Pages

Wednesday, August 28, 2013

Ar-Rahnu Bank Rakyat : Cawangan Ar-Rahnu.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..

Pernah dengar Ar-rahnu ? Saya pernah dengar..tapi tak pernah la tau fungsi dia apa kan...huhu...saya ingatkan Ar-rahnu ni bank...rupanya dia benda lain...

Kenapa saya tetiba cerita pasal Ar-rahnu ? Ada la barang nak dijual..tapi belum fikir untuk pajak gadai...Disebabkan takot nak pergi kedai kedai biasa...daripada kena tipu..baik saya pergi Ar-rahnu...well known kot...kot je la...testing dulu...ok !

Tapi dalam Ar-rahnu ni...memang pajak gadai punya laaaa...so kalau kita letak barang kita kat Ar-rahnu..memang kita kena ambil balik ke ? Sebab dia kata ada upah simpan barang tu ? huhuhu..tak tau laa untuk maklumat lebih lanjut saya nak pergi sendiri AR RAHNU ni,,,







Mukadimah dan maksud Ar-Rahnu :)


PAJAK GADAI-i AR-RAHNU
Skim ini memberi pilihan/alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan tunai secara segera berdasarkan prinsip gadaian syariah dan mengelakkan aktiviti pinjaman wang secara haram/peminjam tanpa lesen/pinjaman ceti, along dan sebagainya.

Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan pemastautin tetap
  • Bukan Warganegara
  • Tidak muflis
Jumlah Pinjaman
  • Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000.00 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh pembiayaan:6 bulan sahaja
Tempoh lanjutan:Dengan syarat upah simpan bagi tempoh 6 bulan yang telah berlalu dijelaskan dan tempoh lanjutan diberi dalam gadaian 6 bulan

Gadaian Diterima
Memiliki barang kemas (emas) 18K - 24K
Upah simpan
Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.
Jenis SkimJumlah PinjamanKadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhun sebulan
Ar-RahnuRM100.00 - RM1,000.00
RM1,001.00 - RM10,000,00
RM0.65
RM0.75
Az-ZahabRM10,001.00 - RM100,000.00RM0.75





Cawangan Ar-Rahnu di Kuala Lumpur dan seluruh malaysia :_) PLEASE CLICK THE LINK

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/

http://batchgeo.com/map/e21c2dba9d41c382e058fac69b51368e 






Bandar Baru AmpangAmpang
Bandar Baru Ampang, Selangor 68000
Address: No. 53 G, Jalan Wawasan 2/1,Bandar Baru Ampang
Phone Number: (603) 42926600
BalakongBalakong
Balakong, Selangor 43200
 
 
Address: No. 7-G, Jalan Cheras Maju, Pusat Perniagaan Cheras Maju
Phone Number: (603) 90740526
Bayu PerdanaKlang
Bayu Perdana, Selangor 41200
 
Address: No.24 Jalan Batu Unjur 1, Bayu Perdana
Phone Number: (603) 33245838
Seri GombakBatu Caves
Seri Gombak, Selangor 68100
 
Address: No. 83 Jalan SG 3/10 Pusat Bandar Sri Gombak
Phone Number: (603) 61894387
Jalan OthmanPetaling Jaya
Jalan Othman, Selangor 46000
 
Address: N0.23 Jalan Othman
Phone Number: (603) 77814878
SemenyihSemenyih
Semenyih, Selangor 43500
 
Address: No. 19 Tingkat Bawah Jalan Pasar Baru
Phone Number: (603) 87231380
Seri MudaShah Alam
Seri Muda, Selangor 40400
 
Address: No.26 Jalan Mesra 25/66, Seksyen 25 Taman Sri Muda
Phone Number: (603) 51225311
Dataran MentariPetaling Jaya
Dataran Mentari, Selangor 46180
 
Address: No. A-G-1, Blok A, Arena Mentari Jalan PJS 8/15 Dataran Mentari
Phone Number: (603) 5637 7277
RawangRawang
Rawang, Selangor 48000
 
Address: No. 24-G, Jalan Bandar Rawang 11 Bandar Baru Rawang
Phone Number: (603) 60918590
PJS 5Petaling Jaya
PJS 5, Selangor 46000
 
Address: No. 15 Blok A Jalan PJS 5/30 Petaling Jaya Commercial Centre
Phone Number: (603) 77817849
Puchong UtamaPuchong
Puchong Utama, Selangor 47000
 
Address: No. 24-G Jalan PU 7/3 Pusat Bandar Puchong Utama 22KM Jalan Puchong
Phone Number: (603) 80683211
Kota DamansaraPetaling Jaya
Kota Damansara, Selangor 47810
 
