Tuesday, July 01, 2014

Mak, Abah Jangan Pergi Dulu...





Situasi di meja makan berbuka.

Me : Mak, mak ready tak nak mati ?
Mak : *diam...*
Me : Ooo..mak, diam tanda setuju mak. Hehe...
Mak : Tak ready lagi, banyaknya dosa dosa
Me : Mak, kita manusia memang lah banyak dosa.
Mak : Yela, kita ni buat amal tapi masih lagi berdosa...macam tengok tv tu pun berdosa sebab tengok orang tak tutup aurat...dan banyak lagi dosa dosa kecil...yang kita anggap kecil..
Me : Err..itu hiburan mak bla bla bla (tukar topik) (*sebab aku la tu selalu dok menghadap cerita HBO, FOX MOVIES) Adeh...

Situasi perbualan aku dan kakak aku.
Disebabkan aku yang paling bujang dalam rumah, mak kata "Ena, bangun awal tau, mak dengan abah nak solat tahajud..ena kena sediakan sahur dan berbuka untuk bulan ramadon ni" Yolah mak...

Sis : Wei, ko kunci jam tak bangun sahur ?
Me : Er...tak !
Sis : Habis tu macam mana ko bangun sahur nak sediakan sahur ?
Me : Aku tak kunci jam, aku tawakal !
Sis : Ngok ko punya tawakal !!
Me : Ye la...aku bangun pun sebab aku terjaga, kalau pi kerja pun cam tu gak, tawakal je. Kalau tak bangun tu nasib la pergi kerja lambat ! Hahahohoho.

Situasi dalam kereta.

Me : Mak, yang mak runsing sangat kenapa ? (tengok mak selalu fikir benda serius sampai pening)
Mak : Yela mak fikir la itu ini itu ini, ko tak rasa apa mak rasa...
Me : Mak, mak tu dah nak meninggal dah mak, umur mak dah nak 60 dah..buat apa mak nak fikir sangat...fikir lah yang senang senang, yang happy happy...(selamber tak cakap camni)
Mak : Yela, betul..
Me : Yela mak, buang la jauh3 benda yang runsing3 kepala tu, dendam2 kesumat tu, sakit hati tu, relax and happy happy jer...doakan yang terbaik untuk kami semua...insyaAllah...
Mak : Yela, itulah mak mampu buat...doakan je terbaik..mak selalu doakan semua...

Situasi bersama adik aku, Mijat

Mijat : Mak, mak boleh tak jangan cakap benda ulang ulang banyak kali ? Mijat bosan la...
Me : Mijat, jangan cakap macam tu
Mijat : Yela, mijat dah ingat dah ape mak pesan tu, pastu mak ulang lagi, pastu ulang lagi, pastu ulang lagi
Me : Mijat, mak tu hayat dia tak lama dah tau. Kalau mak mati esok, baru kau nak menyesal suruh mak ulang semua apa mak cakap tu...haa...bila mak dah takde baru ko nak merayu2 mak suruh ulang balik semua...
Mak : Hah, betul tu !
Mijat : .....(*senyap dan terpaksa dengar*)

Abah pulak, gigih sangat kerja. Kerja kerja. Kadang kadang aku pesan kat abah. Abah, duduk je la rumah abah. Dengan umur abah tu..tak payah la kerja susah susah lagi. Lagi pun dah nak pencen. Abah duduk je la rumah. Mana tak nya, kadang kadang weekend pun abah sibuk dengan projek ayam kat kampung. Kesian sebab abah dah 55 tahun dah. Tak patut lah anak anak biarkan dia kerja kuat..tapi abah insist nak buat jugak. Sebenarnya anak anak nak abah duduk senang kat rumah, nak tengok abah selalu, nak selalu dekat dengan abah...

Kesimpulannya kat sini, dunia ni terlampau singkat. Alhamdulillah, ada peluang untuk bersama lebih dengan keluarga berbanding benda lain. Selalu ingat yang mak ayah tu bukan hidup lama, dan kita juga entah mungkin pergi lebih awal dari mereka. Tapi aku selalu beringat ingat. Aku selalu andaikan macam mana aku deal dengan life bila mak dan abah takde suatu hari nanti. Aku selalu ingat yang aku akan bersedia lebih awal untuk menerima berita kematian dan menerima ajal. Dan aku pasti aku tak sekuat yang aku sangka kan tapi, aku akan cuba.

Kerana

Semua ini milik Allah. Apa yang ada pada tangan ku, pada penglihatan aku, semuanya hak milik Allah. Allah bagi pinjam dan beri rasa nikmat sebelum ia ditarik balik bila bila masa sahaja. Berhadapan dengan kematian adalah benda paling derita rasanya bagi setiap manusia. Sedangkan jiran,saudara terdekat pun kita rasa sedih, inikan pula ibu dan ayah yang amat dikasihi. 

Kalau boleh, aku taknak abah dengan mak pergi dulu sebelum tengok semua anak anak dia berjaya dapat kerjaya yang baik, jodoh yang baik, cucu yang baik, dari segi kehidupan sekarang, aku amat bersyukur sebab segala yang ada adalah serba sederhana, alhamdulillah...tapi hakikat nyawa tidak begitu. Nyawa tidak menunggu itu semua. 

Dan aku pelik...

Berapa ramai manusia yang aku kenal, amat membenci ibu ayah mereka. Benci sedalam dalamnya. Benci asal usul mereka. Akibat kesilapan yang dibuat oleh mak dan ayah, kita membenci, mengutuk, ada yang terang terang kutuk di facebook. Astaghfirullahalazim. Terangan mengutuk mencaci mak bapak dengan kawan kawan. Manusia apakah ini ?

Setahu aku, alim ulama ada berpesan..sejahat mana ibu bapak kita. tugas kita adalah mentaati mereka. menggembirakan mereka, dan tidak derhaka pada mereka kerana syurga kita terletak pada redha mereka. Jadi mana syurgamu kalau kamu tidak mentaati kedua ibu bapa mu ?

Dan aku yang masih lemah, masih lagi belajar tentang hidup...bukanlah aku yang terbaik. bukan aku yang boleh dijadikan contoh anak terunggul. tapi aku cuba dan cuba dan cuba...

Sekian, 

Assalamualaikum !






 

Designed by Alieff Artwork