Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kedai Hadiah Online 1

{Sticky Entri, scroll more to see new entry}

Adakah anda masih mencari-cari hadiah yang unik dan menarik untuk dihadiahkan kepada yang tersayang? Kami ada penyelesaiannya. Dapatkan custom made gift daripada kami dengan harga yang dijamin terendah. Anda pasti berpuas hati.

Kami menawarkan perkhidmatan mencetak gambar & teks pada produk yang dipilih sendiri oleh anda. Antara produk kami adalah colour mug, magic mug, cushion, t-shirt, keychain, plate, tile, bookmark dan banyak lagi!!
Terbaik dari AHM COLLECTION ! Pasti suka
Layari blogshop kami untuk keterangan lanjut. Anda pilih, Kami Design!!!

Guru Dera Murid !?

Salam !

baca lagi...

Perhatian semua guru guru ! Jangan buat tindakan macam ni kat anak murid ye...kalau anak murid kita tu tak pandai, tak dapat jawab soalan kita, jangan ketuk ketuk dia kat tempat yang tak sepatutnya. Kalau ya pun nak rotan atau beri pengajaran, kita disarankan babap bahagian tapak tangan je...Ok ?

Permainan Carom Kanak Kanak Berkeperluan Khas.

Misteri...terbongkar bila seorang je budak dijumpai tak main carom. Nak tahu siapa?


Kanak-kanak Pendidikan Khas & Permainan Carom

Jentik jangan tak jentik !
Hebatkah mereka?

Asalkan jentik sampai masuk lubang ye adik-adik...

Wah, siapa yang pengsan di tengah jalan ni?

Dik, bangun dik...ni bukan tempat tidur...ni waktu kokurikulum...

Syasha bangun, cikgu cakap bangunnnnn!Haish...


Setiap hari rabu mesti ada kokurikulum. Jadi haritu kami buat permainan carom, bagi budak-budak ni main. Dengan gembiranya mereka pun main jentik-jentik buah carom tu...tapi yang musykilnya, ada seorang budak tu dia tak main carom ni. Rupa-rupanya budak tu Syasha! Syasha dah pergi berlayar mengililingi Itali rasenye...hehe. Kalau korang nak tau ape Syasha buat, korang kena skrol gambar sampai bawah sekali. Semoga korang semua berjaya ;)

Gua chow dulu.

Cara Mengurangkan Jerawat !!

Lisa Surihani tanpa make up ! Takde jerawat pun ! Haha...

 Mampu ke ubat gigi mengurangkan bengkak jerawat ?
 Tepek ubat gigi pada jerawat ! baca lagi....


Monday, March 28, 2011

Jerawat Nasi.

Salam !

Fuuh, jerawat nasi ! What the hell is that ? Gahhh kalau korang perempuan, korang lebih arif tentang segala nama jerawat ni kan. Haaa...bagi aku ni plak, aku memang mempunyai masalah ber-jerawat nasi ni. 

baca lagi...jerawat nasi....
• Jerawat nasi Credit : Alia- jerawat ni biasanya bersaiz kecil dan mudah dipecahkan. Tak perlu tunggu masak pun takpe sebab dia sangat kecil or sebesar liang roma. Agak mudah diubati. Tak perlu ubat rasanya sebab hanya boleh dipecahkan guna jari. Pastu jgn lupa basuh muka dan jari tu pulak :)

Pakai Tudung - Bukak Tudung !

Salam !
Pakai tudung - Bukak Tudung, macam tudung saji je ?
baca lagi...


Kenduri Kahwin Blogger : Yana Life 101 !

Salam !

Aku ni excited sebenarnya nak menghadiri kenduri kahwin seorang blogger yang aku kenali ni...Yana namanya !  Dia ni lah antara blogger blogger yang aku teringin sangat nak jumpa...lama dah kita kenal dalam dunia blog ni....wuuu sayu hatiku ! Tapi gumbira tak terkata lah sebab dia dah nak kahwin da = )

Yana, sila kembang sekarang aku tengah promote ko =) wink3
 baca lagi...

Gempa Bumi di Jepun 28 Mac 2011 !



Salam.

