Thursday, June 12, 2014

Prinsip Hidup : 15 Prinsip Hidup Aku..

Assalamualaikum,

Harini kita lupakan segala benteng yang ada. Kita nak direct to the point jer. Setiap orang ada prinsip hidup sendiri. MEMANG BERBEZA...tak perlulah kau nak samakan dengan orang yang takkan sama dengan kau. So, nilah beberapa prinsip hidup nurul aina nih...




nah jawab ni dalam masa 5 saat ; 
kalau aku buah...aku buah kiwi
kalau aku bunga...aku bunga lalang
kalau aku haiwan...aku semut
kalau aku rumah...aku adalah rumah papan di tepi pantai
kalau aku warna...aku warna warni
kalau aku cuaca...aku pilih hujan
kalau aku waktu...aku pilih malam
kalau aku kaya...hari hari hari raya...hahaha

1. Weh mana pi engkau ni, senyap je..jom ah hangout ? Jawapan : nak lepak lepak sakan, memang bukan aku lah, nanti fitnah pulak sana sini especially kalau keluar dengan lelaki. kesimpulannya aku banyak duduk rumah, nak hangout..cari girlfriends, atau keluar ramai ramai...ahhh but mostly ramai dah kahwin. bohsan la korang ni !

2. Manusia suka membebel pasal politik dan status berlagak macam "typical malays memang macam tu" "alaa biasa laa orang melayu memang camni" Jawapan : kau nak bebel pasal politik, nak menangkan BN la, nak menangkan PAS la..ade aku kesah ke ? Sikit pun tak. Lepas tu ada orang cakap...penting ni kena amik tahu pasal politik ni. Sikit pun aku tak heran.  pusing pusing situ gak. Yang penting aku ada kerja, makan pakai semua lepas. cukup dah. Dan kau yang kutuk kutuk bangsa ko sangat tu...ko bukan melayu ek ? Keturunan ko takde melayu ek ? Kalau tak bangga jadi orang Melayu pi main jauh jauh. 

3. Perempuan kalau pakai tudung tapi perangai macam **** pun tak guna. Memalukan maruah orang Islam je Jawapan : Status camni memang buat aku menusuk hati, dan geram...saje malas nak komen kat status kau sebab malas nak cari gaduh je. Terasa beb..mau tak terasa ? Bagi aku ko nak tutup aurat ke tak itu hak ko...tapi kalau orang tu tutup aurat, ko pulak tidak..dah tak perlu lah pulak ko nak cari silap dia...Apakata ko pun sama berubah jadi lebih baik...atau ko pulak yang bimbing orang tu jadi lebih baik...kan senang..

4. Cuba bergaya sikit, tudung tu matching dengan baju, baru kena. Jawapan : Kalau kena kritik macam ni...macam biasa nak cover balik "biarlah aku nak pakai apa pun, buruk ke tak up to date ke, janji aku tutup aurat" haihhh laaa aku ni sempoi je.nak jadi fancy fancy is just not me. Simple je, pakai je pakaian yang senang nak buat solat. Tak payah nak pakai telekung nanti. Mudah kan ?

5. Monopod is everywhere ! Jawapan : Aku tak rasa guna monopod tu nampak cool...aku rasa cam pelik, dan aku takmau guna monopod sampai bila bila. hak hak hak aku sanggup paksa orang lalu lalang ambil gamba aku walaupun aku terpaksa buat muka setebal tembok cina...ok fine. :)

6. Friends like chipsmore ! Jawapan : Ok fine...ko dulu boleh gelak gelak sembang nangis nangis dengan aku, then bila ko rasa macam ko dah on top of the world...aku pon ko buat tak kenal kan. Lagi heartbreak kalau...tengok last seen at facebook/whatsapp so recent ! Takde pun ko nak helo helo aku kan..ape kes ? Tempat kerja pun dekat jer dengan rumah aku kan...telefon number pon dah tak valid ! Lagi best bila ada offer atau ganjaran yang menarik je ko akan muncul...what a friend la ?