Address: No. 3A-G, Blok A Jalan Teknologi 3/9 Bestari Kota PJU 5 Kota Damansara
Phone Number: (603) 61406176
Bandar Baru BangiBandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
 
Address: No. 53, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9
Phone Number: (603) 89258011
MeruKlang
Meru, Selangor 41050
 
Address: No. 15, Jalan Batu 6, Pekan Meru (KU-8) Daerah Klang Utara
Phone Number: (603) 33921777
Seri KembanganSeri Kembangan
Seri Kembangan, Selangor 43300
 
Address: C-2-G, Putra Walk, Jalan PP 25, Tmn Pinggiran Putra Seksyen 2 Bandar Putra Permai
Phone Number: (603) 89421177
Batang KaliBatang Kali
Batang Kali, Selangor 44300
 
Address: No.37 Jalan Mahogani 7/1, Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali
Phone Number: (603) 60570981
SentulBandar Baru Sentul
Sentul, Kuala Lumpur 51000
 
Address: No. 22, Jalan 14/48A Off Jalan Sentul
Phone Number: (603) 40434781
Medan TuankuMedan Tuanku, Kuala Lumpur 50300
 
Address: No. 20 Tingkat Bawah Lorong Medan Tuanku 1
Phone Number: (603) 26927773
Sri RampaiSri Rampai
Sri Rampai, Kuala Lumpur 53300
 
Address: No. 40-1-1 Jalan Megan Setapak
Phone Number: (603) 41425336
Pandan IndahPandan Indah, Kuala Lumpur 55100
 
Address: No. 3-G Jalan Perubatan 2, Off Jalan Pandan Utama
Phone Number: (603) 42954842
Tasik PermaisuriBandar Tasik Permaisuri
Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur 56100
 
Address: No. 45, Jalan Dwitasik 1 Dataran Dwitasik
Phone Number: (603) 91712498
Danau KotaSetapak
Danau Kota, Kuala Lumpur 53300
 
Address: No. 22 Tingkat Bawah Platinum Walk No.2 Jalan Langkawi
Phone Number: (603) 41436901
KemamanKemaman
Kemaman, Terengganu 24000
 
Address: No. K 737 Jalan Abdul Rahman
Phone Number: (609) 8594761
Kuala TerengganuKuala Terengganu
Kuala Terengganu, Terengganu 20400
 
Address: No. 29B, Tingkat Bawah Wisma Awang Chik, Jalan Sultan Mahmud
Phone Number: (609) 6316707
KuantanKuantan
Kuantan, Pahang 25000
 
Address: No. 166 Tingkat Bawah Jalan Besar
Phone Number: (609) 5165867
MentakabMentakab
Mentakab, Pahang 28400
 
Address: No. 67 Jalan Mok Hee Kiang
Phone Number: (609) 2771844
Teluk IntanTeluk Intan
Teluk Intan, Perak 36000
 
Address: Peti Surat 88, Jalan Selat
Phone Number: (605) 6212498
Station 18Ipoh
Station 18, Perak 31650
 
Address: No.70 Medan Stesen 18/11 Station 18 Jalan Pasir Puteh
Phone Number: (605) 3214624
KamuntingTaiping
Kamunting, Perak 34007
 
Address: No. 91 & 93, Jalan Taman Kamunting Maju, Medan Saujana
Phone Number: (605) 8060205
SimpangSimpang
Simpang, Perak 34700
 
Address: No.31 Tingkat Bawah, Susur Simpang Jalan Kg. Dew
Phone Number: (605) 8471453
Kota BharuKota Bharu
Kota Bharu, Kelantan 15350
 
Address: Lot PT 68, Tingkat Bawah Bangunan Yamud Jalan Kebun Sultan
Phone Number: (609) 7430875
Long YunusKota Bharu
Long Yunus, Kelantan 15200
 
Address: Tingkat Bawah, PT 2223 Jalan Long Yunus
Phone Number: (609) 7461722
Pengkalan ChepaKota Bharu
Pengkalan Chepa, Kelantan 16100
 
Address: Tingkat Bawah, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa
Phone Number: (609) 7743451
Ulu TiramUlu Tiram
Ulu Tiram, Johor 81800
 
Address: No. 1 Jalan Ledang 25 Taman Bukit Tiram
Phone Number: (607) 8619297
Bandar Baru UdaTampoi
Bandar Baru Uda, Johor 81200
 
Address: No. 26 Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda
Phone Number: (607) 2323404
Taman DayaJohor Bahru
Taman Daya, Johor 81100
 
