Sunday, September 04, 2011

Dosa Dating.




Ya, apa yang dikatakan Nadhira Kaz  ni betul. Kalau boleh janganlah lama sangat dalam sesebuah relationship tanpa sebarang ikatan. Tak guna, sia-sia. Dosa lagi adalah. Seriously, saya pun tak nak melalui zaman-zaman dating ni lagi dah...cukup cukup lah dulu bergelumang dengan dosa dating ni.

Dosa Dating.
Credit : Nadhira Kaz

Kalau kita keluar berdua je dah tentu kita tahu orang ketiga ialah syaitan. Kita kompom terdedah dengan dosa punya. Walaupun kita keluar dating tak pegang pegang tangan pun. Tapi kalau dah tersentuh sana sini, batal air sembahyang ,itu dah kira dosa jugakkan. Baik dengan dosa keluar berdua, atau dosa bercakap dalam telefon, dosa sms benda bukan-bukan. Perkara yang kita sedar kita buat, tapi masih kita teruskan. Tak serba salah ke rasa di hati tu ?

Bukan setakat itu, sama jugalah kalau kita sesama kawan lelaki perempuan bertepuk tampar, cubit mencubit, bersalam-salaman. Jadi perkara biasa pulak, padahal bukan muhrim pun. Yang ini saya sendiri belum pass lagi, sebab saya pun lepak dengan kawan-kawan sampai tak sedar yang kita ni duk cubit mencubit, tolak menolak aihh macam adik beradik pulak. Padahal tak boleh tak boleh.

Kalau putar balik masa, saya sendiri tak nak melalui zaman-zaman dating. Elakkan lah. Ingat, nikah dulu baru boleh dating dating okay.

Kalau lelaki tu betul betul serius dalam perhubungan, mesti dia berani jumpa mak ayah terus. Gentlemen lah katakan. Peduli la mak ayah dia get ready parang ke bom ke..apa dia kesah pun kan. Kalau lelaki tu tak serius dalam perhubungan tu, jangan harap lah nak datang jumpa mak ayah..mesti banyak dalih punya. Tau nak berdating, suka ria je. Apepuntaboleh.


Credit : Zahraannur

TUNDUKKANLAH PANDANGANMU

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

TUTUPLAH AURATMU

Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

ADAKAN BATASAN ANTARA DIRIMU DAN KAUM SEJENISMU

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

JANGAN BERDUA DUAAN!

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

JANGAN TUNDUK DALAM BERBICARA

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

JANGAN DISENTUH SIAPA YANG TIDAK HALAL BAGIMU

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

*PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA….


P/s : Bertaubatlah. Dan jangan ulangi dosa dosa lampau. Allah tu Maha Pengampun. Elakkan dating, lepas satu azab.

P/s/s : Suka bila tengok rakan-rakan dah mendirikan rumahtangga...ada yang muda-mudi lagi dah kahwin. Baguslah tu elak maksiat.

P/s/s/s : Peringatan buat diriku yang sering lupa...




 

Designed by Alieff Artwork