Sunday, August 04, 2013

Tips & Cara Mengelakkan Diri Dari Mengumpat !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sebenarnya manusia zaman sekarang ni dah ada kesedaran dah sikit sikit ... dahulunya ramai yang jahil...buta agama...tapi sekarang dah ramai yang berilmu...Alhamdulillah...(even ramadhan kali ni saya juga terkejut dengan jumlah manusia yang membanjiri Masjid Al-Ikhwaniah sehingga 10 hari terahkir ramadhan) Berbanding dulu jumlahnya sedikit. Alhamdulillah, tenang sangat sangat tengok..insyaAllah sama sama kita istiqamah ye dak ?

Tak banyak...sikit pun jadi..Allah maha mengetahui. 
Jangan kat akhirat esok kita malu depan Allah swt dengan bekala amalan kita yang terlampau sedikit.. :(
MasyaAllah !


berhenti mengumpat !!


ketika diharuskan ~


Ohya. Nak cakap pasal mengumpat. Manusia suka mengumpat tak kira lelaki dan perempuan. Ada 2 situasi Mengumpat. Samaada kita yang mengumpat atau orang lain mengumpat kita tumpang sekaki !


Ah...kadang kadang saya juga ter-mengumpat (dalam keadaan tak sedar)..bila sedar diri tengah mengumpat baru terdiam sendiri. MasyaAllah...berdosa besar! 
Dan kadang kadang sedang kita duduk bersantai...kita diundang dan dihidangkan dengan menu menu umpatan dari orang lain sedangkan kita hnaya duduk berdiam diri...itu dah dikira join jugak tu !!
MasyaAllah..berdosa jugak !!


Macam mana ni ?



Sumber : http://bicaraneem.blogspot.com/2013/02/kaedah-terbaik-elak-mengumpat.html

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam mengingatkan lagi, "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (Riwayat Ibnu Abiad Dunya dan Ibu Hibban)



Para ulama sufi terdahulu apabila terasa hendak mengumpat, akan menepuk mulutnya sendiri. Menurut mereka, terdapat dua cara melawan keinginan berbuat jahat:

1- Apabila terasa hendak buat jahat, hati cepat- cepat berkata. "CUKUP! BERHENTI DI SINI!"

2- TAHQIQ iaitu menyakitkan anggota badan untuk memberi peringatan para diri supaya tidak melakukan kemungkaran.
 



Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:

  • Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

  • Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.

  • Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.




Imam al-Ghazali ada menyatakan perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.

  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

  • Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.


>>Peringatan kepada semua blogger ~~sila ambil perhatian...<<

Takut memikirkan apa yang kita tulis dan published menjadi beban buat kita bila kita kembali menemui Pencipta. Kita buat salah kat seseorang, minta maaf kat dia, dia ampunkan...dia tak ingat, kita tak ingat, orang pun dah lupa. Tapi jika entri kita tetap wujud dan tetap dibaca pula oranglain hingga ke hari kiamat, ya Allah...betapa seksanya kita melihat dosa yang mengalir setiap detik mereka diluar sana membaca entri kita.


sama sama kita jadi blogger yang bertauliah k...sampaikanlah perkara perkara yang baik...yang boleh menjadi saham untuk akhirat nanti :) insyaAllah !

ok bye bye !

 

Designed by Alieff Artwork