Address: No. 15 Jalan Sagu 17, Taman Daya
Phone Number: (607) 3553733
MuarMuar
Muar, Johor 84000
 
Address: No. 25-2 Jalan Majidi
Phone Number: (606) 9512739
TangkakTangkak
Tangkak, Johor 84900
 
Address: No. 9 Tingkat Bawah & Mezzanine Jalan Muar
Phone Number: (606) 9784192
PagohMuar
Pagoh, Johor 84300
 
Address: No.1-15, Tingkat Bawah Taman Bukit Pasir
Melaka SentralMelaka Sentral, Melaka 75400
 
Address: No. 49 Tkt Bawah Jln PMS 1, Plaza Melaka Sentral
Phone Number: (606) 2860102
JempolBandar Seri Jempol
Jempol, Negeri Sembilan 72120
 
Address: No. 209 Jalan Serting Utama 5/1 Pusat Perniagaan Jempol
Phone Number: (606) 4581054
MantinMantin
Mantin, Negeri Sembilan 71700
 
Address: No. 27A Jalan Besar Pekan Mantin
Phone Number: (606) 7587232
Kuala PilahKuala Pilah
Kuala Pilah, Negeri Sembilan 72000
 
Address: No 511, Tingkat Bawah, Taman Sentosa,
Phone Number: (606) 4810621
Simpang KualaAlor Setar
Simpang Kuala, Kedah 5400
 
Address: No. 47 Lorong PKS Satu, Pekan Simpang Kuala
Phone Number: (604) 7710715
Sungai PetaniSungai Petani
Sungai Petani, Kedah 8000
 
Address: No. 21-F Jalan Ibrahim
Phone Number: (604) 4214020
MergongAlor Setar
Mergong, Kedah 5150
 
Address: No. 19 Lorong Putih 9 Taman Rakyat Mergong
Phone Number: (604) 7302105
Pokok SenaPokok Sena
Pokok Sena, Kedah 6400
 
Address: No. 111 Taman Bunga Sena, Main Road
Phone Number: (604) 7823749
JitraJitra
Jitra, Kedah 6000
 
Address: No. 10 Bandar Darul Aman Jaya
Phone Number: (604) 9188814
Simpang AmpatSimpang Ampat
Simpang Ampat, Pulau Pinang 14100
 
Address: No. 66 Jalan SS1, Bandar Tasek Mutiara
Phone Number: (604) 5016565
GelugorGelugor
Gelugor, Pulau Pinang 11700
 
Address: No. 351D, Tingkat Bawah Jalan Sultan Azlan Shah
Phone Number: (604) 6570474
Kota KinabaluKota Kinabalu
Kota Kinabalu, Sabah 88815
 
Address: Lot 42, Blok F, Tingkat Bawah, Kompleks Sadong Jaya, Karamunsing
Phone Number: (6088) 243773
 



Ar rahnu cawangan kuala lumpur


Ar-Rahnu X'Change can be found at the following locations:
KEDAH  | PULAU PINANG  | PERAK  | SELANGOR  | KUALA LUMPUR  | NEGERI SEMBILAN  | MELAKA  |
JOHOR  | PAHANG  | TERENGGANU  | KELANTAN  | SABAH

Ar-Rahnu X'change (Koperasi)    
Medan Tuanku
Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH)

No. 20, Tingkat Bawah,
Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur
Manager: Failatul Herdalina Rusali
Tel H/P: 017-2302820
Tel: 03-26927773
Fax: 03-26927776
Operation Date: 16 June 2008
  Setapak
Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS)

No. 40-1-1, Jalan Megan Setapak
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur
Manager: Hj Mohd Badiuzzaman Bin Hj Arshad
Tel H/P: 016-2715659
Tel: 03-41425336
Fax: 03-41426548
Operation Date: 1 September 2009
 
Setapak
Koperasi Staf CIDB Berhad

No. 22.0, Tingkat Bawah,
Platinum Walk,
No. 2, Jalan Langkawi, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Manager: Noraida Binti Mat Salleh
Tel: 03-41436901
Fax: 03-41436902
Operation Date: 22 July 2011
  Pandan Indah
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS)

No. 3G, Jalan Perubatan 2,
Off Jalan Pandan Utama,
Taman Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur
Manager: Yuslinda Binti Yusoff
Tel : 03-42954842
Fax : 03-42954843
Operation Date: 8 June 2011
     
Koperasi Warisan Terengganu Berhad
D-0-3 M-Avenue, No. 1 Jalan 1/38A,
Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur,
Tel : 03-6243 3005
Faks : 03-6251 0005
Officer In Charge: Hasni Bin Abd Ghani
Tel (HP) : 013-368 4357
Operation Date: 20 February 2013
   
