Wednesday, June 05, 2013

Jom Keluarkan Peluh...

Assalamualaikum selapat pagi dunia.


Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ni ye.
Allah nak bagi peluang tengok muka mak ayah adik beradik, tengok awan, burung, makcik jual nasi lemak dan kucing dan juga taik kucing. (busuknye seisi taman cheras utama dengan taik kucing).


Syok wooo berpeliuh main basikal pagi pagi. Manusia ni kalau lama-lama tak exercise, sampai satu tahap dia akan jadi pemalas gila. Nak buat apa pun malas. (saya lah tu) hahaha.


Sebab tu la bila dah ada basikal ni, duk rajin rajin kan diri untuk exercise..
Ni pun sebab belum biasa lagi,tiap kali maen basikal je rasa nak pitam longlai. (saya ni lembik kan!!)
Its ok. Sekurang kurangnya 3 kali senaman setiap minggu. Cukuplah.
Sekurang kurangnya dalam seminggu tu jantung ada gak mengepam laju laju.


Tapi boring gak cycle sorang sorang.
Setakat ni pun round sorang dari area rumah jer, sampai ke kedai mamak hujung sana.
huhi
Sape kat sini ada beskal? Jom kita tour ramai ramai :) hehe..


ni nak tunjuk peluh ni! zoom la kalau tak caya !


Senaman kan ada banyak cara ?
Ada orang pergi gym untuk keep healthy.
Ada yang berjalan kaki pergi kerja.
Ada turun naik tangga setiap hari.
Ada yang naek beskal pergi kedai.


Korang yang mana satu tah ? :-)




 

Designed by Alieff Artwork