Wednesday, May 18, 2011

Wanita & Jodoh.

Wanita dan jodoh
Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu,..
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak terpaut pada wanita,
Pada kecantikan, 
Pada lirikan senyuman,
Pada bicara yang menggoda, 
Pada pujuk rayu seorang wanita, 
Yang meruntuhkan imannya.

Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita, 
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa adam yang kamu nantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
Yang benar benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu..

P/s : Allah maha mendengar...Allah maha mengetahui.


 

Designed by Alieff Artwork