     
     
Ar-Rahnu X'change (Bank Rakyat)    
Bandar Baru Sentul
No. 22, Jalan 14/48A,
Sentul Raya Boulevard
51000 Kuala Lumpur
Officer In Charge: Norazlina Alias
Tel: 03-40434781
Fax: 03-40442546
Email: rahnu_sentul@bankrakyat.com.my
Operation Date: 7 Disember 2006
  Sungai Besi
No. 28-G, Jln. Tasik Utama 5,
Medan Pasar, Tmn. Tasik Utama,
57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur
Tel: 03-9054 8760
Fax: 03-9085 8745
   

Ar rahnu POS pun ada :

Cawangan Alamat Pengurus Operasi Hubungi Waktu Operasi
Jinjang JKR 1693, Jalan Besar Kepong, 52000 Kuala Lumpur Syumaisyi Mokhtar Ar-Rahnu.Jinjang@ posarrahnu.com.my
Tel : 03-62500114
Faks : 03-62500124
9.00pg-2.00ptg
3.00ptg-5.00pt

 




Saya ingat sat lagi nak pergi sama ada Ar rahnu di sungai besi atau kat pandan indah ~ :) huhuhu...Allahumma anta subhanaka inni kuntu minal zolimin....Moga Allah permudahkan urusan dan perjalanan saya..insyaAllah.. i love you Allah !


Tuesday, August 27, 2013

Hidup Perlu Diteruskan...Walau...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Penuh semangat kan kata kata ni...

 if you cant fly... then run !!!
if you cant run...then walk !!
if you cant walk..then crawl !!!!!
but whatever you do..
you have to keep MOVING FORWARD !!



Sejujurnya lewat kebelakangan ni saya stress sangat sangat. Puihhh memang gila stress. Sampai rasa nak give up je nak buat apa - apa. Ini pun masih cekalkan semangat sebab Allah sentiasa ada disamping hambanya. T_T

Actually stress pun sebab duit. Bukan mudah nak hidup senang kan ? Lagi-lagi bila beli aset dalam usia yang muda. Tak kahwin lagi pulak tu. Boleh katakan simpanan sepanjang hidup saya 26 tahun ni semua habis sebab beli rumah. pehhh. Orang nak ajak joli joli pun saya tak dapat nak berjoli dah.

Takpelah pelan pelan kayuh. 

Itu baru hal duit. Belum masuk hal nak sambung belajar lagi. Baru baru ni pihak UM ada bagi email kat saya...DUKAcitaNya...dimaklumkan Nurul Aina Zakaria..anda tak berjaya meneruskan pelajaran dalam bidang Master in Counseling di UM...sekian terima kasih , lain kali cuba lagi. pehhh. Sungguh tercalar balar hati ku ini. 

Mula mula tu nak sedih gak. konon nak buat rayuan ape semua tapi..bila pikir pikir balik...hummpphh bagus gak aku tak dapat ni ! Sebab tak de duit dah nak sambung belajar okehhh. Nak sambung belajar kena ada duit standby...sekurang kurangnya RM3,000 untuk yuran...peh...takde duit ok. 

Ok laaa..takpe tak dapat sambung belajar pun. Tetiba lost hope to further. time kaseh semua yang menyokong setakat ni ! (hehehe...) Niat untuk further study dihentikan serta merta buat masa 6 bulan. Kerana memang sesak gila...

Dalam kesesakan yang melanda ni pulak...tetiba dapat call dari lawyer..."cik nurul aina, awak tak bayar lagi duit lawyer..nanti rumah ni nak tukar pada nama awak..cepat cepat la bayar duit lawyer ye..." tetiba jantung seakan akan berlobang seketika. air mata mengalir. teringat duit lawyer RM4,700 untuk proses tukar hak milik hartanah. Pehhh...terbaik !

Sedikit demi sikit gaji ku tolak molak bagi mak simpan. Yang belen tu just untuk belanja hari hari sementara tunggu next gaji...Boleh pulak tanya si kawan "weeeh next gaji bila ekk ? sekarang bape haribulan ???" " errr next gaji bulan 25 hb semptember laaa...hari baru 27hb ogos...kita baru dapat gaji 2 hari lepas..." hokkk alohh mu !!

See? 

