Pages

Thursday, November 22, 2012

(Resepi) Cara Buat Cinnamon Rolls.

Assalamualaikum semua :)

Pagi ni tetiba tekak rasa nak makan cinnamon rolls. Pernah rasa CINNABON ROLLS? yang ada jual kat shopping mall selalu tuh..dari situ lah dapat idea nak makan benda alah ni...memang sedap dan meleleh air liur mimpi cinnamon rolls :)

Pagi pagi siap dan beli barang barang buat roti. fieww. Kelengkapan semua ada. Maih tengok jadi ke tak jadi buat cinnamon rolls ni :)





(Resepi) Cara Buat Cinnamon Rolls. (20 Biji Cinnamon Rolls)

Bahan Buat Roti
  • 400g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air
  • 11g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Buat Filling
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik

Bahan Buat Icing
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen



Ok sediakan tepung dan butter. Ikut sukatan ok ? Gaulkan tepung dan butter tu sehingga sebati. Butter kan kena letak 50g je kan..so kat cover butter tu dah siap dah sukat 50g...:) tak payah nak sukat dah. Potong je butter tu.. ok gaulkan dengan tepung tadi.


Ok jom buat yeast kejap. Tuang yeast kering dalam mangkuk. Masukkan sedikit air suam, dan setengah sudu gula. Kacau sampai sebati dan tutup dengan kain basah. Tunggu 5-10minit , then bukak kain tu...taraaaaaaa yeast dah kembang !

 

Now, campurkan yeast, gula , telur, susu, dan garam (tengok sukatan) ke dalam adunan roti tadi. Lepas tu uli dan uli sampai adunan tu jadi bulat dan tak melekat kat tangan korang ok.


Lepas dah siap cantik korang uli tu...tutup adunan tadi dengan kain lembap....pastu tunggu 10-15 minit sampai dia kembang. Feewiittt bila dah kembang tu korang uli balik jadi bulat dan biarkan selamat another 10 minit. (i pun tak faham kenapa kena buat cam gini tapi resepi yang i ikut dia buat cenggini) Lepas tu korang akan nampak doh korang KEMBANG MACAM WHOAAAA ~!


Sediakan dulang besar macam ni. Dan taburkan sikit tepung supaya doh tadi tak melekat lekat masa nak uli. Lepas tu tebarkan doh tadi macam tu haaaa...bentuk segi empat tepat :)


 Lepas tu, korang taburkan brown sugar & cinnamon powder ikut kepuasan hati korang...hahaha...(ikut sukatan pun boleh) Tapi yang ni i maen tabur je...i tak suka manis manis sangat...huhu...yang i buat ni JUST NICE...Then tabur kismis/mixfruit :) Gila cantik tak i susun kismis tu..macam tentera masuk barisan...kalau orang seni dah tabur ikut perasaan dah hahahaha...


 Lepas siap filling...kita GULUNG DIAAAAAAAA...cubaan pertama gulung, kureng cantik. Cubaan kedua i gulung dah makin cantik hehehe...Lepas gulung tu..ambil gunting yang bersih kemudian potong ikut size sederhana ya...nanti roti nak ambil space untuk kembang dalam papercup :)


 Ahaaaa ! Ni part yang paling best kot hehehe...sesi menyusun baby baby roti cinnamon dalam papercup ! I dapat dalam dua tray nii...sapa tah nak habiskan ! Hahaha...Kalau ada cerry, next time i nak letak cherry kat atas roti tu ! Ok ready to bake everybody ????


 Sediakan oven 180 darjah celcius...dan masukkan baby baby cinnamon rolls tadi dalam oven dan biarkan selama 15-20 minit. Dah bunyi TINGGGG tu check dulu dah masak ke belum..kalau belum masak..kasi extra time sikit dan tunggu warna roti jadi BROWNISHHHHHHHHHH gitu. yupppp :) DAN SIAP :)


 My CINNAMON ROLLS>.....weee dah siap dah semuanya ! Hasilnya memang terbaik wa cakap lu...walaupun rupa dia tak berapa nak hebat sangat macam siti nur haliza...namun dia tetap cute macam heliza helmi !!! :) kan kan !



 Sebelum dan sementara nak tunggu siap baked, you all boleh la buat icing sebagai toping cinnamon rolls kamu tuh ! HUyyyooo... buat icing siot ! Sediakan mangkuk, masukkan gula icing, masukkan butter, dan sedikit esen vanilla, dan gaulkan. Pukul sampai ising jadi kembang semangkuk. Lepastu masukkan dalam pemicit icing tu / i pakai plastik je..then i lobangkan plastik tu..lepas tu...buat topping ikut kreativiti masing masing. (my mom tak bg buat icing banyak sebab dia kata x elok makan benda manis sangat) weeeee tapi i buat gak nihhh hgahaha...

 

 Ready to ngap !
Komen : 
- sedap gila macam real cinnaBon rolls ! huahuahaa
- rahsia sedap tu maybe masa buat adunan doh tambah susu kot ?
- kalau betul nak lagi sedap macam cinnabon rolls, letak banyak brown sugar dan cinnamon powder...tambah extra
-nak lagi cantik boleh tambah cherry kat atas
- icing letak sikit je atas cinnamon rolls..takyah letak banyak nnt manis sangat


Ok semuaaaaaaaa selamat mencuba !!! Mari makan cinnamon rolls !!!!!!!!!!!!!


bye bye !
Assalamualaikum semua :)

 

Designed by Alieff Artwork