Monday, September 16, 2013

Allah Masih Sayangkan Kita...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Manusia Allah swt uji dalam bentuk pelbagai situasi...jangan pernah rasa putus asa dengan ujian yang melanda kerana pasti orang lain juga merasainya malah lebih teruk lagi...sekadar menguji iman dan taqwa kita pada Allah swt...yang sabar orang yang berjaya..yang putus asa orang yang tewas..





Allah masih sayangkan kita .. tau tak kenapa ? Sebab selama ni Allah beri ujian yang bertalu talu dan bertubi tubi kat kita....selama ni kita sesat, kita leka dengan maksiat, kita lalai dengan tanggungjawab, kita lupa kita adalah hamba, kita alpa dengan kesenangan dunia.

Allahuakhbar.

Allah masih sayangkan kita .. walaupun kita pendosa yang nyata...Setiap hari masih lagi boleh bernafas, berjalan, makan, dan tidur seperti biasa...dan keesokan harinya kita bangun menjalani rutin harian yang sama. Kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk hidup. Sebagai manusia yang lemah, kita masih lagi melakukan perkara perkara yang tidak diredhai Allah...Namun Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..Maha Penerima Taubat hambanya...

Allahuakhbar.

Lalu apabila ditimpa musibah yang kita rasakan dunia ni macam dah nak berakhir...kita mula kecewa dengan manusia...kecewa dengan dunia...Tatkala itu Allah meniupkan cahaya serta hidayah kepada kita untuk kita kembali ke pangkal jalan...Waktu itu, manusia tidak lagi perlu bergantung harap dengan manusia...Tetapi kembali kepada Allah Taala yang Maha Esa...

Allahuakhbar. 

Begitu sayang Allah swt pada hambanya...Sekembalinya kita pada Allah apabila telah bertaubat...Allah permudahkan jalan hidup kita, Allah ringankan beban hidup kita, Allah tiupkan ketenangan kedamaian dalam hati kita, Allah berikan pengajaran pengajaran secara tersiratnya agar kita dapat mengetahui kebenaran akan dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Allahuakhbar.

Sungguh kasih sayang Allah itu melimpah ruah. Allah satangkan pertolongan pertolongannya melalui manusia juga. Lihatlah sekeliling kita, mempunyai keluarga yang sentiasa ada tatkala kita susah, mempunyai kawan kawan yang boleh membantu kita, mempunyai sanak saudara yang prihatin, jiran jiran yang baik hati...walaupun cukup sederhana, bersyukurlah. Ucapkanlah Alhamdulillah.

Allahuakhbar.

Sungguh, manusia itu tidak pernah puas dengan apa yang ada. Sering meminta lebih dari apa yang ada. Ingat, Allah sudah tentukan rezeki, jodoh dan ajal kita . Tak perlu lah risau atau gundah gulana, tatkala kerisauan dan kegelisahan melanda kita, basahilah bibir dengan zikirullah..percayalah Allah tahu apa yang hambanya perlukan...Buanglah ketepi rasa takut apabila masalah dunia melanda. Serahkanlah semuanya pada Allah apabila kita dah berusaha, solat dan doa sebaik mungkin. Dengan mengingati Allah hati akan tenang (tertulis dalam alquran).

Allahuakhbar.

Jika Allah begitu sayang pada kita, adakah kita juga sayang pada Allah ? Sejauh manakah bukti kita sayang pada Allah ? Allah menyuruh kita ikut ajaran kekasihnya, ya Rasulullah...sudahkah kita mengikut segala sunnah Rasulullah ? Adakah kita meletakkan Rasulullah insan pertama yang kita sayang dalam hati kita ni ? Terkenang Ustaz Kazim Elias cakap...Siapa orang yang paling kita sayang ? Wajib cakap Nabi Muhammad dulu sebelum ibu bapa...betapa tingginya kedudukan Rasulullah dalam hati kita...sepatutnya...

Allahuakhbar. 

Alhamdulillah, InsyaAllah berkat doa doa kita, solat solat yang berkualiti serta solat sunat, zikrullah, amal jariah...insyaAllah...sekeping hati ni boleh dicuci dan digilap lagi...InsyaAllah pengembaraan dan perjalanan untuk menjadi anak yang soleh solehah diteruskan dan diusahakan...Dalam pada itu, masih lagi dosa dosa turut terikut kerana syaitan itu tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia supaya dicampakkan bersama mereka ke dalam api neraka (ternyata dalam al quran). Bersabarlah, redhalah, percayalah...Allah swt akan sentiasa memberi jalan kepada hamba-hambanya yang mencari keredhaannya...




Eleh, orang berkopiah tu hati dia bersih ke ?

...tak, sekurang kurangnya dia mengikut sunnah rasullulah...

Eleh, orang betudung labuh itu confirm ke masuk syurga ?

...tak, sekurang kurangnya dia memelihara aurat dan terselamat dari ancaman manusia...

Eleh, orang yang selalu pergi masjid tu dah lah kedekut, berlagak, riak, bagus sangat ke tu ?

...tak, sekurang kurangnya dia mendapat rahmat pergi ke rumah Allah, dan berusaha menjadi muslim yang baik...


Semalam terjebak kat blog mana tah yang dia ditimpa ujian HIV..bukan blog tu jer, blog blog lain yang ditimpa ujian seperti kecelaruan identiti (gay lesbian)...dan mereka sebenarnya berusaha kembali ke jalan Allah...

Percaya tak, jika kita tidak diuji...kita takkan sedar, kita tidak akan jadi orang yang beriman...Lihat sahajalah orang orang yang dalam penjara...seperti mana mereka bertaubat...bila keluar penjara jadi orang yang berimand dan bertaqwa...lihat sahajalah orang yang diberi ujian penyakit HIV / AIDS...ujian yang hebat membuatkan mereka kembali ke jalan Allah, menjadi orang yang lebih bertaqwa dari sebelumnya...jadi bersyukurlah...jika tidak ditimpa dengan musibah yang besar...dengan ujian yang maha kecil ini...bertahanlah dan jangan merungut...Sesungguhnya Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih...

Alhamdulillah.

love, Nurul.




 




 

Designed by Alieff Artwork