Pages

Saturday, July 20, 2013

Cara Masak Ayam Bakar !

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti :) ~~~ (ni nada nyanyian lagu assalamualaikum)

Ok, harini rasa nak cabar diri buat ayam roaster ! konon nak buat macam ayam golek whole chicken tu..tapi disebabkan mak kata buat sikit je..so kita buat la 5 ketul ayam jerk hihi...sumber resipi arini inspirasi dari Laura Vitale..(korang mmg tak kenal ni, minah youtube!) Yang selebihnya tu..saya memandai sendiri jerrkk hahaha..(sorry orang tak reti masak nak belasah masak)

Ok papehal pun meh kita cite bahan ape yang perlu ada ?

  • ayam beberapa ketul sukati hang la ~
  • ** 3 sb sos kicap, 3 sb sos tiram, 3 sb madu, 1 sk garam, 3 sb perahan lemon, 1 sk lada hitam, 1 sk lada sulah **Bahan Perap**
  • perap ayam dengan sos tu selama 1 jam paling minimum.
  • kentang 
  • butter
  • oregano
  • bawang putih (dicincang)
  • bawang besar

Cara masak Ayam Bakar. Mudah & Simple
  1. basuh ayam sampai bersih.
  2.  rebus ayam separuh masak & tos
  3.  gaul ayam dengan segala tok nenek sos **Bahan Perap**
  4.  perap selama 1 jam minimum
  5.   rebuskan kentang separuh masak & tos
  6.  kentang dipotong empat
  7.  gaulkan kentang bersama butter & oregano & bawang putih yang dicincang tadi
  8.  susun kentang atas loyang
  9. susun bawang besar ditengah tengah kentang
  10. susun ayam atas bawang besar tadi
  11. bakar ayam dengan suhu 250 degree selama 45 minit


Ok papehal pun ayam dah siap dibakar dan siap dijamah ketika berbuka tadi..alhamdulillah..tak sempat nak ambil banyak gambar...:)





kentang yang disaluti dengan butter , oregano & garlic mmg sedap !
ayam tak mengancam sangat sebab perap sekejap jer..huhu tapi ok la jadi la ayam bakar !

 here some ayam bakar / roasted chicken picture for your inspirations :) 


    


 


 nextime saya nak pastikan dapat buat chicken roasted whole chikcen macam gambar gambar yang menggiurkan kat atas ni ok ! wuuhee !!
      





 

Designed by Alieff Artwork