Terbaru ! Berita berkenaan Gempa Bumi di Jepun edisi Isnin 28 Mac 2011, ni aku dapat di website ini : NewsandDesign  dan di Youtube. Kat bawah ni aku dah siap google translate..Kali ni Jepun kena gempa bumi dengan gegaran 6.1 magnitud.

Video Gempa Bumi di Jepun 28 Mac 2011.
Gempa Bumi Jepun berlaku pada awal pagi tadi pukul 7.24 am. Di persisiran Miyagi, di Timur Laut Jepun dengan gegaran 6.1 Magnitud. Allah maha besar...

Berita Gempa Bumi di Jepun, 28 Mac 2011 : Credit : NewsandDesign

TOKYO, KOMPAS.com - gempa berkekuatan 6.1 mengguncang wilayah pesisir Miyagi Wilayah di Jepun timur laut dan mencetuskan tsunami kecil pada Isnin pagi (2011/3/28).

Gempa terjadi pada 07:24 waktu tempatan (atau 05:24 GMT) dan memperingatkan kemungkinan tsunami akan diterbitkan dengan anggaran ketinggian sektiar 50 sentimeter. Kurang dari 90 minit kemudian, CNN melaporkan bahawa tsunami kecil mencapai pantai. Amaran tsunami kemudian diangkat pada 09:05 (atau 07:05 WIB)

televisyen NHK ditayangkan video dari zon tsunami menunjukkan riak kecil air, yang menunjukkan naiknya permukaan air laut.

Guncangan gempa pada Isnin pagi terjadi di dekat lokasi gempa berkekuatan 9,0 pada tarikh 11 dan yang mencetuskan tsunami besar, menewaskan ribuan orang, dan mencetuskan kecemasan nuklear setelah penghancuran sistem pendingin loji kuasa tenaga nuklear di Wilayah Fukushima.

US Geological Survey (USGS) sebelumnya berkata, gempa itu berkekuatan 6,5 namun kemudian menyemak semula kekuatan untuk 6.1. Episentrum sekitar 112 kilometer timur Sendai, pada kedalaman 17 kilometer. badan cuaca Jepun mengatakan gempa itu kemungkinan merupakan gempa susulan dari gempa besar yang terjadi pada dua minggu lalu.


Feeling Lucky?

Gempa Bumi Jepun Lagi, 28 Mac 2011 !


Salam !

Ya Allah...aku baru je dengar kat TV3 yang Jepun dilanda Gempa Bumi kali kedua ! Ya Allah, selamatkanlah kami dari kecelakaan, bencana, sayangilah kami Ya Allah...

Gempa bumi di jepun...

Aku dengar ramai sukarelawan dari Malaysia dihantar ke Jepun untuk meringankan beban mangsa tsunami kat sana. Harap harap warga malaysia yang ada kat situ selamat dan berjaga jaga lah...Sampai sini saja dulu, nanti kalau ada berita lanjut tentang kejadian ni aku info lagi...


Feeling Lucky?

Sunday, March 27, 2011

Anjung Singgah, Tiada Lagi Merempat !!

Salam yall ! 

TIDAK PERLU MEREMPAT DI JALANAN LAGI. Tadi aku ade tengok berita kat TV3 tentang "Anjung Singgah". Korang tau tak "Anjung Singgah" tu apa ? Anjung Singgah ni sebenarnya rumah transit bagi golongan orang yang takde rumah dan takde kerja untuk duduk kat situ sementara menunggu dapat kerja dan tempat tinggal. Wahh! Hebatnya rumah ni !!

nak duduk rumah ni ? free je ! siap dapat kaunseling lagi
 baca lagi...

Brek Kereta Haus.

Salam !

Ni kes hari Jumaat aritu. Sedar tak sedar aku drive dari rumah ke sekolah tanpa menurunkan brek kereta. Korang bayangkan...dari cheras ke bulatan pudu. Pergh nasib baik lah tak meletop kereta kesayangan aku ni. 

Lupa nak turunkan break !! Arghhh
 ....baca lagi

Gadis Hilang , Siti Nurbayah Harun Diharap Pulang.

Salam,

Gadis yang bernama Siti Nurbayah Harun ni dah menghilang sejak tahun 1998 lagi.. Kesian mak dia masih menunggu kepulangan anaknya...Apalah nasib ibu malang ni....

