Saturday, February 21, 2015

16 Jenis Pokok Yang Hidup Dengan Keratan Batang !!

Assalamualaikum semua !


tadaa !! saya nak birthday cake camni boleh ??? 



Bagi peminat tanaman sekalian..harini kita ada berita gembira !! Allah bagi kita pokok free je tak payah beli sebab kita boleh tanam dia guna keratan batang je...Free...sape taknak ! Kalau jumpe pokok ni kat luar terus potong dia and tanam okeh ! good job !

OK mostly benda ni I figure out sebab I sendiri yang tanam. Tapi setakat ni kat rumah tak banyak pokok bunga...nanti I nak try pokok bunga pulak...seronok betul kalau kita tak payah keluar duit beli benih pokok..tapi boleh membiak guna keratan batang je..singgah singgah la rumah jiran..mintak keratan batang..hehehe :) 

16 jenis pokok hidup melalui keratan batang :

  1. bunga ros
  2. bunga raya
  3. bunga ixora 
  4. pokok puding
  5. pokok song of india 
  6. pokok ati ati
  7. bunga loceng
  8. bunga kertas
  9. pokok anggur
  10. pokok rosselle
  11. pokok mulberry
  12. pokok tebu
  13. pokok ubi kayu
  14. pokok daun pudina 
  15. pokok daun kesum
  16. pokok daun selasih

Sedikit info berguna tentang pembiakan pokok keratan batang : 

Jenis Keratan Batang

terdapat 3 jenis, iaitu;
keratan kayu lembut
keratan kayu sederhana keras
keratan kayu keras

Cara pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan. 
  • keratan kayu lembut —— jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati (coleus)
  • keratan kayu sederhana lembut —- bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
  • keratan kayu keras —— pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)

Cara Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
  • keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
  • keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
  • rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.

Untuk gambaran yang lebih jelas, para pelajar boleh lihat slide power point di bawah.
 

Designed by Alieff Artwork