Wednesday, October 16, 2013

Jujur.

Assalamualaikum...

**akibat digigit dan disedut di tapak kaki oleh seekor nyamuk yang tidak bertanggungjawab, maka terjagalah saya dari lamunan mimpi negri bercampur indah tadi,,cett***) sedang garuk tapak kaki yang gatal...

Bangun. Hela nafas. Gatalnya tapak kaki ni !!! Mana pergi nyamuk bertuah tu ? Amboi3x...sabar sabar...

 terpanggil untuk cerita pasal JUJUR..
sebab mimpi tadi...

Jujur.

Sebenarnya jujur ni tak dapat dilihat dengan hanya kata kata. " Saya jujur ,Saya ikhlas " Puihhhh...takde maknenye...kata kata boleh jadi dusta. Wallahualam !

Jujur.

Boleh dilihat dengan kata kata yang disertai dengan perbuatan dan tindakan. Bila dia cakap, dia tunjukkan dan dia lakukan. 

Malah apa yang dia lakukan bukan semata mata untuk membuktikan yang dia cuba bersikap jujur, tapi dia buat sebab dia memang jujur. Haaa...

Penipu.

Hah yang ni lagi satu pulak, dah buat salah nak menipu je keje. Sentiasa ambil ruang dan peluang untuk  menutup kesalahan sendiri. Senyap senyap bagi orang tak nampak. Diam diam menipu. Yang ni lagi teruk !!! Tapi mulut pula berani cakap " Saya jujur " sampai semua orang tertipu hidup hidup dengan lakonan dia...ada juga yang tak cakap dia jujur..tapi buat macam jujur...tapi sebenarnya ada udang di sebalik meee !! jaga jaga semua ;-/

Tapi,..bak kata ustazah kat tv Alhijrah tu...

Jujur ni tak semestinya kita sampai perlu buka aib kita. Sebab Allah dah jaga kita baik baik dah lindungi kita..dah jaga aib kita...jadi kita jangan buka aib kita pada orang.

Nice word kan...Tapi eloklah kita ni jujur pada orang...Bila kita jujur, orang lagi senang percaya pada kita. Jujurlah...berkatalah benar walaupun ianya sepahit hempedu . Sifat jujur ni adalah sifat yang sangat terpuji :-)

Dalam hidup ni, kita tidak perlukan kesempurnaan, kita hanya perlukan kejujuran...


Inspirasi Mimpi tadi : #ku terima sebuah kotak comel. dalamnya berisi beruang comel dan sebuah buku latihan sekolah yang buruk yang dijadikan diary. bila dibelek, rupanya buku tahun 2000..dan juga kisah kisah benar dan comel...huhu...penuh rahsia...

**lepas tu terbangun sebab kena gigit nyamuk!** apakah la wey...

Ok semua, babai assalamualaikum ! sayang semua laju laju. takmau benci benci ok :) so...kepada semua kawan kawan, tanx sebab bersikap jujur dengan saya, saya juga sedaya upaya akan bersikap jujur pada kamu semua :) TQ againnnnn... :)







 

Designed by Alieff Artwork