Gambar Siti Nurbayah Harun
25 MAC 2011: Mek Wok Mohamed, 69, sayu mengenang dan merindui anak perempuannya Siti Nurbayah Harun (gambar kecil) yang telah menghilangkan diri sejak 1998, ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan. - Utusan/AIZZUL A.MAJIDGambar 12 dari 30

Feeling Lucky?

Babi Hutan Sedap Dimakan ??

Agaknya inilah sebabnya diorang ni seludup babi hutan ek. Sedap kot buat panggang ! Ni dia gambar masakan ala babi hutan dan asparagus. hahaha...takleh makan ni haram ! haram !

Babi diseludup di Padang Besar ??
Ini dia gambar babi hutan yang dah disiang...dibuang isi perut, disimpan dalam peti sejuk untuk diseludup !
26 MAC 2011: Komander Unit Pencegah Penyeludupan Padang Besar, ASP Noor Janihan Nanyan (kiri) melihat sebahagian daripada 8,000kg babi hutan yang telah dibekukan dan cuba diseludup ke negara jiran, selepas dirampas di Kampung Kolam, Padang Besar. - Utusan/FAIZAL ABU BAKAR

Feeling Lucky?

Saturday, March 26, 2011

Atuk Kesayangan Saya.

Salam !

Sempena malam yang indah ni. Aku teringat kenangan dengan atuk dan nenek aku. Aku sayang diorang...sebab diorang lah penyeri hidup kami ! Walaupun diorang dah takde, aku tetap sayang dan ingat jasa baik dan nasihat diorang. Al-fatihah ku sedekah kan untuk mu = ) (entri ini re-publish)
"Diri mu penyeri hidup ku..
Semoga kau aman di sana..
Akan ku simpan gaya senyum manis mu diingatan.."
..Haji Ahmad bin Othman..
Love you sayang














































Al~Fatihah...
Atuk..semoga atuk ditempatkan ke dalam syurga..
semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
semoga segala dosa-dosamu diampunkan olehNya..
semoga segala amal ibadatmu diterima olehNya..

Atuk..semoga memori indah atuk bersama kami kekal selamanya..
tiada sekelumit kenangan yang pahit pun yang ditinggalkan kerana semuanya indah..
semoga senyuman dan gelak tawa atuk kekal mewarnai hidup kami..
semoga berkat doa atuk kepada kami dimakbulkan dan sejahtera dunia akhirat..

Kenangan yang tidak mungkin akan ku lupakan..

1. Buat bubur untuk atuk. Atuk selalu marah kami sebab asyik bagi atuk makan bubur. Kadang2 bubur kosong.Sorry atuk, doctor kate atuk tak boleh makan bende keras, nanti tak hadam..
2. Cukur rambut atuk. Setiap minggu atuk pakai smart2 lebih dari kami dan atuk ajak pergi kedai gunting rambut..lepas tu atuk namoak hensem dan segak macam selalu..
3. Urut kaki atuk. Bila time tido malam2 atuk sakit kaki dan panggil kami urut kaki atuk. Kami mamai pun kami datang sebab kami sayang atuk..
4. Garu belakang atuk. Atuk tak sampai nak garu bahagian belakang atuk dan kami tolong garukan..atuk kata "Mak oi..leganya..".Kadang2 lenguh juga tangan kami sebab atuk tak suruh kami stop.
5. Pakai Olay White Cream. Atuk bagi duit pada kami dan pesan beli olay white cream sebab atuk kate nak hilangkan taik lalat yang banyak dekat muka. Bila kami gelak atuk kata atuk nak jaga muka..
6. Losyen "New & Trendy".Bila kami beli losyen lain yang lagi wangi, atuk tak suka. Atuk nak New&Trendy jugak walaupun kami tak berapa suka bau tu..
7. Mee goreng KL VS Mee goreng melaka. Bila atuk masuk hospital, kami bawakkan mee goreng dari Melaka dan atuk cakap " Mee goreng melaka sedap, Mee goreng KL atuk tak lalu nak makan". Padahal kami makan rase semua sama je..
8. Topup Credit Atuk. Atuk selalu bagi kami duit nak topup credit atuk. Kadang2 duit banyak lagi tapi atuk dah standby beli awal2.
9. Basuh gigi palsu atuk. Setiap kali nak makan atuk suruh basuh gigi atuk,kadang2 atuk tak tahan sangat atuk makan juga tanpa gigi..mana boleh kunyah..

Align Center Sampailah atuk terbaring uzur dan tak dapat bangun lagi..

1. Bersihkan lampin atuk. Atuk selalu kate kami buat kerja kasar, tapi kami bukan nurse yang bertauliah atuk, sorry..
2. Tengok Tv. Atuk tak lagi nak tengok Gerak Khas macam selalu atuk jadi Raja Remote..
3. Mandi. Atuk tak lagi dapat mandi guna water heater, cuma haritu atuk lega sangat sebab kami mandikan, itupun nak dekat sebulan dah tak mandi..
4. Minum guna tube. Atuk tak dapat lagi nak makan macam dulu sebab doctor sarankan guna tube dari hidung untuk minum susu..Bila atuk tanya kami apa makanan hari ini? Kami menangis..sebab atuk hanya boleh minum susu..
5. Hospital bed. Berkat kutipan duit adik beradik emak, akhirnya muncullah sebuah hospital bed yang berharga RM2500 di rumah kami. Kami tempatkan khas di ruang tamu supaya senang jaga atuk..
6. Tank oxigen. Alhamdullillah, berkat doa semua orang, seorang doctor tak dikenali telah menwakafkan tank oxigen untuk kegunaan atuk..kami bersyukur..
7. Terbaring 24 jam. Atuk uzur, tak dapat bangun. Tapi atuk cakap atuk nak bangun dan jalan. Kuat betul semangat atuk..
8. Peluk dan ucap sayang. Seakan-akan tahu untuk dijemput malaikat, atuk selalu peluk kami dan tanya kami sayang atuk atau tak. Kami peluk atuk dan cium ucap sayang pada atuk banyak kali..

Hari Rabu 29/7/2009 , sekitar 6.20 ptg, kami sedar atuk sedang berhadapan dengan maut.

1. Kesejukan.Dalam kekalutan itu, aku sempat memegang mulut atuk, aku rasakan begitu sejuk dan tak pasti kenapa lidah atuk berwarna putih..cepat2 aku panggil mak, untuk tengok keadaan atuk..
2. Kalimah syahadah. Kami semua berkumpul dan mengucapkan kalimah syahadah pada telinga atuk..
3. We are the witnesses. Beberapa kali atuk mengambil nafas panjang dan beberapa saat lepas itu atuk menghela nafas terakhir...
4. Atuk pergi. Tepat pukul 6.30..atuk pergi tinggalkan kami..tinggalkan dunia..

p/s : 2 hari aku MC dan tak mengajar. Aku tak tahan nak tulis lagi. Air mata tak berhenti mengalir.


Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

Gempa Bumi Myanmar 2011 !

Salam !

Mari kita sama sama istighfar semoga segala dosa dosa kita diampunkan Allah, semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Nya.

Dunia baru sahaja digegarkan dengan bencana Tsunami di Jepun, kini Gempa Bumi pula berlaku di Myanmar. Sungguh dasyat...Untuk maklumat dan bacaan bersama, aku sisipkan petikan, gambar serta video berkenaan maklumat Gempa Bumi di Myanmar Mac 2011.


Kejadian Gempa Bumi Myanmar Mac 2011
Lihat gambar dan video Gempa Bumi di Myanmar Mac 2011 ! Scroll for more !
Wikipedia Gempa Bumi Myanmar 2011 : 
Pada 24 Mac 2011, berlakunya sebuah gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berpusat di bahagian timur Negeri Shan di Myanmar yang hipopusatnya sedalam 10 km.[2] Ia disusuli oleh tiga kejutan lanjur yang masing-masing bermagnitud 4.8, 5.4[3] dan 5.0. Pusat gempa terletak 70 batus (110 km) dari bandaraya Chiang Rai di Thailand, di utara Mae Sai dan tenggara Kentung.[4]
Utusan Online :

Gempa bumi di Myanmar, 75 dilapor maut
YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar malam tadi, dengan angka korban dijangka meningkat apabila laporan diterima dari kawasan-kawasan terpencil yang masih terputus hubungan.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).

