Januari hingga Mei tahun ini.
Isu semasa: Curang: Facebook, SMS, jahil agama punca penceraian

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.

Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.

Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:
  1. Kecurangan salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menerusi Internet atau alam siber. Menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengembalikan semula hubungan dengan kekasih lama atau bermain kayu tiga dengan ‘kekasih gelap’.
  2. Masalah rumah tangga diluahkan secara terbuka menerusi Internet atau laman-laman sosial menyebabkan ia menjadi lebih parah. Masing- masing mencari rakan-rakan dalam talian untuk memberi nasihat, bukannya kepada saluran yang betul.
  3. Telefon bimbit juga punca perceraian. Ia berlaku apabila salah seorang mendapat tahu pasangannya berhubung dengan lelaki atau perempuan lain sama ada melalui panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
  4. Pasangan cuai dalam hubungan dengan Allah atau jahil tentang agama. Ada suami atau isteri yang malas untuk menunaikan solat lima waktu hingga merunsingkan pasangan, akhirnya berlaku perceraian.
  5. Keperluan duniawi seperti wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing. Sedangkan kos hidup semakin meningkat.
  6. Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, khususnya bekas kekasih atau ahli keluarga terdekat, mendorong suami isteri berpisah.
  7. Terdapat juga penceraian yang berlaku kerana isteri memohon cerai disebabkan tidak mahu dimadukan.
Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.

Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.

Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.
Di petik dari Utusan Malaysia



Friday, January 03, 2014

Tunggu Hujan Reda...

Assalamualaikum...

basah.
sejuk.
kuyup.

tak sudah dengan tu...

lagi best...

keempat empat tingkap kereta dibiar terbuka hampir separuh untuk mengurangkan suhu kereta kononnya.

4.07 petang masih berada di sekolah, berseorangan.

berlari dengan payung yang tak berapa nak kembang dalam hujan lebat...dengan harapan nak tutup tingkap kereta...

tengok tengok kuyup seat kereta...

weehuu...redah je la...

alhamdulillah
subhanallah
allahuakhbar

Niat hati nak balik, tapi tak jadi sebab hujan lebat sangat...jadi duduk melepak di office sambil sambil makan chipsmore yang dibeli kat 99 speedmart pagi tadi.

tunggu hujan reda. 

waktu asar pun dah nak masuk ni. alang alang semayang asar dulu baru gerak :)


anyway, nak kongsi gambar kenangan kat sini :) ... selamat selamat selamat semuanya ! Moga Allah permudahkan jalan dan urusan, selamatkan kami dunia akhirat, jadikan kami insan soleh solehah, jadikan kami hamba yang taat, untuk ku, keturunan ku, sahabat sahabatku dan semua umat islam...

cikna and insyirah






 

Designed by Alieff Artwork