Pages

Sunday, August 04, 2013

Tips & Doa Menenangkan Hati (Sedih/Gelisah/Duka).

Assalamualaikum...

Tak puas hati ? Banyak benda dalam hati yang rasa macam tak lepas je kan ? Banyak benda suka pendam pendam je kan ? Sebab tu laaa bila sampai satu tahap...orang yang suka memendam rasa ni boleh meletup secara tetiba...macam volcano ! 

Kadang kadang rasa orang lain yang mulut cam laser tu best gak...hidup transparent...banyak orang sakit hati dengan dia tapi...dia lega jer laaa takde benda nak dipendam pendam..takde benda yang nak didengki dengki...hahaha..itu kebaikan pada diri sendiri...tapi buruk pula untuk orang lain...acane tu ?

Yela, susah nak puaskan hati orang lain. Susah nak jadi superhero depan mata orang...susah nak jadi yang terbaik sedangkan diri sedang berusaha gila gila untuk jadi the best...huhu tapi orang lain tak nampak jugak...macam kena al-hijab...huuu...saya yang invisible...wuuu...

Takpelah biarlah invisible depan mata manusia...jangan jadi invisible depan mata Allah...Tapi boleh ke macam tu..bukan syaratnya habluminallah hablumminannas  ke ? Baik hubungan dengan Allah, baik juga hubungan dengan manusia...sepatutnya macam tu kan ? Mana boleh lone ranger jer...not good not good...like that...

Tapi betullah ! Saya rasa diri saya invisible laaaa...ishhh...

Cer apa kata kita amalkan doa ni...tiap tiap pagi kalau korang dengar IKIM.FM, akan putarkan doa ni banyak kali...huhu...


laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati oleh Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah..

Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah..


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri
sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!

8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

 

Designed by Alieff Artwork