Pages

Thursday, October 06, 2011

Cikgu Tak Boleh Cubit Wehh !





Salam..

Cikgu tak boleh mencubit yaa..sungguh ? sungguh yaaa? Memanglah cikgu cikgu semua tak boleh dan dilarang guna keganasan terhadap anak-anak murid...even rotan pun diharamkan dari guna...
Tapi korang ingat anak-anak korang tu senang nak dijaga ke...ingat senang ke nak didik anak tu jadi manusia berguna...takkan setakat cubit lebam cenggini nak masuk paper kot! ape kes...saya dulu cikgu cubit kat perut sampai warna unggu tak kecoh pon nak panggi metro !

Mak bapak kat rumah didik anak camne ek...guna suara lembut lembut ya...takde babap babap ya..anak dengar kata sungguh ya...baiknya anak ~

Cikgu pun satu...len kali kalau nak bagi pengajaran tu..jangan sampai lebam cenggini..tengok , mak bapak zaman sekarang ni pantang tengok anak demam sikit, melecet sket dah call media, nak cerita pum pang pum pang kat surat khabar..

Lagi satu...sebagai guru, kita kena control rasa marah dan panas hati kita tu..tau la murid kita tu degil, taknak dengar cakap, nakal, samseng dan sebagainye..kita didik jela sebaik boleh..jangan asyik gunakan kekerasan..setiap kali rasa marah..banyakkan istigfar.

Dalam kes kat bawah ni,murid ni kena cubit dengan cikgu dia sebab dia buat kerja lain masa cikgu suruh buat kerja...belek kamus bergambar..padahal cikgu suruh buat latihan..[wahai...media, betul ke kamus bergambar tu] ...[ wahai media..betulka budak tu dah buat kerja yang cikgu dia bagi tu]... siapa tahu kebenaran cerita ni..anyway...seteruk mana cikgu tu tonyoh kepala dan tarik hidung tu ? haihhh sape suruh nakal tak nak dengar cakap cikgu..hah..tu la makan die... balik rumah semua nak mengadu kat mak ayah .. tapi kat sekolah tak mau buat kerja...pergi sekolah kena la belajar..bukan main je!

 p/s ; saya bukan emo..tapi kadang-kadang media ni bukan leh caya sangat...semua nak burukkan nama cikgu je...melampau...parent pun sama..anak kene sikit pun nak marah...cubalah tegur dan bincang dengan cikgu dan guru besar dulu..ini terus nak populariti murahan masuk surat khabar...apkessss...


Credit ; http://blogfyna.com/
KOTA BHARU – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.

Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

“Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.

Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..

Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

 

Designed by Alieff Artwork