Pages

Monday, January 28, 2013

Lagi-Lagi Kenduri Kahwin =)

 Assalamualaikum warahmatullah...

Lagi lagi kenduri kahwin kan ? Alhamdulillah bagi yang dah mendirikan rumah tangga tu..saya doakan kebahagian mereka hingga ke syurga :) 



Jalan jalan dapat tengok howww nice and lovely nya kwnduri kahwin orang. Agak agak waktu saya kahwin nanti...grand macam ni tak ? Huhu..



Pada saya, biarlah sederhana, biarlah orang kata...cikai perrr kenduri kahwin dia ni !! ni macam takde bajet punya kenduri jewrrr...haha...saya sebolehnya nak simple jer. Mungkin doorgift saya nanti hanya telur yang dibungkus tisu merah tu je...back to old style =) Much better..much saver betoi tak...tapi tu kalau saya kahwin laaa kan !



Tengok sana sini kenduri kahwin sekarang bajet tinggi benar...nak hidup pun tak senang bila berhutang sana sini..kalau boleh nak buat kenduri kahwin tu..ukur baju dibadan sendiri..okeh ! Yang penting...ikut sunnah nabi muhammad s.a.w... itu paling baik !




Gambar je laa yang boleh diselitkan di blog ni sebagai kenangan :)



Oleh sebab my family je tetamu yang dikira pertama hadir kat majlis kenduri kahwin ni.. so.. kitorang lah yang first makan..dan saya dan adik saya lah yang dok snap gambar sana sini...syok sbb takde org dtg lagi hehe..



Saya tertarik dengan kadbod tulisan yang comel comel yang digunakan untuk props gambar dan juga candy bar dia.. wow !



yang ni kenduri pertama..di KL !

























 baru saya tahu marshmellow dan hot chocolate adalah sangat sedap ~~




 tiba pula di kenduri kahwin yang kedua...
di Melaka !









my lovely parents...sayang diorang laju laju kan !! muahhhxxx

satu satu saya sayang Allah
dua dua sayang rasulullah
tiga tiga sayang ibu ayah abang adik kakak
satu dua tiga 
sayang semuanya !





Sugar Glider : Magic Tidur & Ninja Preggie !

Assalamualaikum warahmatullah :)


Takde benda nak diceritakan cuma nak kongsi gambar magic dan ninja jer :) Setakat ni sugar glider tinggal 5 ekor je :) >>


Shemie dan boboi (male) ninja, mumu dan magic (female)...bela sikit udah le.. sebab nanti diorang ni kompom beranak pinak :) Sekarang ni pun tengah tunggu joey OOP dari mumu dan ninja...!



Layan gambar je la..
gambar magic tidur :) magic ni paling manja sekali dalamkalangan sugar glider saya  tayang mucuk mucuk






 magic magic magic is virgin !!


 yang ni pulak gambar ibu mengandung
layan gambar ninja si preggie...:) cak cak ! Ninja memang tak rajin preggie..berbanding mumu...setakat ni..ninja pernah beranak dua kali jer...tapi yang survive is Bima dan Sakti..dua dua anak dia saya dah jual :)













home sweet home.. 5 ekor satu sangkar ! kan aman damai tu :)


ok babai assalamualaikum !!

Ziarah Kubur di Solok Menggong =)

 Assalamualaikum warahmatullah..


2 hari 1 malam percutian ke Melaka kali ni. Dah lama rindu kat arwah atuk dengan nenek.. rindu jugak nak tidur kat kampung, di solok menggong , Melaka. :)



Alhamdulillah, kali ni dapat tidur di kampung. Malam tu pulak ada sambutan Maulidur Rasul di Masjid solok menggong. Dapat dengar tazkirah dan cerita ustaz tentang betapa hebatnya Rasulullah s.a.w...best sangat sangat dengar cerita ustaz ! Lepas tazkirah je ada jamuan..sedap woooo..nasi minyak ! Rezeki murah malam tu...



Pagi esoknya singgah ke kubur atuk..tambah batu hiasan putih tu...kasi cantik...masih ada bunga dan daun pandan yang berteraburan atas pusara. Maklong dan famili agaknya yang last visit kubur atuk nenek ni...Alhamdulillah...



