Tuesday, December 17, 2013

Aeman, Buatmu Ibu.

Assalamualaikum semua, dah tidur ke ? 

12.18am / 16 dec.

Saya tak boleh tidur pulak sebab pukul 8 tadi dah tidur sampai pukul 10malam. Huhu now nak jadi kelawar :) Malam malam ni sambil siapkan packaging pos laju, sambil layan nasyid. Wuuu...sayunya lagu ni kan ! Menangis nangis nyanyi sebab feeling sangat ! 

Teringat waktu waktu hardtimes dengan mak. Waktu kurangajar, waktu degil degil, waktu melawan cakap...(**sape sape yang selalu macam ni silalah terasa..walaupun saya bercakap tentang diri sendiri yang selalu cuba mengalah dengan mak, tapi...kadang kadang terlepas juga, kita kan manusia biasa banyak kelemahan dan kekurangan...) 

Tapi dialah yang paling kita sayang...balik je...mesti cari mak dulu...call je...mesti nak cakap dengan mak dulu... ;'( Ya Allah jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah..anak yang baik untuk kedua ibu bapa kami ;'( 


Rasullullah s.a.w bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"

Psss...kalau selalu gaduh gaduh mulut dengan mak tu..kena lah cover cover sikit ok (terutamanya wahai nurul aina ni). Tingkatkan kesabaran sebab kita takkan mampu balas jasa ibu yang melahirkan dan membesarkan kita...Walaumacamana sekalipun background kita dengan parents kita, sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kita kecil...Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi ayah ibu kita ye..InsyaAllah...

Sesetengah orang, background hidup berbeza dengan kita kan. Kita tak tahu apa masalah dia dengan parents dia...terkadang tu ada yang membeci parents sampai mati...banyak cabang sebab yang mewujudkan kebencian tu berlaku..Allahuakhbar...tiupkanlah nur dan hidayah dalam hati mereka..lembutkanlah hati mereka dan satukanlah mereka yaAllah...

Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra' ayat 23:

"Dan Tuhan Mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".

Video , Lirik lagu Buatmu Ibu - Aeman


Lirik lagu Buatmu Ibu - Aeman

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)







my mom and dad :) I love you !


 

Designed by Alieff Artwork