7. Bercinta ? Wow cik neo nak cakap sal cinta ? Ok pasang mata jap. Sebenarnya nilai cinta dan gaya bercinta tu rupanya mengikut tahap umur ye tak ? Cube ko compare cinta zaman kanak-kanak, cinta zaman remaja, cinta zaman dewasa...wah semua tahap tu mempunya definisi cinta yang berlainan, betul tak ? Cinta zaman kanak kanak tu sebab suka muka dia comel dan selalu dapat A plus dalam peperiksaan semata-mata. Cinta zaman remaja tu nafsu semata-mata. Cinta zaman dewasa tu baru cinta yang real. Bila aku fikir balik kelakar pun ada...la ni, nak bercinta pun aku tak reti dah ? Cinta tu satu perasaan sebenarnya,yang akan membenihkan tanggungjawab, yang memerlukan keihklasan..dan melahirkan kemesraan dan kebahagiaan. Masa kecik kecik dulu ade ko fikir ? Takde ok. Bila dah besar panjang baru paham ! Bila kau dewasa, ko akan fikir..calon ko ni beriman ke ? Boleh bawak ko ke syurga ke ? Boleh jaga makan pakai ko ke ? Boleh jaga hati kau ke ? Boleh tolong ko masak dan kemas rumah sesama ke ? Boleh hidup susah senang bersama ke ? Ha.......serious kan kan kan !

8. Delete komen buat ko jadi lebih cool ! Some people says kalau kita delete, nampak kita kalah. Nampak kita lemah ! Lawan komen balik sampai ko puas hati. Yeah IM SO NOT LIKE THAT. ko fikir ko menang ke ko kalah ke...aku nak end the conversation. Ya, aku memang drastik. Kalau aku rasa aku buat status cam tak menganggu orang, tetiba orang tu nak hangin hangin komen tah pape kat wall aku, memang aku on the spot delete. Cerr la ko jadi manusia sikit, orang datang dengan harmoni je..lepas tu datang la ko untuk mengeruhkan keadaan...ok I say bye bye je to people like this.

9. Tak payah la puji, please ? Kadang kadang to be direct la ye, aku tak suka orang puji aku ! Ahhh entahlah mungkin faktor usia kot. Seriously...aku tak suka dan aku tak tahu macam mana nak handle dengan pujian. Sometimes pujian tu boleh buat aku riak, boleh buat aku gembira, boleh jugak buat aku camm "errrr ko nak sindir aku ke ape?" So...boleh tak stop puji puji aku ? Aku selalu terdoa camni " Ya Allah kalau dorang nampak aku buat benda ni dan diorang akan puji aku dan buat aku riak...tolonglah bagi dorang tak nampak ape yang aku buat ni..plsss ya Allah"

10. Pantang larang ? Jawapan : Aku semak tau, aku rasa cam lemas tau. Memang aku tau manusia ni ada banyak jenis didikan. Dan aku bukan dididik dengan pantang larang...adat istiadat...xde benda tu semua. Aku percaya pada benda ghaib dan aku percaya pada Allah. Aku cam takleh je terima hakikat bila..orang terbatas buat sesuatu perkara bila dia attached dengan pantang larang. Kalau ade penjelasan saintifik, aku boleh terima...tapi kalau penjelasan dia tu agak mengarot...erm...bye bye. Oklah contoh senang : ada orang mandikan kereta dengan beras dan kunyit untuk elak kemalangan, mandikan kereta dengan air yassin ??What....

***tetiba aku cam cuak dah ni...aku selalu tulis panjang panjang camni, lepas tu aku delete sebab aku risau ada orang terasa dengan post aku...errr jangan lah marah aku, aku cuma nak tegaskan kat sini bahwa semua orang bebas untuk ada pendirian masing masing ok..if you are different, stay different lah ye ! ***

Boleh aku teruskan ?

***ohh titibe otak aku jamm daa...i think most reader pon pelik dengan nurul aina ni, kejap saya..kejap aku...mana satu dia nak guna tah ... pssst ikut mood lah ye dak***

***dan alamak !! aku rasa macam kena tembak la pulak...aduhai...jap jap,,,im feeling like not berpijak di bumi yang nyata...adeh...(sebenarnya ada sesuatu je baru berlaku dan aku tak tahu camne nak explain...haha)***

11. Sampai kena Mix Matching ! Wow. Tak sangka aku sampai dah ke tahap kena mix and match dengan manusia ? Adoi...Serious tak ready. Entah sampai bila aku nak ready tah aku pon tak sure. Setiap kali kena mix matching ni...aku pulak yang rasa tak selesa...mual, payau dan sebagainya..kalah orang mengandung tau dak ! Wei, serious tak payah la nak hebat hebat sangat pun..cukup sekadar yang funky dan beriman...Eh macam macam pulak aku nih. Mungkin belum jodoh kot ? Well Aku percaya, jodoh ku akan sampai jua...bersama si jejaka yang boleh buat aku rasa fun and happy and no worries...happy ending ! InsyaAllah !

