Sunday, August 07, 2011

Sugar Glider : Makanan & Diet Seimbang.

Salam,

Untuk bercerita dengan lanjut tentang Makanan dan Diet Seimbang untuk sugar glider ni, saya kurang arif sebenarnya. Tak pandai saya nak cakap apa yang baik dan apa yang tak baik untuk dimakan oleh sugar glider saya ni..

omnom nom makan dengan gelojoh. papaya ? we love papaya!~


Tapi apa yang saya tahu.. sugar glider ni perlu makan dengan diet yang betul supaya tak cepat mati. Saya juga tahu yang sugar glider HPW baik untuk sugar glider tapi setakat ni, saya tak penah berikan HPW..sebab belum sempat nak mencuba.

Nak tahu apa makanan yang saya berikan pada shemie dan ninja ? Huhu...
1) Pelbagai jenis buah buahan & sayuran
(Buah kegemaran Shemie dan Ninja : Pear, Papaya, Cherry Tomato, Tembikai, Kelapa)
(Buah yang paling tak digemari : Epal, Buah Naga, Jagung)
2) Ayam/telur/ketam rebus
3) Pallets perisa mealworms
4) Pallets perisa buah
5) Yogurt drop
6) Madu 
7 ) Air masak / Air Madu / Air oren...Air hundred plus...semua jenis air dia minum. Jangan bagi air paip sudah la...

Inilah makanan dia...menu makanan kena rajin tukar..tukar buah lain pulak...

walaupun sangkar tak meriah macam orang lain..tapi shemie dengan ninja bersyukur je heheh...

mencari cari makanan hehehe

mesti nak rebut ketam rebus dulu...yang ni saya beli ketam filamen je

Ini dia yogurt drop...kalau nak cari, carilah yogurt drop yang ada gambar sugar glider ye...saya ni pakai beli je yang anjing dan kucing punya yogurt drop =)

Pallets yang bau cam keropok lekor ni..entah apa ingredient dia..tapi masa beli shemie dengan ninja dulu peniaga tu cakap bagi makan benda alah ni...saya rasa melaworms pallets kot. Ade tak ? Huhu...

Yang ini saya beli kat petshop...makanan untuk sugar glider, BUGSY...pallets yang ni bau sedap sebab bau buah buahan...

kalau dah takde makanan macam buah buahan atau ayam rebus...saya bagi diorang makan yang tiga ini je...tu pun kalau saya dah tak sempat sangat jer...

semuanya diletakkan serba sedikit, sebab shemie dengan ninja makan tak banyak pun..perut diorang tu kecik je

Yang ini tomato cherry + anggur + madu =) Nampak sedap kan

yang sebelah lagi letak pallets

shemie dengan ninja ni belasah je air apa yang saya bagi...air oren? diorang suka sangat...air madu pun suka, even kalau bagi hundred plus pun diorang akan minum sampai licin tau...

Setakat ni syukur sangat sebab shemie dengan ninja tak memilih makanan sangat.Sama macam mama neon la...semua makanan main sapu je..takde pulak diorang mogok taknak makan ke apa macam sesetengah sugar glider yang lain. Diorang ni baik jer...terima arahan mummy dia dengan baik =)

Saya ni sekadar berkongsi cerita tentang pemakanan sugar glider saya. Seimbang ke tak ? Saya puntak tau la...main belasah je bagi diorang makan,..Kalau tak betul, sila lah komen...boleh saya betulkan cara pemakanan diorang nih...huhu ok, babai !


8 comments :

  1. walaweh
    macam2 benda dia makan
    tahi dia busuk x weh?
    dah macam2 dia makan
    asal epal dia xsuka ekk?
    epal merah ke hijau?

    ReplyDelete
  2. syok plak nengok

    rasa mcm nak ternak sekor atau 2 ekor kat bilik

    ReplyDelete
  3. fistt time dgr haiwan minum air gas...
    hebat la...

    ReplyDelete
  4. Can a sugar glider and a flying squirrel get along with each other if they are bonded with each other from the time they are bought? I want to get both a sugar glider and a flying squirrel...

    ReplyDelete
  5. epal hijau tak leh.. nanti cirit. (masam)

    and kalau air pun, kena air buah asli, no additional sugar. gatorade/100 plus untuk bagi jika dehidrasi.

    pallets tak boleh diberi sebagai makanan utama.. nanti kemungkinan dapat penyakit lumpy jaw.

    sugar gliders tidak dinasihatkan untuk dicampur dengan haiwan lain. ada kes yang boleh, ada yang boleh under supervision. but dont gamble it. ada je kes sugar glider memakan haiwan lagi kecil dan dibunuh haiwan lagi besar darinya (domestik)

    untuk belajar lebih, lawati blog bahasa melayu saya tentang penjagaan sugar gliders di www.suggies101.blogspot.com.

    saya kena educate everyone di luar sana.. tumpang link ya..

    ReplyDelete
  6. wak...nk tnye ni..napew sugar glider cye miz niko mkn taek ek???plez2..cye runsingni...hay0oo...hazab....

    yg benar,
    insan buntu

    ReplyDelete
  7. SALAM...
    Saya Taufik, pembekal sugar glider dan HPW dengan harga terbaik...jika berminat boleh hubungi saya di talian 013-7456544.
    penghantaran keseluruh malaysia.kecuali sabah sarawak.

    ReplyDelete
  8. saya nk tanya saya baru jer beli sugar glidr nie,baru 2 bulan so kena letak air gak ke? ke kena tunggu berpa bulan Help me ley x nie fb sy tolong add nk tnya pasal bnda nie CHASHA COMOT

    ReplyDelete

 

Designed by Alieff Artwork