Sebenarnya saya baru sedar dan belajar nilai duit sekarang. saya baru sedar betapa perlunya kita menyimpannnn duit ;) piuwww...dan saya baru tersedar betapa saya pelu bersyukur dengan apa yang sedia ada...kerana lebih ramai lagi orang kat luar sana yang lebih berat bebanan dan tanggungan hidup berbanding saya ni...

jadi...kepada Allah kita berserah :)

Saya sering doa pada Allah..andai inilah ujian yang Allah nak beri pada saya..untuk menguji keimanan dan kesabaran saya..saya redha...berserah dan penuh kesabaran saya cuba usahakan...apa sahaja niat kerana Allah taala..insyaAllah saya percaya Allah akan permudahkan..biarlah waktu itu panjang sekali pun...jadikanlah saya seorang yang cekal untuk menghadapi ujian hidup..

Amin :)









Wednesday, August 14, 2013

Cemburu Yang Berbaloi !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh !







Cemburu.
Kadang kadang kita cemburu dengan banyak sebab...
Cemburu sebab tengok orang lain bahagia ? Cemburu sebab tengok orang lain kaya dan banyak harta ? Cemburu sebab orang tu banyak kebolehan dan popular satu dunia ? Cemburu sebab minah tu lagi cantik dari korang ?  Cemburu sebab EX korang dah ade pengganti ? Cemburu sebab tengok orang lain dah kahwen korang je masih single ? Keh keh keh...itu semua tak penting...


 5 amalan yang saya cemburu bila tengok orang lain buat saya tak buat...huuuu


Tapi bagi saya, cemburu datang dalam beberapa sebab...
Cemburu sebab dia rajin iktikaf di masjid
Cemburu sebab dia menjaga mulut dan bertutur kata sopan walaupun dalam keadaan marah
Cemburu sebab dia punyai kesabaran yang tinggi
Cemburu sebab dia punyai kemahiran dan tidak lokek berkongsi
Cemburu sebab dia istiqamah !
Cemburu sebab dia pandai menjaga aurat , nafsu, pergaulan , bahasa, maruah dan harga diri
Cemburu sebab dia bukan hanya rajin baca al quran, tetapi mendalami maksudnya...
Cemburu sebab oran lain nak belajar bahasa korea, bahasa omputih, tapi dia nak belajar bahasa Arab..

Orang orang macam nilah yang sering mendatangkan rasa cemburu bagi saya :) Huhuhu...Korang pula macam mana ? Jangan asyik nak jeles tak bertempat je ok :) Hihihi...

Manusia yang paling sempurna dalam dunia ni adalah Nabi Muhammad s.a.w yer...itulah yang boleh kita jadikan idolaaa...

Kalau nak rindu rinduan pada yang belum halal...elok lagi kalau kita rindu rinduan pada Rasulullah s.a.w yer...itulah manusia sebaik baik manusia...dan hanya dialah yang sayangkan kita dan doakan kita walaupun dia tak pernah mengenal siapa kita dan tak pernah melihat muka kita...berbaloi tak kita sayang Rasulullah s.a.w ? Sangat berbaloi kan !!!
 
Kalau sayang, buat sunnahnya...dan selawat ke atasnya ok :) simple je kan..sama sama kita buat okay semua..love you all so much !


selawat japs pepagi ni :) 
 





Fadilat Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh :)

Assalamualaikum semua !


Aihhh lama pulak rasa tak update blog kan ? Macam mana dengan musim raya korang semua ? Bagi saya pulak..hari hari menghitung calendar...sedar tak sedar Ogos melambai tangan ingin pergi..September pula dah tak sabar sabar nak mari :)

Hello encik september :) Muahhhh XD

Harini tajuk nya simple. Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh. Ini namanya solat sunat rawatib. Kalau subuh dah masuk...amalkan buat solat sunat 2 rakaat dulu sebelum tunaikan solat subuh. Ianya mudah sangat.. sekejap jer 2 minit jer kan :) 

 niat solat sunat subuh


3 minit untuk solat sunat + 3 minit solat subuh = alahaiii baru 6 minit jerrr pun kan.
Apa yang korang boleh perolehi dalam masa 3 minit tu ? Ya...hadiahnya ialah...jeng jeng jeng ~~

Lebih baik dari bumi dan isinya !!!

nah gambar bumi...siapa nak bagi ganjaran besar macam ni, Hanya dari Allah swt je yang mampu bagi :)



Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.


Allahuakhbar...cukup besar ganjaran yang Allah berikan. Kita nak tolak ke kawan kawan ? Uhuuu..iyelah mungkin berat sangat nak lakukan sebab kita memang tak nampak ganjaran tu depan mata kita ye tak ?

