Friday, December 13, 2013

Tuhan Tolong Lembutkan Hati Ini...

Sila baca tajuk macam nyanyi lagu ombak rindu. 

Assalamualaikum ! Macam mana ek. Macam mana ni ! Adoi...camne ni..masalah besar ni...*takdelah besar sangat tapi biasalah manusia ni memang lemah. Perkara kecik je mesti nak besar besarkan* 

Sedih jugak. Time time feeling sorrow ni, rasa macam nak call somebody. tapi ada dua manusia dalam alam semesta ni no dia dah pun terminated agaknya. Ok fine. Move on. Friends come and go kan. MOve on move on. **ni mungkin sebab Allah nak jaga tak bagi mengumpat banyak banyak**

Manusia ni tulaa...Allah ciptakan lemah. Lemah lemah. Tak kuat nak tepis dugaan dan ujian Allah..sedangkan Allah uji untuk meningkatkan keimanan kita. Kalau diri tu dah kurang motivasi...memang terpesong jalan. Allahuakhbar kuatkanlah semangat saya ni...nak berdepan dengan dugaan demi dugaan. Dugaan maha kecil..tapi kenapalah diri ni sering nak perbesar besarkan. My bad :'(



And yes. Dapat berita jugak akan sesuatu yang menyentuh hati dari seorang kawan.  Entah tak tahu nak rasa apa. Allah je maha mengetahui kot...Nak sedih nak nangis tapi tersekat. Nak gembira nak lega tapi tersekat. Eh mana satu feeling nak pilih pun tak tahu. Wow pernah rasa macam tu tak ? Gilojes betul la...**gilojes tu saya takrifkan gilo + gojes...** Tapi move on move on. Hidup perlu diteruskan..

Ini dugaan apa pulak lah kali ni kan. Dugaan hati je pun. Sekelumit je pun dugaan ni, kenapa lah nurul aina ni lemah sangat lah oi !

Stuck in the middle lah. 

Tolong lah doakan saya ni kuat...hurm...paling tak boleh tipu..is my face expression ok. I cant hide it when i feel so mad. 

Oh ya, petang tadi semasa saya tengah sibuk memikirkan masalah yang tak penting sangat ni, something crossed my mind ! Guess what ? I rasa...bertuahlah orang yang Allah uji sebagai seorang pekak dan bisu kerana mereka terlindung dari dosa. Tak payah nak dengar orang mengumpat, tak payah dengar orang membebel. Yang si bisu pulak tak payah sibuk nak mengata hal orang...Yang si buta pulak, tak payah nak tengok benda benda maksiat...Allah maha suci Allah, Maha sempurna Allah, maha adil Allah....

Tapi bukanlah nak kata mintak Allah tarik nikmat ni baru nak sedar...tak nak macam tu..bersyukurlah sebab Allah dah jadikan kita sempurna...tinggal nak jaga dengan rapi je...hurm..itupun tak mampu buat ke wahai nurul aina...kenapalah nurul aina ni :'(

Allah, sayangilah saya, lindungilah saya. Saya tak mau kawan dengan orang jahat dan jadi jahat. Tolong hadiahkan saya kawan kawan yang baik, saling mengingati dan menasihati. Jauhilah segala tok cucu nenek setan yang sentiasa menggoda menyesatkan hambamu ni...Jauhilah manusia yang bertopengkan setan dari saya...

Dan jika saya terdedah dengan perkara sebegitu Allah, silalah jauhkan pandangan mereka dari saya. Biarlah saya ni jadi invisible. Dan jika saya ni penyebab mereka menjadi jahat dan berbuat dosa kerana saya, jauhilah saya dari mereka. Wuuuu...





*tadi tulis waktu siang siang...now dah tengah malam tak post lagi mende alah ni.. hahah...ok ok mood da ceria balik * kikiki

* terima kenyataan itu memang pahit wuu ~

Bye bye assalamualaikum ! Moga segala keresahan dan kesulitan dapat diatasi dengan keimanan ~ Wuuuu...


 

Designed by Alieff Artwork