Sunday, July 06, 2014

Tanggungjawab Suami Beri Nafkah, Bukan Isteri Tanggung Suami.

Assalamualaikum.


Dunia sekarang memang mencabar kan. Manusia ni macam macam ragam. Entah kenapa, Allah jadikan macam jenis perangai. Tapi yang pasti Allah dah jadikan manusia tu seelok mungkin..dan kesesatan, kerosakan adalah berpunca dari diri manusia itu sendiri.





Kita sedia maklum, banyak dah cerita cerita dan realiti kita sendiri nampak atau lalui tentang title "suami"..;

husband kedekut,
husband tak bagi nafkah
husband nak ada baby tapi nak bercerai pulak, lepas bercerai tak bagi nafkah pulak,
husbang ada bini cantik, anak comel comel tapi nak kahwin lain pulak, nafkah tertunggak pulak. 
husband simpan duit untuk diri sendiri sampai isteri terpaksa curi curi ambil tahu pasal kewangan suami or ambil duit tanpa pengetahuan suami (dah suami tak nak bagi punya pasal),

Saya juga tak pasti dan tak arif kalau nak cerita pasal rumahtangga ni since saya pun xkahwin lagi. Tapi kita ni bercakap ikut rasa jer lah. dan berdasarkan pengalaman orang lain.

Tentang nafkah ni. Apakata alim ulama tentang tanggungjawab nafkah seorang suami ?
Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.
Pengajaran hadis:
  • i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
  • ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
  • iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
  • iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
  • v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Ok ini yang saya faham la : - 
- suami wajib beri nafkah, kalau suami tak bagi , berdosa. 
- suami kena bagi nafkah batin (hubungan intim) dan zahir, dua dua penting.
- perbelanjaan keluarga (beri duit belanja untuk isteri, dan sekolah anak anak..beli buku ke bayar yuran ke)
- makan minum dan pakai (pastikan isteri dan anak anak makan yang elok , sihat, takde penyakit, pakaian elok dan bersih)
- walaupun isteri bekerja, tapi nafkah tu tetap atas tanggungjawab suami. kalau isteri tolong, dikira sedekah dan dapat pahala (so suami kalau dah tau isteri kerja, tapi taknak bagi nafkah sebab isteri dia ada duit, dikira berdosa sebab itu tanggungjawab suami. gaji isteri bukan hak suami, isteri sekadar membantu boleh, itu dikira sedekah dan amalan untuk isteri)







So kalau korang sebagai suami tu, beringat ingatlah tanggungjawab korang ye. "Suami Tanggung Isteri" Janganlah lepas tangan, lepas tanggungjawab kat isteri. Kesian isteri tu...Kalau dah tahu tanggungjawab suami tu besar, haruslah sedar dari permulaan sambung belajar dan cari kerja, lelaki kena berusaha kuat dan extra untuk tanggung keluarga bila dia dah berkahwin. Bukan setakat nafkah saja, suami juga tak boleh biarkan isteri dan anak anak melakukan perkara larangan Allah, nanti suami dapat gelaran dayus dan harus menanggung dosa isteri dan anak anak. 

Lagi elok, kalau dia boleh tanggung keluarga dan isteri tak bekerja. Isteri boleh duduk rumah jaga rumah, jaga anak anak. Rumahtangga pun lebih harmoni. 

Bukan nak kata kena ada gaji dan pangkat besar je, tapi biarlah dari segi ekonomi tu stabil. Dan kalau ada banyak harta pun tak guna juga kalau jenis suami yang kedekut kan ? Tak guna juga kalau ada banyak harta tapi jenis suka menhabiskan duit ke arah perkara tak berfaedah contohnya (berjudi, bermain saham sehingga lingkup, belanja orang lain tapi keluarga sendiri diabaikan, laburkan duit pada kereta, motor modify sana sini hingga habis duit dan tak bagi pada bini dan anak anak,dan banyak lagi)

InsyaAllah moga rezeki yang Allah bagi tu walaupun sedikit, jika ia berkat ia akan sentiasa mencukupi. Janganlah risau. 