Cubalah bayangkan kalau semua ganjaran yang Allah janjikan tu..kita nampak dengan mata kasar ? Tentu semua orang berebut rebut buat amalan tanpa tinggal satu pun kan ! Ohhh kita sungguh materialistik . Malunya :(

Jadi kawan kawan...entri ni untuk peringatan bersama...saya pun kalau sempat saya buat. Kalau terlupa saya tak buat...jadi sama sama la beringat ingat ok..kita nak sama sama untung kan..bukan nak sama sama rugi kan :)

Love you all so much ! Take care ye semua...Semoga kita semua boleh menyampaikan sesuatu yang baik di blog, facebook atau twitter...semua tu dakwah...semua tu menjadi saham akhirat kita nanti...bye bye semua... :)


tips blog : letakkan pelbagai gambar yang sesuai dengan entri supaya google image boleh membantu menaikkan trafik blog anda. sekian trimas.

jangan lupa solat subuh ye semua !! :)




Sunday, August 04, 2013

Amalan & Ibadah Untuk Wanita Ketika Haid & Nifas di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum semuaa !!

Ramadhan dah nak pergi...10 terakhir ramadhan adalah masa yang paling berharga dalam bulan ni. Rugilah siapa yang tak rebut peluang ni untuk memohon keampunan Allah agar ditutupkan pintu neraka baginya dan dibuka seluas luasnya pintu syurga baginya...

Ohya...!! Bagi wanita wanita yang dah cuti ABC tu..(Allah Bagi Cuti) jangan sedih dan jangan risau...Allah swt maha pemurah..Allah akan berikan ganjaran sepertimana dia beramal ketika dia sihat :-)

AMALAN BAGI WANITA KETIKA HAID & NIFAS DI BULAN RAMADHAN





Sebahagian wanita Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan  merasa  tidak gembira dan bimbang  kerana kehilangan peluang  untuk  beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan Rahmat.  Kepada mereka yang berperasaan demikian  di nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah  suatu ketetapan Allah keatas  manusia dari kaum Hawa.  

Sepertimana yang di sabdakan oleh SAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa dia dalam  kedatangan haid semasa mengerjakan haji (dalam ihram) “berkata Saidatina Aishah r.a ,Rasullah datang  kepadaku  sedang aku menangis, lalu baginda bertanya “ Apakah yang membuat kamu menangis?, adakah kamu kedatangan haid?, aku menjawab:” Ya”, baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).

 Dalam sebuah hadith yang lain Nabi SAW bersabda:” Apabila seorang hamba sakit atau musafir, Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sihat dan tidak bermusafir (bermukim). Manakala haid adalah merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita dari   melakukan perkara yang  boleh dilakukannya ketika dia sihat. 
 Oleh yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya.  Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sihat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas. 
Ramai kaum wanita yang kedatangan haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering melalaikan  dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan mulia ini.  Mereka  menghabiskan masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka boleh berbuat demikian menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadat  kerana mereka dalam haid atau nifas.  Akhirnya perasaan lemah  untuk beramal akan  menguasai mereka setelah mereka suci dari haid atau nifas  dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.

Oleh  yang demikian , untuk mengelak terjadinya perasaan lemah tersebut dan menjaga supaya berterusan menghayati kerohanian bulan Ramadhan ini semasa dalam haid dan nifas dan menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang boleh di perolehi , di anjurkan mereka melakukan berbagai-bagai amal ibadat yang masih boleh di lakukan oleh wanita semasa dalam haid dan nifas. Antara amalan- amalannya adalah seperti berikut:


              Doa ketika datang haid 





Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan  Aku memohon keampunan  kepada Allah dari segala dosa.





Ibadah & Amalan yangboleh dilakukan bagi wanita yang datang haid @ nifas di bulan ramadhan : 

 


 Ibadah & Amalan yangboleh dilakukan bagi wanita yang datang haid @ nifas di bulan ramadhan :

  • Membaca Al Quran tanpa Musysaf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di web site dan youtube,
  • Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.
  • Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir.
  • Perbanyakkan ber zikir-zikir, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .  

  • Bagi yang berzikir : Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.
  • Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
  • Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
  • Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
  • Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
  • Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, tarawikh, tahajud dan witir.


Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga. Antara lainya:

  • Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
  • Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
  • Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
 Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan oleh Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari. Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.



sumber : http://seliparnix.blogspot.com/2013/08/amalan-bagi-wanita-ketika-haid-nifas-di.html


Soal jawab dengan ustaz berkenaan amalan dan ibadah wanita yang datang haid atau nifas. 

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/Bataku/mawar-haid.jpg&h=235&w=355&zc=1

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.




B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.




