Monday, October 24, 2011

Cara Buat Solat Istikharah.

Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan...tenanglah, tenanglah...buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. Lakukanlah samaada sebelum kamu tidur .. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...

cara buat solat istikharah



Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.



Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.


Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

31 comments :

  1. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah.

    ReplyDelete
  2. mase bace doa istikahrah to , boleh bace dlm bm tak ? sbb doa kan da bahse arab.

    ReplyDelete
  3. Salam. Salat istikharah can be done at any time such as after or before zhuhr mandatory prayer,before ashr mandatory prayer,before or after mandatory maghrib prayer or before or after isya mandatory prayer It can be performed of at least 2 raka'ats or 4 raka'ats

    ReplyDelete
  4. chritmas party ideas,are u muslim?

    ReplyDelete
  5. salam Admin, trimas sebab sediakan posting yang bermanfaat ini.. saya baru sahaja selesai solat istikharah lepas baca post ini.. :-D

    ReplyDelete
  6. Really helpful...... Thank for this guideline especially when we're confusing to decide something. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  7. I know that Istikhara prayers may work, but what I really mean to ask is: do they work for everyone? I read somewhere that they only work for the more "pious" people. :) Does this mean that they don’t work for less "pious" people?

    ReplyDelete
  8. Some people have to do istakhara a few times to see its benefits. But I don't really know the answer to this Q :)

    ReplyDelete
  9. You should also know that you aren't actually praying to the God of the Jews and of the Christians. You are praying to a different god. Long ago, in Serbia, there existed a moon god that the ancient Serbians worshipped as "allah." They also prayed to this god, and they would turn toward Mecca each time they did so.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Berry are you here to disscus about god or to gain knowledge and info on the topic posted? Are you even a Muslim?

      Delete
  10. Can we do that in the middle of the day and then just go with the feeling we get? Or do we just have to do it before we sleep?

    ReplyDelete
  11. that is very interesting site because i have gain many knowledge from your site.

    ReplyDelete
  12. slm,,,klu kita solat istiqharah,kita dpt petunjuk dan kita mmg nak pilih apa yg ditunjuk,,,tapi mak bapa kita tak bagi,,,jadi apa yg perlu kita buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita solat la lagi,mau ikut cakap ibubpa atau tidakk.

      Delete
  13. sangat besar pahala org yg buat blog nie... may God bless u forever... amin.. thanx for the info.. :)

    ReplyDelete
  14. thank u for your info..hope i can get are great choice after do solat istikara..Amin

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah....harap dapat tunai kn nya dgan sempurna dan hati yg tnang dlm mencari sinar khidupan....amien

    ReplyDelete
  16. Salam,

    minta maaf kalau tersilap tapi cuba lihat balik niat solat istikharah tu... setakat yang saya tahu perkataan tunai dalam niat hanya untuk solat fardhu... sebab wajib melakukannya secara tunai... bagi solat sunat perkara tersebut tidak perlu dinyatakan... hanya sekadar pandangan

    ReplyDelete
  17. maksud nya solat istikarah kena baca doa qunut sama macam solat subuh la ye?

    ReplyDelete
  18. Salam. Biasanya petunjuk yg dipilih Allah tu akan smpai mcmane kt kita. I mean, melalui mimpi ke atau mcmane?

    ReplyDelete
  19. salam...solat istikharah ni mcm solat subuh ke??kena baca doa qunut jugak ke??