Berikut pula tentang isu "Isteri tanggung suami" . Benda ni berlaku kat ramai wanita, sedih pulak saya tengok. Terseksa betul jiwa raga. Ni antara kes kes yang saya terbaca...

kes 1 : Bgmana jika suami paksa isteri tanggung dirinya kerana malas berkerja. Klu isteri x duit, di suruh berhutang dgn org utk dirinya. Suami jg pasang ramai girlfriend utk sumber kewangan dia...apa hukum utk suami bgini?

kes 2 : Hati isteri mana tak kecewa. Hutang Rumah. Kereta dibebani dibahu isteri, suami hari hari duduk bersembang dgn kawan2. Kawan dibantu. Sedikitpun tiada usaha membantu. Bila diminta bantu mulalah marah-marah. Disuruh Beli makanan utk anak2pun takediendah. Sampai bila isteri terus bersabar.

kes 3 : Salam bagaimana pula jika seorang suami itu sudah pencen selama 7 tahun,sebagai pencen swasta, si isteri yang menanggung makan Dan minum pakaian diri sendiri anak2 serta suami, padahal suami masih lagi mampu?? Apakah hukum bagi suami tersebut?? Adakah masih bertanggungjawab untuk memberikan nafkah zahir kpada anak2 Dan isteri? Mohon diberikan sedikit penjelasan.

kes 4 : Saya ingin bertanya, bagaimana pula sekiranya isteri yang menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumah (isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak membenarkan berhenti kerja untuk membantu beliau-pada mulanya redha kerana niat ingin meringankan beban suami) contohnya ansuran rumah, bil-bil elektrik dan air, barangan keperluan rumah, keperluan anak (termasuk bayaran kepada pengasuh) kerana pendapatan suami hanya mencukupi untuk belanja harian di tempat kerja (termasuk minyak kereta, ansuran kereta suami+penyenggaraan duit bulanan kepada ayah suami)
Adakah suami sekiranya tidak mampu memang tidak perlu memberi nafkah kepada isteri? sang isteri inginkan kepastian kerana beliau sememangnya tidak mahu dan tidak pernah meminta nafkah dari suami kerana takut/tidak pasti haknya.

kes 5 : SAYA INGIN BERTANYA, JIKA SUAMI SAYA TIDAK MEMBERI SAYA NAFKAH DENGAN ALASAN TIDAK MAMPU, WALAUPUN GAJINYA RM4000, APAKAH HUKUMNYA? SAYA SEORANG ISTERI YANG BEKERJA, SAYA TIDAK PERNAH INGIN MEMINTA WANG SUAMI SAYA, TETAPI BILA KAMI BERGADOH DAN DIA SERING MENGUNGKIT KELEMAHAN SAYA SEBAGAI SEORANG ISTERI (SESUNGGUHNYA SAYA HANYA MANUASIA BIASA YANG BANYAK KELEMAHANNYA) SAYA JUGA MENGUNGKIT TENTANG NAFKAH SUAMI SAYA TERHADAP SAYA. SUAMI SAYA SERING MENJAWAB DIA TIDAK BERDOSA KERANA TIDAK MAMPU KERANA TERPAKSA MEMBAYAR HUTANG KERETA HUTANG BELAJAR DAN SEBAGAINYA. 

kes 6 : Kahwin dah masuk 7 tahun, tapi boleh dikira dengan jari,berapa kali aje suami bagi belanja bulanan (nafkah zahir) kepada keluarga.Malah, langsung tak pernah tanya hal-hal belanja rumah – keperluan dapur cukupke, bil-bil umah dah setel ke, duit untuk anak-anak cukup ke? Kenapa macamtu??? Bukan kah kewajipan memenuhi nafkah zahir untuk isteri dan anak-anak(keperluan asas – tempat tinggal, makanan, pakaian etc) adalah tanggungjawabsuami? Kenapa ada suami yang macam ni?


Kan, banyak orang dah lalui macam macam penyeksaan dah dalam hal ni. Kenapa ? Sebab kita ni lupa nak tunaikan tanggungjawab kita.


Ok cuba dengar penjelasan dari ustaz...
Tentang Tanggungjawab Suami kepada Isteri


Yang ni pulak dengar penjelasan ustaz tentang 
Hak Isteri ke atas suami


Hak Suami dan Hak Isteri

Gaji Isteri adalah hak isteri



Psst...tetiba ternampak satu komen kat google ni. Haha I like :  pikir ler masak2 seblum kawen. jangan berkawen sebab desparate.  sekian..

Assalamualaikum...

 

Designed by Alieff Artwork