Wednesday, December 18, 2013

Kelebihan Surah Alam Nasyrah {Doa Untuk Ketenangan Hati & Memudahkan Urusan}

Assalamualaikum...


Hati resah ? Jom baca 
Surah Alam nasyrah.

 

surah alam nasyrah...
2 kali ayat ni diulang...

sesudah kesulitan itu ada kemudahan
sesudah kesulitan itu ada kemudahan!




Dan ini saya copy paste saja info Kelebihan surah alam nasyrah untuk sama sama kita amalkan...insyaAllah...

Manfaat / Kelebihan Surah Alam Nasyrah dan Petua Mendapatkan Zuriat


1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

:)

sumber : facebook 





# By the way...mesti pelik kan kenapa gloomy sangat entri silampuneon ni ? Awchh...bak kata Soo Win Ci dalam Masterchef tu...hidup ni macam Rollercoaster...sekejap kita ada kat atas...jap lagi kita ada kat bawah... : (

Hari ini saya rasa betul betul breaking apart. 

Sampai terjerit geram kat dalam kereta tadi...sebab teringat sesuatu yang im not supposed to feel bad but still i feel bad about it. Itu dah satu benda. Yang lagi satu ni kes khianat pulak. Bila dah geram sangat mulut nak sebut benda tak elok..tapi karang kalau sebut dapat dosa pulak...so duk jerit jerit dalam hati jer lah...moga moga Malaikat belah kiri tak catat dosa bila jerit dalam hati ek ; (

Itulah sebab kenapa Allah selalu mengingatkan kita supaya ingat dia. Sesungguhnya bila kita ingat Allah, Allah itu sangat dekat dengan diri kita. ; ( Cuma diri ni terkadang terpesong...lalai dan alpa !

Tolonglah moga moga Allah menarik apa sahaja yang ada pada diri ini, jika ianya hanya membuatkan saya lebih jauh dari Allah...

ok bai.

jangan lupa baca surah alam nasyrah banyak banyak ! huuuu...nanes !
 

Designed by Alieff Artwork