    ReplyDelete
  20. Salam,
    solat istikarah dilakukan untuk meminta petunjuk, petunjuk itu tidak semestinya dihadirkan didalam mimpi. Cuba baca maksud doa selepas solat, kita meminta agar dimudahkan jika sesuatu itu adalah benar untuk kita. Jadi, jika sesuatu itu dimudahkan, seperti urusan untuk mendapatkannya itu tiada halangan ataupun tiada masalah, atau lebih jelas berbanding yang lain, maka itu adalah petanda-petandanya. Contoh situasi, seorang itu menerima dua tawaran, tawaran pertama utk belajar jauh, dapat scholarship, semua ditaja, tawaran dua belajar sebelah rumah, dekat, jimat belanja ... tapi tiba-tiba borang untuk tawaran kedua hilang, ataupun surat tawaran tak sampai, dan sebagainya. Masa itu, kita dah boleh buat keputusan kot.
    Harap post ini dapat membantu.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  21. Saya ingin tahu solat istiqarah ni sama seperti solat subuhkan. Jadi bila diberitahu.."selepas salam, bacalah doa yg disarankan..." adakah harus dibaca seperti saat kita baca doa qunut atau dimaksudkan selepas selesai solat baru dibaca doa yg disarankan. Terima kasih

    ReplyDelete
  22. terima kasih atas perkongsian yang manfaat nie

    ReplyDelete
  23. Salam... Maksud seperti Solat Subuh tue, Solat Istikharah nie adalah 2rakaat. Tidak perlu Bacaan Qunut. Dan, Alhamdulillah... Saya pernah lakukan solat nie sekali walaupun dalam keadaan yang was-was (sebab tak pernah buat, belajar pun daripada buku masa tue), tapi saya letak hati saya 100% kepada Sang Pencipta. Time pakai telekung tue saya niat, saya buat Istikharah ini kerana Allah S.W.T, dan nak dapatkan petunjuk Dia, dan saya berharap sangat Dia terima solat saya walau saya ragu-ragu cara Istikharah nie sebetolnya... Dan, mungkin kita terlalu berharap kepada Dia, saya dapat petunjuk. Tapi bukan melalui mimpi. Firasat dan hati saya sangat kuat dengan pilihan itu, tanpa fikir yang keduanya. Ternyata pilihan Allah itu tepat untuk hambaNya yang memohon pertolongan. Saya mendapat kesenangan sehingga ke hari ini. (Saya mohon untuk dapatkan pekerjaan terbaek untuk diri saya, keluarga, masyarakat, dan agama saya, Islam). Sekadar berkongsi cerita. Wassalam...

    ReplyDelete
  24. Salam,
    bagaimana kita nak tahu bahawa sesuatu perkara tu adalah jawapan bagi doa kita? maksud saya, mcm mana kalau kita x perasan itu adalah jawapannya?

    ReplyDelete
  25. Saya pernah solat istikharah kerana ibu saya tidak berapa suka saya berkahwin dgn jejaka pilihan saya. Selepas solat, hati saya masih kpd nya dan tiada perasaan ragu. Saya memberitahu ibu saya & Alhmdulillah dia menerimanya. Syukur kpd Allah, pilihan Allah adalah tepat. Perkahwinan kami sekarang menjangkau 20 tahun.

    ReplyDelete
  26. tq.. sy akn berkahwin xlame lg... tp sy xtau btl ke pilihan sy.. insyaAllah sy akan buat solat istikharah untuk mendapat petunjuk nya.. thanks admin bg info ni

    ReplyDelete
  27. salam... saya sangat keliru dgn pilihan hati saya.. tpi insyaalllah dgn ada nya page ini.. saya lbih snang mlakukan solat istikhara.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  28. Salam semua yg membaca...

    Saya masi suka kekasih lama saya dan kami sudah berkenalan selama 6thn dan hubungan kami putus pada thn yg ke 3 (thn 2010) dan masi kwn hingga kini.. tapi sampai hari ini saya masi syg kn nye

    Tapi beliau sudah melakuan solat istikhara recently dan beliau memberi tahu saya bahawa saya bukan utk beliau. Itulah penjelasan beliau walaupun berat utk beliau menerima nye kenal dia pun masi sygkan saya..

    Kini saya ingin tahu adakah solat istikhara blh membantu saya sama ada haruskan saya terus menunggunye ataupun meninggal cinta itu pergi tanpa berdendam dan menerima hakikat nye..

    Blh ada sesiapa menjelaskan..

    ReplyDelete

 

Designed by Alieff Artwork