12. Jahatnya sewa mahal!! Apa mahal sangat barang ni ? Saya beli murah je kat bla bla bla Ok, mostly kalau kita penyewa, kita akan cakap..mahalnya sewa rumah, boleh kurangkan lagi tak ? :( Ketahuilah zaman sekarang ni rumah dah mahal wei ! Kalau dulu puluh puluh ribu, sekarang ratus ratus ribu itupun belum tentu kau dapat landed house. Ratus ribu bermula dengan flat ! :( Kalau sewa rumah murah...lepas tu ko nak bayar bank tinggi gila bulan bulan. Sesak wei...contoh ko sewa rm300..tapi ko bayar bulan bulan rm600...so please terima kenyataan semua benda dah mahal zaman la ni...
Bab membeli belah pulak...bila tau harga tu mahal..mak oi menjerit...Mahalnya !!! Lepas tu kau tak tanya pulak harga kos berapa ? harga duit minyak ? harga tenaga ? harga jerit perih ? harga sewa tapak...lepas tu kira kira untung peniaga yang kau kata jual mahal sangat tu untung RM5.00 jerr...wow...so, hati hati kalau nak sentap orang...mintak diskaun boleh, tapi kalau tak dpt diskaun..ko say no thank you je la..tak perlu buat muka, desak2.. sebab aku berniaga pun aku faham situasi ni..

13. Bercakap perkara baik ataupun DIAM. Kita semua tak perfect. Ingat tu sampai bila bila. Sebab banyak manusia ni rasa dia dah perfect sgt dah. Cakap nun melangit jauh. Hidung tinggi bak tiang bendera. Bercakap macam segalanya tahu...buatnya tidak. Manusia semua camtu tau...tak banyak mesti sikit ada perangai macam ni...so Istigfar...agak agak takde benda baik yang nak disampaikan kat orang, latih diri tu berdiam diri. Bertafakur. Berfikir. Ber ber ber ber....dan banyak ber lagi..dari bercakap cakap cakap cakap...

14. Tak payah la sebok nak jadi RETIS ! Banyak banyak kerja lain artis jugak ko nak jadi..model jugak ko nak jadik..pemuzik jugak ko nak jadi...penari jugak ko nak jadik...benda lain tak boleh ke ? Yang tak terdedah dengan perkara perkara lagha ni ? Banyak yang tak elok dari yang elok kalau jadi public figure...so jadilah orang yang tak famous ok. Its good for your health ! Ko nak jadi artis ke, nak jadi penyanyi ke..ko amik video sendiri, simpan dan dengar sendiri jer ar..nak dancing dancing ko pegi kelas dance dan joget joget situ je ah sesama jantina..jgn berlainan jantina pulak...tak pun ko join kelas joget2 dengan laki bini ko..lagi best...Jaga maruah ok..jadi retis retis kat laki bini je dah la...

15. HUDUH...eh Hudud ! Ha...suka untuk aku tegaskan kat sini...aku bukan penyokong kerajaang, dan aku bukan pembangkang. Aku kat tenagah tengah Hahaha.. tapi yang pasti aku sokong hudud 100% buat masa sekarang (benda ni boleh berubah ubah ke ?) haha. Yela memandangkan masalah jenayah semakin meruncing, aku nak keluar rumah pi siram bungan pun aku dah takot takot. Jadi hukum HUDUD ni penting untuk membanteras jenayah secara licin dan padu. Cerrr tengok kat negara Arab nun...banyak people on the street kudung sebab pernah mencurik...la ni jadi peminta sedekah je..baru dia tahu langit tinggi rendah kan..

Dan diakhir entri ni, manusia bergelar nurul aina ni pun sangat lah lemah segala segi, tak hebat, tak power, tak cun pun..tak pandai pun..tapi cukuplah sempurnanya Ciptaan Allah yang mencipta manusia pelbagai jenis dan ragam..Alhamdulillah...dan segala puji pujian itu semuanya bagi Allah swt...

Alhamdulillah sampai jugak ke nombor 15 ye...aku ada banyak lagi nak cakap, tapi otak aku dah stuck..lagipun banyak benda pelik je tentang diri aku ni..(kalau aku rasa nak tambah aku akan edit post ni bila dan dimana saja aku sukalah)  Alhamdulillah harini ada juga readers yang email saya tentang bahsa mandarin tu. Saya cuma takde masa lagi nak reply...thank you sebab banyak good feedback dari blog ni :)

Till then, i tinggalkan you ols semua dengan flying kiss...muax ! Rebut cepaaat !
Assalamualaikum !
(sape tak jawab salam, saya rotan dia !!)







 

Designed by Alieff Artwork