Saturday, April 16, 2011

Bersederhana Dalam Hidup.

Nilai bersederhana dalam hidup ? Sederhana dalam hidup tak bermaksud tak boleh bersungguh sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Kalau nak buat kerja, mesti lah bersungguh sungguh, jangan average sahaja ya !

Apa yang aku maksudkan dengan nilai bersederhana dalam hidup ni ? Islam menegaskan bahawa manusia ni perlu mengamalkan nilai sederhana dalam semua perkara...nak tau contoh pengamalan nilai sederhana ? Mutiara kata dibawah ni pasti akan membuat kan kita berfikir..sejauh mana kita telah bersifat sederhana dalam hidup...
“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)
baca lagi...

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
:) Credit to : Websabah


Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork