Pages

Tuesday, June 05, 2012

Cari Calon Suami / Isteri Terbaik !

Salam...

Malam ni nak mengetuk ngetuk keyboard =) Hehehe...lama tak berceloteh kat blog ni kan..jom kita cerita certi pasal calon suami atau isteri ?

Setiap manusia berhak untuk memilih. Kita berhak buat pilihan yang terbaik untuk diri kita sendiri (siapa kata takde hak??? kalau kau pi pilih calon yang terburuk untuk diri sendiri..baik kau pergi bunuh diri je..okay) ..ingat...calon isteri atau calon suami...yang nak hidup bersamanya nanti adalah kita jugak..bukan mak bapak kita...okay...(jangan main sapu je apabila tersedak atau terdesak)

(ni pun saya bercakap berdasarkan pengalaman je la k, nak ikut ikut la...taknak setuju..sukati koranglah ye) 


So..katakanlah...korang ade kawan lelaki or perempuan...yang korang nak dijadikan calon suami / isteri...semasa berkawan tu korang buatlah penilaian sehabis-habisan...tengok latar belakang..kaji salah silah keluarga dia..kaji perangai dia..tengok sifat dia..ciri-ciri yang ada dalam diri dia...budi bahasa dia...tu yang penting !

Masa berkawan ni lah korang boleh bonding...tengok..serasi tak ? tengok...bagi masa lagi...sebulu ke tak ? ohya...sangat serasi ya...sangat sebulu nampaknya ye...tapi itu tak menjanjikan sebuah hubungan yang kekal dan bahagia tau..JIKA TAKDE unsur unsur kerohanian dalam jiwa setiap insan tu...

So bila dah bonding (serasi sehati sejiwa sefahaman) ...korang buatlah penilaian korang sendiri...kawan lelaki or perempuan korang tu..paling penting sekali...solat 5 waktu tak ? itu kan asas agama...korang tau tak...kalau korang nakkan hubungan korang tu kekal bahagia...perkara paling penting sekali ialah..JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH DULU.... kalau seseorang tu betul jaga hubungan dia dengan Allah...sudah pasti dia akan jaga hubungan dia dengan kawan / calon yang dia nak tu...simple kan ?

Bagi calon suami..bagi saya tu paling penting sekali la...kalau perempuan cari calon suami halai balai je...maknanya perkahwinan ko nanti memang halai balai laa jadinya...kalau perempuan cari calon suami yang betul betul YANG BOLEH JADI IMAM DAN PEMBIMBING KE JALAN ALLAH...insyaAllah..bahagialah yang ditujunya...bukan jahanam..

Bagi calon isteri pula...bagi saya..takde per sangat kot...camm biasa..semua lelaki nakkan perempuan yang cantik betul tak ? Bagus...itu sunah rasul tu ! Perempuan pun sama...mesti nak elalki yang hensem kan ? Bak kata kawan saya..."ko biar betul pilih laki dowh...ko nak ngadap dia siang malam pagi petang sampai ke mati sok...aaaaa" okay, statement kawan saya tu memang takleh blah tapi ada betulnye kan..atleast sedaplah mata memandang...kemas yang penting sopan dan beradab.  --:> Sambung balik...bagi korang yang cari calon isteri tu..carilah perempuan yang sedang-sedang cukup..tak payah la cari isteri yang hebat hebat sgt..banyak je peremuan kat dunia ni yang baik-baik..yang bersederhana...yang tak mengejar kemewahan dan glamour..tak mengejar duniawi...carilah calon isteri yang boleh jaga korang dengan baik...tu yang penting...papehal pun..yang penting..kalau nak kahwin...bak kata pepatah kawan saya la...

SUAMI KENA LEBIH BAIK SEGALA HAL DARI ISTERI...
dari segi agamanya, dari segi hartanya, dari semua segilah...sebab..suami ni nak kena jadi IMAM NI...KETUA KELUARGA NI...bukan jadi laki halai balai je...

