Sunday, June 12, 2011

Cuti Habis, Mula Bekerja.

Semoga esok lebih baik dari hari ini... 
 

 Im coming home,  Im coming home, tell the world that im coming home..


Cuti dah habis.

Segala macam rasa yang saya alami waktu cuti sekolah kali ni. Alhamdulillah..cukup betul rehat yang saya dapat. Gembira dengan pelbagai peristiwa namun saya masih rasa kehilangan , kekecewaan dan kekosongan. Marah dan benci cuba saya tolak ketepi...saya ingat kata orang.."Janganlah kita benci pada seseorang, cukuplah sekadar benci pada perkara yang dilakukannya..." Saya pasti..kalau saya ikhlaskan hati ni..banyak lagi peluang yang lebih baik serta ganjaran yang lebih besar yang Allah akan beri pada saya...saya percaya pada kekuasaan Allah.

Esok mari kita bekerja.

Muka anak - anak murid mula terbayang di minda saya sekarang. Esok sekolah buka semula setelah 2 minggu bercuti. Pasti ada murid yang datang dengan gaya potongan rambut yang baru, beg atau kasut yang baru, muka bingung atau muka ceria, ahh...pastinya saya akan disambut mesra oleh mereka. Itu yang saya tunggu tunggu sekali. Sekurang kurangnya, ada yang menghargai diri ini...Alhamdulillah..jumpa kamu semua esok ya.


P/s : Maaf jika tidak berbalas komen serta langsung tidak jejak di blog kamu semua...saya hanya silent reader.


 

Designed by Alieff Artwork