Monday, May 30, 2011

Jangan Jadi Lelaki Lembik !

Salam sayang untuk semua,

Hari ni saya menulis tentang rasa tak suka saya pada lelaki yang lembik. Lelaki lembik tak sama dengan lelaki lembut. Bagi saya, semua perempuan semua tak suka lelaki yang lembik tau tak..faham tak..Apa yang saya cakap ni bukan sahaja physically lembik, malah mental pun lembik. Dah la perempuan ni penuh keayuan gitu...kalau pasangannya lembik, memang hampeh la...

 lelaki lembik ? awww...

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Lelaki berperanan sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

Cewah..pandainya saya bercakap yer ? Ok ok jangan marah ...Apa yang saya maksudkan ialah, saya kurang gemar dengan lelaki yang lembik contohnya...
  • Lelaki yang lemah semangat. Bila ada masalah,dugaan sikit je dah hilang semanagat. Selalu berfikiran negatif..
  • Lelaki yang cepat putus asa. Sikit sikit frust, sikit sikit emosional...mengalahkan perempuan. Hello lembik! Tak bersemangat langsung..
  • Lelaki yang cepat mengaku kalah. Baru buat sesuatu perkara sekejap, rasa penat, letih dan tak nak cuba lagi. Kalau failed, dah tak nak cuba dah.
  • Lelaki yang tak mahu berusaha , dan kalau ada usaha pun takat suam suam kuku jer...menyakitkan hati kan..
  • Lelaki yang sering cari alasan daripada melakukan sesuatu, alasan mesti yang sadis madis punya...tak boleh blah..
  • Lelaki yang terlampau harap perempuan buat semua perkara, semua keputusan. Sampai nak sesuatu buat keputusan pun susah..
  • Lelaki yang berkahwin yang buat perempuan macam orang gaji...Kan best aku ada bini, gosok baju bini buat, makan bini buat, sental bilik air bini buat, nak mandi bini mandikan, nak tidur bini dodoikan...memang melampau...lelaki jenis ni akan duduk kerusi malas dan akan malas sampai ke hujung dunia..  
Takde power stereng kan susah..

    Ok lah, itu jer untuk kali ni...ini cuma pendapat peribadi saya jer...pendapat orang lain mungkin berbeza... Chow...


     

    Designed by Alieff Artwork