Tuesday, March 15, 2011

Gambar Reharsal Konvokesyen IPGM = )

Salam !

Huhu, pagi tadi aku selamat gak sampai kat PICC , Putrajaya hasil usaha sendirian berhad. Kira kalau nak jalan jalan Putrajaya aku dah lepas la ni haha...Nak tengok gambar reharsal konvokeysen kitorang tak ? Hehehe...

Selamat Hari Konvokensyen ! (oh, ini baru reharsal daaa)
Testing mortar board masing masing..bahasa kampung nya topi konvo !


Reharsal Konvokesyen harini berjalan dengan lancar. Happy sangat sangat jumpa kawan kawan ! Dari kecik kecik lepas habis SPM masuk maktab, sekarang ni dah 5 tahun berlalu...jumpa pulak di Konvokesyen ! Satu malaysia pulak tu...tak sangka kawan kawan yang bergelar guru dari seluruh pelusuk negeri datang !

Masa datang tu kena lah pergi booth maktab masing masing. Isi borang , amil jubah, ambil mortar board , dan cenderahati...Kemudian pukul 11.30 pagi, semua graduan masuk ke dalam dewan untuk dengar taklimat raptai konvokesyen. Mata aku ni mula lah meliar liar cari kawan kawan..memang seronok habis =) Gedik sakan aku hari ni hehehe...rindu rinduan pada kawan kawan =)


neo si lampuneon dengan mortar board nye


hey, babayh ! lets go to our convocation !

 ini bukan makcik jual kerepek ok ... korang jangan salah anggap

semua menyarung jubah masing masing

 duduk minum sat kat cafe PICC, Putrajaya...

 gosip gosip tajuk pasal tunang, kahwin, mengandung, beranak je sekarang..
macam dah takde topik lain dah weeh ! Hahaha...

 neo silampuneon dengan mimi sicantik manis...putih melepak ~!

 kawan kawan ku...ramai yang dah nak kahwin dah, bila pulak turn aku ek ?

 takpe takpe, 3 orang ni single lagi..jari tak sarung cincin lagi...
...so boleh geng dengan neo silampuneon !

 dalam dewan PICC, Putrajaya...best woo sejuk nyaman jer..cantik !

 ramai wohh graduan..best woo cuci cuci mata tengok jejaka kacak...ceh ceh

 ini bar code ape tah, kene scan dulu...dan kene bawak masa naik pentas.

R38, nombor giliran keramat aku...aku nak bagitahu satu dunia yang aku dapat Second Class Lower means, kelas kedua bawah. Kecewa ? Ofcos aku kecewa, malu dan segan...memang bukan dalam impian aku untuk berada dalam Second Class Lower, tapi apakan daya...

Yang aku sedih, ade jugak yang membebel bebel bila aku bagitahu aku Second Class Lower. Aku pun tak paham kenapa perlu membebel sebabkan hal ni. Aku rasa aku dah buat sehabis baik dah untuk diri sendiri...cukuplah ape yang aku dah berikan sepanjang 5 tahun setengah aku belajar ni. Itupun aku dah bersyukur dah aku dapat berada dan merasa konvokesyen ni.Atleast bagi lah semangat sikit ! Hello !!

Ok beb, jumpa esok di konvokesyen IPGM 2011 ! Tahniah kepada semua graduan yang bakal menyambut scroll daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. chow sinchii !

P/s : Jumpe pakwe si Cik Mas tadi masa kat Reharsal Konvokesyen PICC, Putrajaya.  Wah wah wah...

 

Designed by Alieff Artwork