Pages

Friday, May 17, 2013

Peluang Datang Hanya Sekali...!

Assalamualaikum warahmatullah..

Disaat korang membaca coretan ni, perut saya telah disapu dengan minyak cap kapak. Memulas pulak rasanya...salah makan ker terlebih makan ? Rasa macam berangin perut ni..macam nak terbang ke langit jer..(apekes ! lari topik sat) Anyway, apa yang saya coretkan ni untuk peringatan semua dan diri sendiri...hurm..

Sedar tak, peluang dalam hidup ni cuma datang sekali jer. (iyeke neo, bukan berkali kali ke ?) Tak ! Peluang ada sekali je seumur hidup !






chance  (chns) (copy wikipedia sat!!)
n.
1.
a. The unknown and unpredictable element in happenings that seems to have no assignable cause.
b. A force assumed to cause events that cannot be foreseen or controlled; luck: Chance will determine the outcome.
2. The likelihood of something happening; possibility or probability. Often used in the plural: Chances are good that you will win. Is there any chance of rain?
3. An accidental or unpredictable event.
4. A favorable set of circumstances; an opportunity: a chance to escape.
5. A risk or hazard; a gamble: took a chance that the ice would hold me.
6. Games A raffle or lottery ticket.
7. Baseball An opportunity to make a putout or an assist that counts as an error if unsuccessful.



Kadang kadang apa yang mendatang untuk kita, adalah peluang terbaik untuk kita rebut. Tapi sayangnya kadang kadang kita sambil lewa, alpa, lupa, mengabaikan peluang yang ada depan mata kita. Kita anggap, "alaaa...nextime ada lagi" "alaa...nextime la, banyak masa lagi..."

Esok adalah misteri.

Belum tentu peluang yang kita dapat harini, kita akan dapat lagi esok ! Sudah tentu tidak malah ianya pasti berbeza pada masa akan datang. 

Contoh macam bila kita kenal orang. Waktu tu je lah kita ada untuk beri terbaik, penampilan paling baik tak kira samaada dah lama or baru je kenal. Even kalau orang tu takde langsung kepentingan untuk kita, tak salah untuk berbuat baik kat orang tu. Simple je, kita boleh senyum, dan beramah mesra dengan baik,tolong mana yang patut, bagi nasihat...Iyelah manalah tahu esok tengok tengok orang/kawan tu dah takde or mati..Kalau kita mati orang sebut elok takpe "bagus arwah tu, selalu tolong orang, sopan je orangnye, pemurah pula tu.." Ni kalau kita mati, taknak la orang sebut camni "laa dah mati ke ? huhh baik mati je.. kalau hidup menyusahkan orang je..benci aku dengan dia..heh.."

Kalau dalam bab solat pulak. Waktu tu je lah yang kita ada untuk beribadat kepada Allah swt. Allah seolah olah memberi peluang pada kita utk menambah amalan utk hari akhirat kelak. Bayangkanlah jika itulah solat terakhir kita, apakah peluang itu telah kita gunakan sebaiknya menghadap Allah untuk beri keampunan pada kita yang banyak dosa ni ?

Bab kerja pulak. Kerja tak henti henti. Kerja sampai mati. Memang lumrah camtu. Apa guna bergaduh bertegang urat kalau menolak-nolak kerja yang dipertanggungjawabkan pada kita. Bertelingkah sebab taknak buat kerja. Disebalik itu, tanpa sedar kit amenolak peluang yang diberi. Peluang untuk kita melakukan yang terbaik dalam bidang tugas kita...rebutlah peluang dengan ikhlas. Walau tersirat, pasti ada  hikmah dan ganjarannya nanti..

So geng, apa sahaja...depan mata...rebut asalkan tidak melanggar syariat Allah swt...

Ya Allah sesungguhnya aku sedang cuba yang terbaik untuk merebut apa sahaja peluang yang kau berikan kepada ku. Bagi ku, jalan yang kau redhai , jalan yang kau bentangkan pada ku adalah terbaik buat ku...Ku mohon agar kau takdirkan aku dengan pendamping yang baik, mudahkanlah jalan serta urusan ku, serta Ya Allah...kau bersihkanlah muka dan hatiku yang kotor ini...sesungguhnya Allah, hambamu ini hamba yang berdosa, lemah imannya. Mohon agar kau kuat dan tetapkan hati ku ini dengan iman agar aku terlindung dari sebarang kejahatan makhluk ciptaanMu...Allah, sesungguhnya hambamu ini sedang berusaha untuk memperoleh kemenangan di akhirat nanti..berkati dan redhailah jalan hambaMu ni...amin..

Pernah dengar ni..

Habluminallah...wa Hablumminannas Jagalah hubungan kita dengan ALLAH.. dan InsyaALLAH.. akan terpeliharalah hubungan kita dengan MANUSIA. Itulah maksud dia..so paham paham sendiri :)













 

Designed by Alieff Artwork