Pages

Tuesday, August 27, 2013

Hidup Perlu Diteruskan...Walau...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Penuh semangat kan kata kata ni...

 if you cant fly... then run !!!
if you cant run...then walk !!
if you cant walk..then crawl !!!!!
but whatever you do..
you have to keep MOVING FORWARD !!



Sejujurnya lewat kebelakangan ni saya stress sangat sangat. Puihhh memang gila stress. Sampai rasa nak give up je nak buat apa - apa. Ini pun masih cekalkan semangat sebab Allah sentiasa ada disamping hambanya. T_T

Actually stress pun sebab duit. Bukan mudah nak hidup senang kan ? Lagi-lagi bila beli aset dalam usia yang muda. Tak kahwin lagi pulak tu. Boleh katakan simpanan sepanjang hidup saya 26 tahun ni semua habis sebab beli rumah. pehhh. Orang nak ajak joli joli pun saya tak dapat nak berjoli dah.

Takpelah pelan pelan kayuh. 

Itu baru hal duit. Belum masuk hal nak sambung belajar lagi. Baru baru ni pihak UM ada bagi email kat saya...DUKAcitaNya...dimaklumkan Nurul Aina Zakaria..anda tak berjaya meneruskan pelajaran dalam bidang Master in Counseling di UM...sekian terima kasih , lain kali cuba lagi. pehhh. Sungguh tercalar balar hati ku ini. 

Mula mula tu nak sedih gak. konon nak buat rayuan ape semua tapi..bila pikir pikir balik...hummpphh bagus gak aku tak dapat ni ! Sebab tak de duit dah nak sambung belajar okehhh. Nak sambung belajar kena ada duit standby...sekurang kurangnya RM3,000 untuk yuran...peh...takde duit ok. 

Ok laaa..takpe tak dapat sambung belajar pun. Tetiba lost hope to further. time kaseh semua yang menyokong setakat ni ! (hehehe...) Niat untuk further study dihentikan serta merta buat masa 6 bulan. Kerana memang sesak gila...

Dalam kesesakan yang melanda ni pulak...tetiba dapat call dari lawyer..."cik nurul aina, awak tak bayar lagi duit lawyer..nanti rumah ni nak tukar pada nama awak..cepat cepat la bayar duit lawyer ye..." tetiba jantung seakan akan berlobang seketika. air mata mengalir. teringat duit lawyer RM4,700 untuk proses tukar hak milik hartanah. Pehhh...terbaik !

Sedikit demi sikit gaji ku tolak molak bagi mak simpan. Yang belen tu just untuk belanja hari hari sementara tunggu next gaji...Boleh pulak tanya si kawan "weeeh next gaji bila ekk ? sekarang bape haribulan ???" " errr next gaji bulan 25 hb semptember laaa...hari baru 27hb ogos...kita baru dapat gaji 2 hari lepas..." hokkk alohh mu !!

See? 

Sebenarnya saya baru sedar dan belajar nilai duit sekarang. saya baru sedar betapa perlunya kita menyimpannnn duit ;) piuwww...dan saya baru tersedar betapa saya pelu bersyukur dengan apa yang sedia ada...kerana lebih ramai lagi orang kat luar sana yang lebih berat bebanan dan tanggungan hidup berbanding saya ni...

jadi...kepada Allah kita berserah :)

Saya sering doa pada Allah..andai inilah ujian yang Allah nak beri pada saya..untuk menguji keimanan dan kesabaran saya..saya redha...berserah dan penuh kesabaran saya cuba usahakan...apa sahaja niat kerana Allah taala..insyaAllah saya percaya Allah akan permudahkan..biarlah waktu itu panjang sekali pun...jadikanlah saya seorang yang cekal untuk menghadapi ujian hidup..

Amin :)









 

Designed by Alieff Artwork