Pegawai Myanmar berkata, 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera di lima kawasan berdekatan pusat gempa, manakala lebih 240 bangunan runtuh.

"Kami masih cuba masuk ke kawasan terpencil, dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang cedera di kawasan bencana, tetapi jalan masih ditutup," katanya.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata, seorang wanita berusia 52 tahun maut di daerah Mae Sai ditimpa dinding rumahnya yang roboh.

Utara Thailand turut digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada 7 pagi ini (8 pagi waktu Malaysia), tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan besar berlaku.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu keluar rumah dan bangunan tinggi bergoyang, manakala hospital dan sekolah dikosongkan, semasa gempa bumi malam tadi.

Di Yangon, pengarah badan kebajikan World Vision bagi Myanmar, Chris Herink berkata, kerosakan infrastruktur yang besar tidak berlaku di kawasan Kengtung dan Tachileik yang terjejas, walaupun bangunan retak dan bekalan air terputus di sesetengah tempat.

"Namun paling membimbangkan ialah kawasan luar bandar kerana saya khuatir, maklumat tidak menggembirakan akan diterima dari sana sepanjang hari ini," katanya.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand. - AFP


Harian Metro Online : 
Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar Turut Dirasai Di Thailand
BANGKOK: Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

“Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. -BERNAMA


Magnitude 6.8 - MYANMAR 2011 March 24 13:55:12 UTC : Earthquake Details
  • This event has been reviewed by a seismologist.
Magnitude6.8
Date-Time
Location20.705°N, 99.949°E
Depth10 km (6.2 miles)
RegionMYANMAR
Distances89 km (55 miles) N of Chiang Rai, Thailand
168 km (104 miles) SSW of Yunjinghong, Yunnan, China
589 km (365 miles) NE of Rangoon, Myanmar
772 km (479 miles) N of BANGKOK, Thailand
Location Uncertaintyhorizontal +/- 15.4 km (9.6 miles); depth +/- 5.8 km (3.6 miles)
ParametersNST=109, Nph=109, Dmin=234.9 km, Rmss=0.88 sec, Gp= 36°,
M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=C
Source
  • USGS NEIC (WDCS-D)
Event IDusc0002ae



Lihat gambar dan video Gempa Bumi di Myanmar Mac 2011 ! Click for more !

Tutorial : Buat Cursor Ciptaan Sendiri.

Salam !

Aku tau korang memang suka kan kelainan dalam blog korang kan ? Amacam, perasan tak cursor blog silampuneon ni special sikit ? Selama ni memang malas nak buat. Hari ni hari sabtu...so godek sikit lah photoshop yang dah berhabuk tu. Aku tau korang boleh buat cursor lebih lawa dari aku. Korang nak cuba buat cursor sendiri tak ? Jom !

Tutorial : Cara Buat Cursor Starfall.

Salam !
Pernah tengok cursor star-fall tak ? Kalau tak pernah, korang boleh tengok ka blog contoh aku ni > Silampuneonpic dan kat blog ni pun ada jugak. Bila korang scroll cursor, nanti ada bintang bintang jatuh tergolek golek dari cursor tu. Nak buat ? Jom !

 Cursor bintang bintang comel


Guru Dilarang Mempunyai Laman Blog ? (Updated)

Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia !

Gempar ! Guru dilarang mempunyai laman blog ? Korang tau tak sebenarnya seorang guru dilarang mempunyai laman blog ? Sama ada korang sebenarnya tak tahu atau tahu tapi buat buat tak tahu. Anyway, biarlah aku menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.


Pisang Emas Paling Besar !

Salam!

Korang pernah tengok pisang emas saiz besar tak ? Ini dia aku nak tunjuk gambar pisang mas yang paling besar aku pernah jumpa sepanjang aku hidup ni. Har har har...sedap wo..aku suka makan pisang ! So amacam dengan korang ? Ada pengalaman makan pisang lebih besar dari yang ini ?

beza pisang emas (besar) dengan pisang embun / berangan (yang kecil tu kot)


pisang emas kuning cantik...
 pisang ni kontot je tapi tebal dan gebu
 jom layan gambar pisang lagi =)
 
 

Designed by Alieff Artwork