Tuesday, April 29, 2014

Akhiri Penantianku, Alif Satar.

Assalamualaikum...

Rindu nak menulis di blog ! Bagi terkejut sikit blogger blogger yang masih sudi baca blog ni kan :) Mana laaa silampuneon ni menghilang..ape la cerita dia ek... :) kot kot ada lagi yang sudi membaca... !

Nak menulis tu punya lah berkobar kobar...tapi nak terluah tu samapi takde kata kata yang boleh diungkapkan...hamboi...kesimpulannya idea dalam otak tu seakan akan blank walaupun sejuta rasa nak diluahkan ! Huu...

*berhenti jap buka kipas ambik mood, panas la pulak*

Pagi tadi ada download satu lagu dari Alif Satar ni. Tajuk lagu dia "Akhiri Penantianku" Wala...sayu nye lagu ni. Macam comel je macam best je...So menyanyi nyanyilah aku dengan kesayuan lagu ni :) Feeling la pulak sekejap kan...

Oh anyway...

Gigihnya menyibukkan diri untuk daftar Uni sana sini. UM sudah, UKM pula on da way...doa doa lah dapat sambung belajar di UKM ye. Sebab minat nak belajar disitu ! Ohhh...semoga niat nak further ni dikekalkan dan terus semangat demi ilmu pengetahuan...

Bila fikir fikir balik terasa macam boring pulak dah nak jadi cikgu ni. Bukan boring nak mengajar...cuma boring dengan sistem pentadbiran, sistem pendidikan, yang banyaknya messy. Yang banyaknya menyusahkan guru kat sekolah. Tugas saya mengajar...tapi tak banyak yang dapat saya fokus lantaran banyak kerja kerja lain sebagai beban. Adakala rasa macam nak minta kerja lain pulak :) Saje, nak uji diri. Nak cabar diri. Ecewah !

Huuuu,Nak cakap jugak ni ! Nak luah jugak ni ! 

Buat sahabat saya, tahniah sebab akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Sejak bangku sekolah sampai ke alam dewasa...Suka duka menangis ketawa jatuh bangun jerit perih penat lelah, semua dah rasa bersama. Bila dah grow up, banyak yang kita belajar dari masa lampau. Yang buruk kita buang jauh jauh jadikan sempadan, yang baik kita jadikan amalan. Semua tu menjadikan kita lebih baik dari hari semalam. Banyak hikmah dan besar hikmah Allah nak bagi ! Sungguh Allah maha pengasih dan penyayang kepada hambanya...dan maha hebat Allah dengan perancanganNya untuk kita ye tak ? Semoga dengan jalan liku dan ujian Allah menambahkan keimanan kita untuk menjadi hamba yang terbaik dan taat... Dari jauh ku kirimkan salam dan doa untuk sahabat ku, Agar sentiasa dan terus menerus dalam rahmat Allah swt..jadi yang terbaik ! Semoga dikurniakan keluarga yang bahagiaaaa hingga ke syurga Ilahi..hingga ke syurga tau saya doa ni :-) 

*huu sayu sekejap!*

Now that bila kawan kawan dah kahwin the situation is different...kita tak boleh nak kacau kacau, tak boleh lagi nak macam macam dulu. Yup, sekurang kurangnya kiriman salam tu boleh wujud dalam doa kita ye tak ? Dari jauhhhhhhhhh :-)

Ok sambung lagi.

Realitinya sekarang, saya memang agak sibuk dengan kerja sebagai guru. Fuhhh....sememangnya saya nak jadi guru terbaik untuk anak anak murid saya. Terkadang tu tergeram tercubit terrrrotan, bila terrr tu....kita akan sesal sebab kita akan rasa bersalah rotan budak. Mungkin kita ni yang tak reti nak mengajar. Itulah dia, bila kita buat anak murid...kenalah dengan rasa kasih sayang. Bukan sebab benci...sebab kita nak didik dia..

*jangan main main sekarang cikgu tak dibenarkan rotan ye*

Sekarang pulak saya dah tak lagi membela sugar glider....Mula mula memang menangis macam gila. Tapi lama lama perasaan tu hilang dah. Bukan sebab tak sayang...sebab kita tak dapat support dari mak. Mak kita tak bagi kita bela lagi dah..kata nye menyeksa binatang..terkurung tak bebas...Iyolah mak...jadi inilah pengakhirannya..semua sugar glider saya licin dijual. Sayang saya masih ada bagi diorang. Rindu saya masih ada pada diorang sume. Tapi semua saya bukukan jadi kenangan...dari jauhhhhhhhh saya sayang sayang terutama SHEMIE DAN NINJA...kat hati saya sentiasa ada diorang. *serious menangis bila ingat*

Selepas minat membela haiwan dah terhapus 100 % ... minat berkebun pulak muncul. Jadi gigih betul saya bercucuk tanam pagi pagi. Setiap kali balik kerja mesti saya bercakap dulu dengan semua tanaman tanaman saya dan berselawat..juga memuji kebesaran Allah...dan bila timun timun dah bebuah dan saya makan...saya ucapkan Alhamdulillah..betapa saya teruja menikmati rezeki dari Allah untuk saya :-)

Berkenaan dengan bisnes saya Haira'...saya sememangnya suka sangat sangat dengan bisnes ni...dan insyaAllah akan berterusan...Eh eh eh , tak tahu saya bisnes apa...nak kena nih...cuba check link ni : 

Alhamdulillah bisnes setakat ni berjalan lancar...saja tambah duit poket, suka suka :) Ni rezeki pun Allah nak bagi bagi yang berusaha. Moga perniagaan ni diberkati Allah, moga rezeki yang diberi ni rezeki yang berkat dan bermanfaat untuk saya, keluarga, dan agama. InsyaAllah :-)

Eh dah habis dah, sampai sini je ke nak tulis. ?
Ho, ni je kut buat masa sekarang...

Saya selitkan la lagu Alif Satar ni, sebab lagu ni best...hehe. Saya tujukan lagu ni untuk diri saya dan si tulang rusuk saya..cewah !

Sementara tu , nak share gambo gambo yang dirasakan cam sesuai dengan entri ni. - lah sangat kan...Hurm tak payah la letak gambo alif satar. 

Hotel Mubarak Silver, Masjid Nabawi, Saudi Arabia
 

Masjid Al-Nabawi, Saudi Arabia

KLIA, flying to Saudi Arabia

Cairo, Gizi, watching pyramid, Mesir.


 Home sweet home, with nur ariq iman anaqi

Huu semua gambar dok menepek kat anak buah kan ! hhohoho ! sebab cikna lah kesayangan dorang ecewah...

Ok sila kesayuan dengar lagu ni ok. sila sila kan.
sila !


Lirik Lagu Akhiri Penantianku – Alif Satar

Resah hatiku terlalunya dalam
Fikirkan kamu setiap waktuku
Tenang jiwaku bila kau di sisi
Dalam dakapanmu buatku mati

[Chorus]
Jauh ku menunggu
Biar ketahuanmu
Di sini ku merindu
Jauh ku berharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku

Tak mampunya aku bila kau tiada
Gelap hariku sepi hidupku
Lemah langkahku mendengar suaramu
Laju jantungku bila menyentuhmu

[Ulang chorus]

Lirik Lagu Akhiri Penantianku - Alif Satar.

Assalamualaikum warahmatullah hiwaba ro katuh :)
Love, Nurul Aina Zakaria
:-)


 

Designed by Alieff Artwork