Sedekah yassin dan fatihah untuk atuk, nenek, dan semua keturunan, semua muslimin dan muslimat yang telah pergi ke Rahmatullah...Alhamdulillah...



 atuk dan nenek pergi dalam bulan yang sama tapi dalam tahun yang berbeza. tarikh pun hampir sama jer...:)

ini kubur atuk kesayangan ku... i love you !
atuk pergi  29 Julai 2009



ini kubur nenek kesayangan ku !! i love you 
nenek pergi 30 Julai 2007
 








 adik mak...
pakcik saya ni meninggal masa dia darjah 4 kot...masa tu jalan nak balik sekolah.. kena langgar lori..




yang ni kubur moyang saya..
nama dia Comot binti Aris
:)



Ada kelapangan lagi nanti saya ziarah lagi ya...lari sekejap dari kesibukan dunia...dan mengingati yang telah pergii... kita yang hidup ni lah yang dapat doakan mereka yang telah pergi...moga nanti kalau kita dah takde lagi hayat di bumi ni.. ada yang mendoakan kita pula.. insyaAllah..amin...

Cara Buat Oreo Cheese Cake (Mudah!)

Assalamualaikum warahmatullah...

Apa khabar semua..harap sihat belaka ya ! Harini nak share pada kalian cara buat oreo cheese cake dengan cara paling mudah. Hehe...budak kecik hingusan pun leh buat ni...



Bahan-bahannya : 
  1. Cream cheese Philadelphia 1 kotak
  2. Biskut Oreo 3 bungkus
  3. Halal gelatin 3 sudu
  4. Susu segar 5 sudu
  5. Butter 6 sudu or could be extra.
  6. 6 sudu biskut oreo yang dihancurkan (without cream).
Alatan : 
  1. Blender / lesung batu
  2. Mixer


Mula - mula asingkan semua biskut dengan cream.


Tumbuk semua biskut yang telah diasingkan tadi. alau pakai blender yang boleh blend benda keras pun boleh. Lagi pantas. 


Lepas tu taburkan biskut yang telah hancur tadi ke atas loyang / bekas yang besar dan leper.

Gaulkan biskut yang hancur tu dengan 6-8 sudu butter yang dah cair sehingga sebati. supaya biskut hancur tu akan bercantum dan keras jadi tapak cake.  Ok kalau dah siap..simpan dulu dalam freezer bagi dia berehat sekejap. Dan mulakan step menggaul dengan mixer pulak.


 Sediakan mixer. masukkan cream cheese dalam mixer dan pukul sampai kembang.

Lepas tu masukkan cream biskut yang telah diasingkan tadi. pukul sampai kembang.


Sementara tu, cairkan gelatin dengan air suam. 2 1/2 atau 3 sudu besar je cukup. Jangan lebih nanti tak sedap. Dah cairkan baru masukkan ke dalam mixer tadi.

 

Dah masukkan gelatin, masukkan pula sedikit gula (jika ingin manis), masukkan susu segar, dan juga masukkan 6 sudu biskut oreo telah hancur (supaya nampak titik titik hitam biskut tu comey sikit)


Ok semuanya dah kembang semangkuk..cantik !!!


Ok keluarkan loyang yang di-berehatkan dalam freezer tadi dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang cake kita... tadaaaaaaaaa....comey kan kan


hah ! comeyyy kan dah kata comey !!


Lepas tu ambil la 4-5 biskut (without cream) untuk jadi hiasan atas cake tu. tepek kkan atas kek.  Lepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam peti seuk beku. bekukan kek dalam 4 hingga 5 jam...dah cukup beku baru boleh makan...hehe






Tadaaa !! Kek Oreo Cheese dah siap.. gambar selepas dibekukan selama semalaman.. Alaaa tomey omey nye oreo cheese cake ni...


Potong sikit untuk famili...selebihnya nak bawak ke sekolah bagi kawan kawan :)

Bila potong tau tak apa jadi ??? Hahaha  

Disebabkan resepi sebenar suruh letak 3 sudu je butter..so tapak cake saya tak berapa jadi sebab butter terlampau sikit. Jadi untuk korang semua adikan pengajaran.. gaulkan butter dengan jumlah secukupnya supaya biskut hancur kat bawah tu melekat dan keras...kalau butter kurang nanti jadi macam cake saya ni..biskut hancur sikit kat bawah...:)

tadaaaaaaa !! 
ehh sedap ke ni ? hahahaha takpe suruh kawan test dulu...

Pagi pagi sampai sekolah je terus bagi kat kawan kawan makan.. hehee
komeN : sedap !!! hehehe lainkali buat lagi !!
yeayyyyyyyy nasi baik kek aku jadi !


walaupun tak berapa nak cantik...tapi rasa dia sedap !!!
 

ahaa comey kan !!


kena ada bukti gambar supaya korang semua percaya hahaha ini bukan cerita tipu punya ! hahaha :)


ok babai ! sayang semua laju laju yaaaaaa !!


 

Designed by Alieff Artwork