Pages

Wednesday, May 01, 2013

Petua & Cara Membersihkan Hati.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh !




Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud : " Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."


Hai semua...saya lagi ! Yela...sape lagi kalau bukan saya..nurul @ neo! Eh eh eh...perasan tak..iman kita ni kadang kadang turun naik..kadang kadang rasa macam nak jadi  baik baik...tapi kadang kadang terlintas juga niat nak buat jahat...see? Si Syaitan berjaya menmbusi hati..dia kan makhluk halus ! Ofcos lah dia boleh duduk kat mana saja dalam anggota badan kita yang dia nak...malah..dia suka duduk kat hati kita..dan hasut kita buat perkara perkara terlarang...jahat kan dia !!!!


Ohya...thank you semua blogger yang masih lagi rajin komen blog silampuneon ni..saya ada spare time harini sebab Cuti Hari Buruh ! Yela..keje cikgu je..makan gaji je...lalalaa...anyways anyhow , i should say Alhamdulillah ! Syukran !


Tentang hati...betapa rapuhnya hati saya ni...yela dengan diri yang kurang sempurna, kurang berilmu...saya terkadang jatuh...Lemah rasanya. Saya tahu saya tak cukup kuat untuk menepis segala godaan si Syaitan durjana tu. Terkadang saya lupa diri...sebab tu lah saya sangat perlukan sokongan semua orang supaya saya sentiasa berwaspada dan beringat ingat...


Jadi, tatkala hati dan minda saya diserang perkara perkara yang kotor seperti marah dan baran, takbur, riak, hasad dengki, benci dan iri hati..saya menjadi terlalu lemah. Tak berdaya rasanya...yang mampu saya buat adalah  solat, baca quran dan zikrullah. Itulah senjata yang saya ada untuk memerangi Syaitan supaya tidak menguasai diri dan tindakan saya...


Cerrrr ape kata kita sama-sama baca dan ambil petua ni kalau kita berada dalam situasi -hati-kotor- ni...:


PETUA :  Datuk Haji Fadilah Kamsah.
Petua Membersihkan Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.



PETUA :  Ustazuna Muhadir Bin Haji Joll

Ustazuna Muhadir Bin Haji Joll pernah beberapa kali ditanya mengenai penyakit hati. Di sini saya sertakan beberapa persoalan dan jawapan yang dikemukakan oleh Ustazuna Muhadir.

1. Soalan : Bagaimanakah cara untuk membersihkan hati yang kotor akibat makanan yang syubhah dan haram ?

Jawapan : Tinggalkan makanan yang haram terutama yang tidak mempunyai tanda halal. Balas dengan makanan yang baik-baik seperti air zam-zam dan kurma. Hadir ke majlis aqiqah dan sebagainya, hadir ke rumah Syeikh. Kalau orang soleh datang rumah ke kawasan kita, sunat untuk suruh Syeikh tersebut datang ke rumah kita, jamu beliau dengan makanan dan biarkan beliau solat sunat dua rakaat di rumah kita. Gantikan kejahatan dengan kebaikan melalui istighfar.


2. Soalan: Bagaimanakah untuk membersihkan hati sebab dosa ?

Jawapan : Bersihkan dahulu tujuh anggota yang zahir.


3. Soalan : Bagaimanakah cara untuk melembutkan hati ?

Jawapan : Jaga tujuh anggota yang zahir. Banyakkan beristighfar dan bacalah kitab Penawar Dari Hati. 


4. Soalan : Bagaimanakah cara untuk menyucikan hati ? 

Jawapan : Jaga tujuh anggota zahir. Kosongkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Pertama, kenali dahulu sifat-sifat itu, kemudian lawan dan tazkiyah diri melalui mujahadah dan zikir. Jangan mengikut nafsu. Allah akan beri cahaya kalau kita sudah menyediakan tempat untuk cahaya tersebut. 


5. Soalan : Bagaimanakah untuk mengelak hati daripada mati berkali-kali.

Jawapan : Banyakkan berzikir dan hadiri majlis ilmu. Jangan kita tidak mendengar hadis melebihi tiga hari. Hati yang mati itu tidak boleh menghayati.





Suka saya untuk kongsikan bersama semua...alunan istighfar...taubatan nasuha dari youtube ni...
sayu je rasa...



P/s : Saya nak minta maaf kalau saya tak mampu nak tolong semua orang. Rasa kesian jugak bila tak dapat tolong orang ni...ada hikmah sebalik setiap perkara tu kan ? Allah maha mengetahui :) Take care ya semua...


 

Designed by Alieff Artwork