C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran

2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran

3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

4. Berselawat kepada Nabi

5. Mendengar bacaan al-Quran

6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)

7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)

8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis

9. Bersedekah

10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Wallahu a’lam.
Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/03/09/ibadah-wanita-ketika-haid/

Tips & Cara Mengelakkan Diri Dari Mengumpat !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sebenarnya manusia zaman sekarang ni dah ada kesedaran dah sikit sikit ... dahulunya ramai yang jahil...buta agama...tapi sekarang dah ramai yang berilmu...Alhamdulillah...(even ramadhan kali ni saya juga terkejut dengan jumlah manusia yang membanjiri Masjid Al-Ikhwaniah sehingga 10 hari terahkir ramadhan) Berbanding dulu jumlahnya sedikit. Alhamdulillah, tenang sangat sangat tengok..insyaAllah sama sama kita istiqamah ye dak ?

Tak banyak...sikit pun jadi..Allah maha mengetahui. 
Jangan kat akhirat esok kita malu depan Allah swt dengan bekala amalan kita yang terlampau sedikit.. :(
MasyaAllah !


berhenti mengumpat !!


ketika diharuskan ~


Ohya. Nak cakap pasal mengumpat. Manusia suka mengumpat tak kira lelaki dan perempuan. Ada 2 situasi Mengumpat. Samaada kita yang mengumpat atau orang lain mengumpat kita tumpang sekaki !


Ah...kadang kadang saya juga ter-mengumpat (dalam keadaan tak sedar)..bila sedar diri tengah mengumpat baru terdiam sendiri. MasyaAllah...berdosa besar! 
Dan kadang kadang sedang kita duduk bersantai...kita diundang dan dihidangkan dengan menu menu umpatan dari orang lain sedangkan kita hnaya duduk berdiam diri...itu dah dikira join jugak tu !!
MasyaAllah..berdosa jugak !!


Macam mana ni ?



Sumber : http://bicaraneem.blogspot.com/2013/02/kaedah-terbaik-elak-mengumpat.html

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam mengingatkan lagi, "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (Riwayat Ibnu Abiad Dunya dan Ibu Hibban)



Para ulama sufi terdahulu apabila terasa hendak mengumpat, akan menepuk mulutnya sendiri. Menurut mereka, terdapat dua cara melawan keinginan berbuat jahat:

1- Apabila terasa hendak buat jahat, hati cepat- cepat berkata. "CUKUP! BERHENTI DI SINI!"

2- TAHQIQ iaitu menyakitkan anggota badan untuk memberi peringatan para diri supaya tidak melakukan kemungkaran.
 



Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:

  • Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

  • Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.

  • Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.




Imam al-Ghazali ada menyatakan perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.

  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

  • Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.


>>Peringatan kepada semua blogger ~~sila ambil perhatian...<<

Takut memikirkan apa yang kita tulis dan published menjadi beban buat kita bila kita kembali menemui Pencipta. Kita buat salah kat seseorang, minta maaf kat dia, dia ampunkan...dia tak ingat, kita tak ingat, orang pun dah lupa. Tapi jika entri kita tetap wujud dan tetap dibaca pula oranglain hingga ke hari kiamat, ya Allah...betapa seksanya kita melihat dosa yang mengalir setiap detik mereka diluar sana membaca entri kita.


sama sama kita jadi blogger yang bertauliah k...sampaikanlah perkara perkara yang baik...yang boleh menjadi saham untuk akhirat nanti :) insyaAllah !

ok bye bye !

Tips & Doa Menenangkan Hati (Sedih/Gelisah/Duka).

Assalamualaikum...

Tak puas hati ? Banyak benda dalam hati yang rasa macam tak lepas je kan ? Banyak benda suka pendam pendam je kan ? Sebab tu laaa bila sampai satu tahap...orang yang suka memendam rasa ni boleh meletup secara tetiba...macam volcano ! 

Kadang kadang rasa orang lain yang mulut cam laser tu best gak...hidup transparent...banyak orang sakit hati dengan dia tapi...dia lega jer laaa takde benda nak dipendam pendam..takde benda yang nak didengki dengki...hahaha..itu kebaikan pada diri sendiri...tapi buruk pula untuk orang lain...acane tu ?

Yela, susah nak puaskan hati orang lain. Susah nak jadi superhero depan mata orang...susah nak jadi yang terbaik sedangkan diri sedang berusaha gila gila untuk jadi the best...huhu tapi orang lain tak nampak jugak...macam kena al-hijab...huuu...saya yang invisible...wuuu...

Takpelah biarlah invisible depan mata manusia...jangan jadi invisible depan mata Allah...Tapi boleh ke macam tu..bukan syaratnya habluminallah hablumminannas  ke ? Baik hubungan dengan Allah, baik juga hubungan dengan manusia...sepatutnya macam tu kan ? Mana boleh lone ranger jer...not good not good...like that...

