Thursday, May 15, 2014

Ujian Allah.

Alhamdulillah...

Jatuh bangun terduduk tergolek pun...yang mampu terucap di bibir hanya alhamdulillah...dan allahukahbar. tak kiralah sebesar zarah sekali pun ujian Allah nak bagi...yang penting kita sebagai hamba kena selalu bersyukur ! Sebab...

Kita bertuah. Jauh lebih bertuah dari orang lain. 

Lagi bertuah dari orang cacat. Lagi bertuah dari diuji dapat anak OKU. Lagi bertuah jika diuji dengan kehidupan sebagai anak yatim piatu. Lagi bertuah dari diuji sehelai sepinggang papa kedana. Lagi betuah diuji hidup di negara yang banyak bom sana sini. 

Berkali kali kita jauh dan buat perbuatan yang mendatangkan murka Allah...tapi Allah tetap sayang kita. Angkat darjat kita, berikan rezeki pada kita. Malah, hambanya yang banyak dosa ni Allah tangguhkan azab hingga ke hari kiamat. Allah bagi peluang untuk semua hamba bertaubat hingga nyawa dicabut di halkum...Jadi kenapa kita tak bersyukur atas semua pemberian ni ? Ucapkanlah Alhamdulillah....

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah !

Semoga, terus meneruslah istiqamah dalam berbuat kebaikan...Jangan bila dah dapat rezeki yang Allah pinjamkan, kita terus hanyut dan alpa...bongkak dan takbur. Sombong sehingga lupa untuk sujud dan syukur pada Allah swt...

Ya Allah, dalam setiap ujian ujian yang ku lalui...aku bersyukur sangat kerana engkau telah memilih ku untuk menempuh ujian dari MU. Ujian mendekatkan aku pada Mu. Ujian mendidik aku. Ujian mematangkan aku. Ujian membuat aku takut kehilangan Mu. Janganlah kau biarkan aku sepi tanpa ujian ujian dari Mu. Dan jangan pula kau bebani ku dengan ujian yang maha berat sehingga ku lemah dan longlai. Perkuatkanlah iman ku dengan ujianMu ya Allah...

Amin...

Amin...

Alhamdulillah. 

Love, Nurul Aina Zakaria
12.51 am
15 Mei 2014







 

Designed by Alieff Artwork