Tuesday, June 04, 2013

Filem Melayu Sekarang =(

Assalamualaikum warahmatullah.


Fuhh tarik nafas dalam dalam. Hembus.
Semalam saya tengok satu filem melayu kat Astro.
Tajuk filem tu "Jiwa Taiko"
Cerita ni pasal sekumpulan budak budak liar yang duduk di kawasan terbiar.


Sebenarnya tak nak tengok filem ni, tapi sebab adik saya nak sangat tgk..terpaksa join sekali.
Saya paling anti betul cerita yang sal benda merapu contoh macam samseng,gangster,rempit,
Saya tak suka sangat tengok sebab banyak adegan yang 18sx sg.
budak budak zaman sekarang suka tgk filem camni.
Terkadang malu dengan budaya melayu yang dipertontonkan kat kaca tv :(


Dalam cerita jiwa taiko ni, hampir 70% adegan berciuman berpelukan..selebihnya keganasan.
Apekejadahnye tu. Yang melakonkan pulak melayu, islam.
Iyelah dah nama pun pelakon, mestilah berlakon bersungguh sungguh ye tak ?
Kalau disuruh peluk,cium,buatlah bersungguh sungguh ye tak.
agak agak kalau pelakon tu tgk balik filem tu tak rasa malu langsung ke ?


Sakit mata. sakit hati.
Macamana manusia camni boleh tergamak berlakon camni.
Director pun gila ke apa..tayang benda merapu camni kat TV.
Sampai jelik saya tengok pelakon hero heroin dalam cerita ni melekat lekit.


Sekarang dunia pun dah makin tua. dah banyak artis artis yang semakin insaf.
pakai tudung, berlakon pun nak pilih watak muslim dan muslimah.
tak kurang juga artis yang makin galak.
galak kejar populariti dan duit, semua watak main sapu.
bila dah tua sok baru nak malu, baru nak nyesal,
baru nak suruh TV tapis semua gambar dan filem zaman jahiliah.


hah, lagi satu cerita.
banyak banyak karier, kenapa nak sangat jadi artis ?
penyanyi,pelakon,model, public figure ? kenapa ?
dah takde benda lain boleh jadi ?
kan kerja kerja camtu terdedah dengan perkara yang tak elok..


hurm.
moga Allah bagi petunjuk dan hidayah pada kita semua,
agar tak terpesong dari jalanNya.













 

Designed by Alieff Artwork