Tapi betullah ! Saya rasa diri saya invisible laaaa...ishhh...

Cer apa kata kita amalkan doa ni...tiap tiap pagi kalau korang dengar IKIM.FM, akan putarkan doa ni banyak kali...huhu...


laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati oleh Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah..

Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah..


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri
sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!

8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Saturday, August 03, 2013

Sugar Glider : Sugar Glider Mini Zoo Impian Saya !! :-)

Assalamualaikum !!

Baru baru ni saya dah siap lukis pelan dan ukuran mini zoo cage untuk sugar glider saya. Siap siap saya hantarkan kepada Encik Chan (salah sorang parents di sekolah) sebab dia pandai bertukang. Dalam penuh kesabaran saya tunggu nanti En Chan akan keluarkan quotation untuk saya..harga mini zoo tu...

Cikgu nak buat sangkar besar ye ?
Aah, saya nak sugar glider boleh main main dalam tu...orang boleh masuk dalam cage dan saya nak tanam pokok pokok dalam tu...boleh buat tak ?
Ok nanti saya bg quotation harga ye..cikgu bagi ukuran cage ye ?
Okay :)


Bajet bajet bajet...
Guna duit tabung...
Hu...
Harap-harap tak over bajet !

Saya memang gilaaa laaa dengan sugar glider ni..pada saya, saya memang kesian tengok dorang even dorang duduk dalam 3 feet cage tu...i tak boleh tgk dorang duduk situ lama-lama..i memang dah lama nak letak dorang dalam satu rumah yang besar..penuh dengan pokok pokok tumbuhan dan alam semulajadi..itu impian saya...


Haih...ini masalahnya sekarang macam mana nak pujuk mak saya untuk setuju ? Mak tak bagi buattt !! Aaaa....kalau nak kata buat kat rumah sendiri..saya ni tinggal dengan family lagi...huaaa....tak keruan kepala otak saya fikir...ingatkan dah boleh launch dah mini zoo ni...dah laama teringin ni..>_<


Camne nak pujuk mak ni !!! pujuk abah lah..maybe abah akan setuju..sebab abah suka...alaaa..tapi kalau mak pujuk abah tak payah buat mini zoo ? aaaaa tidakkkkk...huaa...sedeh sedeh ! T_________T


Hurm...untuk menghilangkan rasa stress...sebab taknak la jadi anak derhaka lak ...ish ish ish..meh kita tengok dan berangan mini zoo untuk sugar glider kita...huuuu...angan angan ku....


Disamping menghilangkan stress,, korang boleh berangan idea idea mini zoo sugar glider ni...garden theme ya.... best kot !! :)


kalau siap mini zoo ni, sapa nak masuk dalam cage kena bayar RM1.00 :) heheheheh...ada fee !!

 saya suka je yang ni !!! hihihi...boleh duduk lepak lepak dengan sugar glider sekali dalam ni hehehehe....


yang pasti dalam dia mesti ada banyak pokok tumbuhan tumbuhan supaya diorang kenal pokok dan rumput !! :) 





















I hope my wish come trueeeeeeeeeeeeeee one day !!

bye assalamualaikum ! 


opss iklan jap !!

JUMBO SALE  :) Dapatkan sekarang juga ye.....condition NEW =) Nak jual harga TERBAEK PUNYA XD
SMS : NEO 0192962614 :p
(kalau hantar SMS tu..sertakan nama, alamat, no tel, dan set berapa) ok. tq.
 
 
 
SET 1 RM 90.00 ONLY !
1 MOME BONDING POUCH
1 TRAVEL BAG MEDIUM
1 TRAVEL BAG LARGE

 
 
 
SET 2 RM90.00 ONLY!
1 TRAVEL BAG MEDIUM
1 BONDING POUCH MOME
1 BONDING POUCH FLORAL BLUE
2 SLEEPING ORANGE POUCH
4 PIECES CAGE SET

 
 
 
SET 3 RM80.00 ONLY !!
1 BONDING POUCH MOME
1 BONDING POUCH LEOPARD
1 BONDING POUCH ORANGE
1 RECTANGLE HOLE SLEEPING BEAUTY
1 SUGAR GLIDER BODY SPRAY WATERLESS
4 PIECES CAGE SET POLKADOT
 
 
 
  SOLD!!!!!
 SET 4  RM 70.00 ONLY !!
1 BONDING BAG FLUFFY 
1 BONDING POUCH ORANGE
2 SLEEPING POUCH ORANGE
4 PIECES CAGE SET

 



 

Designed by Alieff Artwork