Saturday, October 27, 2012

Selamat Semuanya :)

Salam



SAYANG

Hari ni dah raya kedua ! Hehehe...selamat menyambut hari raya qorban semua...saya sayang kamu semua laju laju. Kenapa nak kene sayang semua sekali ? Sebab..."sayang mendatang sayang..benci mendatang benci" jadi kalau kita sayang orang...semua orang akan sayang kita...:)

SYUKUR

Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi kita peluang dan ruang untuk kita memperbaiki mutu hidup kita. Sedar tak sedar...dah semakin meningkat usia kita...dan sedar tak sedar...dah makin matang kita menempuh hidup di bumi Allah ni. Alangkah indahnya kalau dari dulu kita sedar kesilapan kesilapan kita dan jadi lebih baik. Tapi rencana hidup bukan begitu...kita belajar melalui kesilapan. 

25 TAHUN

Tahun ni umur saya 25 tahun. Yabedabeduuuuuuuuuuuu....seronok seronok sangat ! Sebab apa ? Huhuhiiiiiiiiiiiiiiii..tahun ni lah berlaku macam-macam perkara yang sangat amazing ! amazing dalam bahasa melayu apa tah eh.

CERITA PINTU

Tahun ni lah baru saya nampak semua jalannya. Selama ni saya nampak pintu jalan itu tertutup...saya menunggu pintu tu tak buka-buka sehingga letih saya menunggu hingga putus harapan. Entah kenapa dalam banyak banyak pilihan pintu..yang satu tu jugak yang saya tunggu. Padahal banyak pintu lain terbuka yang memberi ruang untuk saya melangkah. Dan akhirnya.....saya pilih pintu lain !!! Yahoooo pilihan saya tak salah !

NOVEMBER DATANG LAGI

Wahhh 29 November ni birthday saya la ! Unbelievable. I wishhh i wishhh...i wish to have a customade sugar glider BIRTHDAY CAKE !! Hahaha...gile ke ape ek. Sebelum sampai ke tarikh itu...saya berharap doa-doa saya didengari..dan dimakbulkan Allah..moga moga hari yang mendatang membawa bahagia...yang duka lara shuhh shuhh go away :)

JODOH

Kad jemputan dah siap. Tarikh dah ada. Menu makan untuk kenduri dah disenaraikan. Tema warna pakaian dah ditentukan. Mak andam dah ready. Barang hantaran dah siap. Semua dah lengkap dah ni....tapi nama calon dia takde lagi hahaha :P Takpelah itukan kerja Allah semuanya. Siapa pun jodoh saya nanti pastinya terbaik untuk saya. Peramah, baik hati, soleh dan boleh memimpinku ke jalan Allah. Yang penting beriman dan tahu menghargai diri saya ni. Sebab saya boleh bertolak ansur dan penyabar dan saya nak orang yang bertolak ansur dan penyabar juga. Baru adil kan :P (xkesah la nak puji diri jugak kalau tak siapa tah nak puji diri kita ni kan. Biarlah orangya nanti jenis yang menjaga solat, yang 5 waktu pun cukup. Yang wajib tu penting...kalau basic tu terjaga Alhamdulillah.

FAMILI

Mak Bapak didahulukan, Keluarga diutamakan. Saya sayang famili saya...dan berharap agar Allah sentiasa memberkati dan melindungi kami Dunia Akhirat. Yang penting dengar cakap mal bapak...dunia akhirat insyaAllah selamat !

ok babaiiiiiiiiiiii ! :)
Assalamualaikum !



 

Designed by Alieff Artwork