Monday, July 08, 2013

Sepi bukan benci.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh... (menaip sambil duduk dalam bilik tak buka kipas- suka panas panas. hee hee)




Salam rindu sangat kat semua ! Awww...sepi sepi..bukan bermaksud benci ya. Diam diam bukan bermakna dendam ya. Now, saya banyak berdiam diri berbanding banyak bercakap benda kosong. Salah satu ciri ciri mazmumah yang patut dielakkan ialah banyak bercakap. haaa...tapi kalau banyak bercakap benda yang baik apa salahnya ? =)

Allahuakhbar. 

Dah masuk bulan Ramadhan.  Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk mengecapi bulan ni. Allahuakhbar, hati ni masih tak kuat. masih lagi rapuh. Sedangkan bulan bulan sebelum ramadhan, struggle sangat untuk perform the best supaya dapat latih diri untuk bulan puasa ni. Tapi rohani masih lagi resah. masih belum cukup..terumbang ambing lagi. so sad.

Wallahualam. Allah, hamba mu ini masih mencuba..kuatkanlah semangat hamba Mu in untuk jadi yang terbaik supaya tidak termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat nanti.

Manusia sering menzalimi diri sendiri.

Dalam kehidupan seharian ni, takde satu hari pun kita tak mengeluh pasal orang lain, pasal semua perkara. Takde satu hari pun yang mudah. Semuanya penuh cabaran. Kalau hati ni tak kuatlah...terpesong serong. Kalau tak kerana Allah, mungkin semuanya kita langgar. Agak kalau tak puasa hati je dengan orang tu, tentu dah kita bunuh. Sabarlah wahai hati, biarlah sejahat mana pun dunia ni pada kau...sabarlah. Buat the best dan niat Lillahita'ala...InsyaAllah, berkat sabar...ada ganjaran besar menanti. 

Allah maha mengetahui.

Checklist bulan ramadhan..
  • bangun awal pagi buat sahur
  • petang masak untuk berbuka (kalau tak sedap makan je la jangan komplen saya masak)
  • solat 5 waktu
  • quran tambahkan bilangan mukasurat
  • solat dhuha
  • solat sunat rawatib
  • solat sunat terawih (8 rakaat pun ok) lebih lagi baik..ikut kemampuan
  • time tazkirah duduk dengar (tahan je ngantuk ke penat ke)
  • sedekah masjid, fakir
  • banyakkan zikir
  • jaga lidah, nafsu, pandangan
  • sahur di hujung waktu
  • berbuka awal waktu
  • berbuka cukup sekadar kurma atau buah buahan..then solat magrib dulu baru sambung makan.
  • banyakkan berdoa..moga Allah makbulkan..
  • istiqamah...buat secara berterusan..

Banyak nya checklist saya..mampukah ? Marilah challenge diri sendiri..kita boleh buat ! Yeepee...










 

Designed by Alieff Artwork