Pages

Wednesday, February 27, 2013

Kenduri Kahwin Cousin, di Bidor :)

Assalamualaikum warahmatullah..

Sayang kamu semua laju laju..rindu bangat ! Terasa sepi blog ni tanpa update..hehe..Mai kita nak update sikit pasai kenduri kahwin cousin saya di bidor, perak kelmarin ~ Alhamdulillah semuanya selamat sudah !

Pagi pagi sabtu dah bergerak ke Bidor. Alhamdulillah selamat sampai dengan tenang dan lancar. Pengantin lelaki pun tengah buat kerja angkat angkat barang hehehe...Assalamualaikum maklang ~~ aloooo kami nak terjah !!


gambar anak anak sedara saya...anak buah buahan namanya...
flower girl : Dia Fatihah
pastu yang pakai baju pink rambut curly tu.. : Arissa 
meh kita cilok diaaa wee weee :)



lepas tu ketibaan cemciman atam butuk kesayangan saya pulak tengahari tu...
so terus kenalkan iman dengan anak sedara yang lain...iman pun tengah blur..sapelahh minah ni ... pernah ku kenal kah ??? Jarang jumpa sedara mara jauh jauh ni ~


iman korek idung sambil berfikir siapakah flower girl itu ??

lepas mengorek idung semestinya perlu dirasai terlebih dahulu...apakah rasanya .... rasa berdebar kah ?




aww gambar paling saya suka ! gambar dengan cemciman atam butuk saya :)


setelah beberapa minit kemudian ketibaan kembar sulung dari keturunan Zakaria...iaitu Ahmad Arif Imanudeen dan Nafisah Insyirah Iman !

tentunya pakcik makcik semua nak pegang si kembar ni huhu gombot gitu..

atam butuk ciman dengan cikna lagi ?

tenyum semua !!


haa ini dia pengantinnya ! tahniah dan semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga :)


masa untuk menculik ariff pulak. hehehe !



neksu pun nak jugak :) amboi mudanya neksu dia hahaha


kembar si arif ! insyirah demam pulak masa kenduri ni.. ala sian insyirah yer... meh Cikna nyanyikan twinkle twinkle little star untuk insyirah ye sayang.. love you bebeh :) zara pun nyayi sama untuk insyirah :)


ini zara hehe dia ni lasakkkk dan comel sangat ! berlari sana kemari tak penat langsung ! penat jugak layan si zara :) nasib bek zara tolong jaga insyirah hehehe...


dan malam tu arif dengan insyirah nak balik manjung dahhh babai ! tak lama lagi ariff dengan insyirah akan jadi orang KL balik ! hureyyy :)





Ok semuaaa babai !!! jumpa lagi dalam entri yang lain.. sayang semua laju laju ok :) muahhh !!

Lawak Pasangan Kembar : Arif & Insyirah Duduk Bergambar!

Assalamualaikum warahmatullah...

Buat pengetahuan semua.. ni pasangan kembar paling hot di semesta ! Anak buah saya hehehe..Arif kiri, Insyirah kanan. Arif ni dia pemalu, penakut...Insyirah ni berani, dan sempoi...agak berbeza keduanya...

Gambar ni diambil masa kenduri kahwin saudara haritu. Ada dua buah kerusi kanak kanak. Pasangan nak duduk bergambar lah konon !


Arif : Ishhh biar betul ni nak duduk sini ?? Taknak ahh !
Insyirah : Lepak la abang,wat muka steady jerk..


Arif : Ishhh adik, abang takut la dik !!
Insyirah : Takpe, abang tengok adik duduk camne..camni ha..baru la tak jatuh !


Arif : Aaa..tengok!! Dah nak jatuh dah abang duduk ! Waa nasib baek nenek pegang abang.
Insyirah : Ok ok adik pegang abang arif ok..abang jangan takut ok ? Insyirah kan ada :)


Arif : Insyirah, tolong abang !! Abang  nak jatuh niii !!
Insyirah : Abang, tengok depan dulu , pandang kamera ! Tak nak tengok sudah !



Arif : Insyirah ni..tak sayang abang ke ?
Insyirah : Sape kata insyirah tak sayang abang arif ? Meh sini usap ubun ubun kepala..sayang mucuk mucuk abang tuh !




Arif : Taknak kawan insyirah..humm hum...
Insyirah : Abang ni cube duduk elok elok sikit,orang nak tangkap gambar pun susah tau !



Arif : Waaaaa insyirah marah abang !!! Lepas ni takmau main dengan Insyirah !!Waaaa mummy daddy tengok insyirah niii di marah abang arifff !!!!
Insyirah : Ahhh sudah...Insyirah tak salah mummy...waaa...insyirah nak tangkap gambar ... huaaa
 
 
 
amacam, siapa nak anak kembar ? sayaaaa nakkkk !!!

Thursday, February 21, 2013

Cara Buat Solat Tahajjud.

