Pages

Saturday, December 08, 2012

Iktiraf, Raihan.

Assalamualaikum warahmatullah...

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami.. :( Saya setiap pagi akan buka lagu iktiraf ni...doa taubat..rasa sangat sangat sayu bila saya dengar...Moga moga Allah swt mengasihani hambanya yang memohon keampunannya...Ampuni dosa dosa kami ya Allah dan ringankanlah ujian yang kau berikan pada kami..sesungguhnya kami bersyukur dengan ujian yang kau berikan dan membuatkan kami sentiasa dekat pada mu Ya Allah...

Yakinlah bahawa Allah swt itu Maha Pengampun dan setiasa mengampunkan dosa hambanya yang bertaubat kepadanya, Maha Mendengar yang terluah..mahupun yang tersimpan dalam hati..Allah itu Maha Dekat..jadi jangan pernah rasa jauh darinya..Allah itu maha Mengetahui, Dia mengetahui baik dan buruk akan segala sesuatu..Allah swt itu maha Penyantun dan sangat sayang pada hambanya...

Astaghfirullahalazim..

sama sama baca doa taubat..



Lirik Doa Taubat (Iktiraf) - Raihan

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka



 

Designed by Alieff Artwork