Tanggungjawab memang nampak besar kat lelaki kan ? Memang...

Bukan senang ko nak amik anak dara orang buat bini...lepas tu ko buat halai balai je..taknak jadi ketua keluarga yang baik..sia sia kan hidup anak dara orang...buat rugi je..

Perempuan. oii dengar sini perempuan oi...kalau sebelum kahwin pun boipren kau boleh pegang kau sana sini, rogol rogol kau, tipu dan main kayu tiga, maki, pukul, hina, kikis harta kau, cakap dan bertindak kasar terhadap kau...KAU BLAH JE...jangan nak kata..i love you..you love me...love is all i wanted..u my world...BULLSHIT ... woii perempuan..kau sebenarnya ada hak untuk memilih jalan hidup kau...samaada ko nak kahwin dengan cinta hati kau yang selalu buat kau sakit...(pegang janji nye pasal) ko pun kahwin laaa dengan seronotnye dengan beliau...lepas kahwin..MAMPUS LA KAU...lelaki kot...ketua keluarga...kalau ketua keluarga hancur..makmumnya...meranalah...lepas kau merana time tu lah ko terhegeh hegeh nak cakap "DAH JODOH NAK WAT CAMNE...DUGAAN..." memanglah Allah nak uji kau time tu..tapi sebelum semuanya berlaku..kau sepatutnya elak dari memilih jalan yang berduri...(and no such thing like this statement "lelaki akan berubah jadi baik da bertanggungjawab selepas kahwin...") this is insane.

So..nasihat saya ?

Lelaki..oii ko dengar sini lelaki oiii. 
Sekali korang dah dapat calon yang korang rasa terbaik tu...korang grab je cepat cepat..terus kahwin je kalau direstui lah kan...alaa tak kiralah umur korang muda ke..terlebih muda ke..zaman sekarang dah pantas...yang baik tu selalu melepas...dah berpunya...so..jangan lepaskan peluang korang dah dapat calon yang baik...sederhana...berilmu dan beriman tu..langsungkanlah perkahwinan..berkawan lama tak elok pun...so kepada mak bapak jugak yang tak benarkan anak kahwin muda tu...restukanlah...(kalau mak tak restu jangan kahwin okay !!! kalau takk caya KAU GI TANYA RITA RUDAINI)

Lelaki ohh lelaki...
Solatlah...kuatkanlah ilmu di dada..berpegang teguhlah pada ajaran islam...jadilah imam..pergilah ke surau...solat jumaatlah...berbudi bahasalah..penampilan tu jagalah...ingat tanggungjawab korang besar...
Sama jugalah dengan perempuan...serba serbi pun ya...!

Takde restu mak ayah.

Errrrrrrmmppp !! Okay, kalau takde restu..dah buat yang terbaik..dah cuba terbaik..dah doa dah solat semua tu...jalan terakhir...bukan pergi thailand dan kahwin okay !! Jalan terbaik..korang dengar je la cakap mak ayah korang...ibu bapa mana yang tak mau yang terbaik untuk anak-anak dia kan...yang melahirkan dan membesarkan kita..adalah diorang gak..takkanlah sebab kau nak ikut jantan pilihan hati kau (SEKADAR PINJAMAN ALLAH JE DI DUNIA)  kau nak ingkar permintaan mak bapak kau pulak...kan...pasti ada hikmahnya kalau takde restu tu..okay...


Okay da habis da saya celoteh pasal calon isteri / calon suami ni...tu je la kot..sempoi jerkk kan...nak lagi detail tentang Calon suami dan isteri acuan alquran dan sunnah..ada kat bawah ni..sila baca =)



************



Lelaki

1)Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


2)Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.


3)Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?


4)Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5)Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6)Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


7)Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


8)Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


9)Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10)Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika mempunyai calon yang demikian sifatnya.

Perempuan


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.tutk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.




 

Designed by Alieff Artwork