Assalamualaikum warahmatullah :)


Jom belajar cara buat solat tahajjud dengan betul :)


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.






Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)


Wednesday, February 20, 2013

Sebaik Baik Sahabat =)


Salam,


Sebaik baik Sahabat Ialah Sahabat Yang Mengajak Kamu ke arah Kebaikan.




Dua tiga harini syahdu jer rasa :)


Bila ingat ingat balik..rasa sedih pun ada.. tapi benda lepas usah dikenang. Orang kata sekali sekala kita kena pandang history, untuk tidak membuat kesalahan berulang kali. Tapi nak flashback to the history...i would say no. no. no. huhu...i rather stay put, stay real.


Nampak tak ayat BESAR kat atas tu.


Apa guna jadi sahabat tapi tak mengajak sahabat buat benda benda yang baik ?
Apa guna jadi sahabat tapi selalu menghasut buat perkara perkara terlarang ?
Senang cite, apa guna jadi manusia kalau bertopengkan syaitan ?






Sahabat yang baik...
Akan berbicara tentang perkara perkara yang baik..
 
Sahabat yang baik...
Akan sentiasa berkongsi ilmu yang ada..

Sahabat yang baik...
Akan sentiasa saling mengingatkan perkara yang baik dan menegur benda yang salah..

Sahabat yang baik...
Akan mengingatkan kamu tentang Allah swt...dan membuatkan kamu lebih dekat dengan Allah swt...  


Itulah baru layak dinamakan ---> SAHABAT



Kadangkala, ada juga sahabat yang tak mau ditegur..menjauhkan diri bila tgk orang lain berubah ke arah lebih baik.. dia pulak mencari kesenangan dunia...penyudahnya sepi dan leka cari kemewahan duniawi..Paling sedih, bila ditegur, tak nak dengar...



Ingat kawan kawan, biar miskin di dunia, jangan kita miskin kat akhirat nanti. Kita ni, mati tak tentu. Bila bila masa boleh mati. Jangan ingat kita hidup sampai 60 tahun. Kalau hari ini umur kita 25 tahun, silap silap umur 28 tahun Tuhan nak tarik nyawa kita. Rasa rasa cukup tak bekalan kita...bagaimana dengan dosa dosa lepas..?



Ingat kawan, kita taknak jadi ex-ahli neraka. Kita nak jagi penghuni syurga selamanya. Biar kita sama sama dapat melalui titian sirat dengan jayanya di akhirat nanti.



Sebab tu lah , bila berkawan, cari kawan yang baik. Carilah kawan yang boleh saling menasihati, bukan saling menjahanami. 



Ya Allah kurniakanlah aku sahabat sahabat yang baik ya Allah ! Sahabat yang boleh menegur kesialapan ku tatkala aku salah. Sahabat yang boleh mengajak ku membuat perkara yang baik. Sahabat yang begini yang aku inginkan...



* Peringatan untuk diri sendiri juga. sama sama kita mencari Redha Ilahi, untuk sama sama menuju ke Syurga Ilahi :)


* Untuk semua yang saya sayang, saya tujukan lagu ni untuk kamu ye :) Sahabat Sejati, UNIC



Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC
(Saya paling suka dua rangkap first tu la..starting lagu tu sayu je hu..)

Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




Bugis Street, Singapore Part 4.

Assalamualaikum warahmatullah...



Selepas merehatkan kaki dalam 40 minit di Hotel Amrise, kaki yang dah tercabot tadi dah siap pasang balik sebab nak pergi jalan jalan kat Bugis Street pulak :)


 kami di Bugis Street !


Sambil berjalan dalam hujan renyai, kami bergerak ke bustop untuk ambil bus ke Bugis Street :) kebanyakkan bas kat singapore ialah double decker bus :) so sesaje je duduk bahagian atas heheh...

eh eh dah sampai dah Bugis Street...semua tempat dekat je :) dalam 10 minit da sampai..

Ini bangunan Capita Mall, di  Bugis Junction

kesesakan di Bugis Street


sesak ! macam jalan tar laa...hehe..



Time kitorang pergi ni waktu Chinese New Year..so banyak kedai jual barang barang Limau dan barang orang cina kat sekitar Bugis Street tu..



 taktau tu bangunan ape.. tapi comel !

mama dan babah



















 
















Siap entri untuk Bugis Street !. Kat sini korang boleh beli macam macam woooo...handbags, kasut, segala macam bentuk souvenir..saya sempat jalan jalan kat bawah je.. Maziah kata belah atas pun ada jugak..tapi kaki da tak larat nak naik atas :) 


Dari petang sampai ke malam kami shopping di Bugis Street tu... perut pun dah mula berkeroncong...So misi selepas Bugis Street ialah ke Arab Street untuk mencari makanan Halal :)


Next part, saya cerita tentang Arab Street ya ! :)












 

Designed by Alieff Artwork