Friday, September 09, 2011

Prepaid Topup Naik Harga ?

Woii ko siapa nak naik naik harga prepaid ni ? Nak kene lempang maut ke ape ? Ha...eh eh eh, perlu ke saya nak marah marah nih ? Heheh..adakah saya insan yang selalu perlukan topup ni ? Haha..jarang kot topup ! Tapi papehal pun memang tak setuju betullah nak naikkan harga prepaid topup nih ! Huh...semua benda pun naik naik harga, mati lah macam ni. 

Sekarang ni topup rm10 pun kena bayar rm10.60 ye !!!!

jom mogok tak payah topup 12 bulan !!


Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. 

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA


P/s : Saya benci betul laa kat pemilik nombor tel lama saya. Ishh bengang betul. Semua orang kompius, semua orang cam tanya saya soalan pelik pelik je bila orang tu answer call. Weh kalau tak kenal orang yang call ko , buat apa ko angkat ? Menyusahkan saya je yang nak kena explain kat semua orang. Bunguks. Buang je lah number tu ! Sama je dua dua ekor pun ! Huh ~ bengang. tak suka.



 

Designed by Alieff Artwork