Monday, February 07, 2011

Hari Pertama & Terakhir Jadi Guru di SK Pengkalan Tentera Darat (SKPTD) !

Salam !

Uaaaauaaa Uuaaauaauauuu @#$%^&* (tengah marah, penat, dalam keadaan harus bertenang sambil tengah mengalami masalah hiccups hip hup hap hip hup hap hap) Ok, perhatian...saya nak cerita panjang ni !

 mendaftarkan diri di JPWP

kami dapat surat penempatan...jom pergi sekolah mengajar !

check out ... banyak lagi aku nak bebel nih huhahaha !


jumpa plak kawan aku yang dulu schoolmate aku, BBGS,  Aqilah !

 memang kitorang happy sebelum kena panggilan hangit...

ecah, faiz dan fikri..

nazmi, neo dan ecah

khoili pun ada =)

Call lecturer bagitau pasal penempatan Guru Pendidikan Khas

Awal pagi tadi dengan rasa semangatnya aku pergi ke JPWP, di persiaran Jalan Duta. Dah la tak berapa tahu jalan ke Hentian Duta...aku tersesat pula ke Hentian Putra ! Sesudah sampai di JPWP, kitorang terus amik surat penempatan di kaunter Unit Sekolah Rendah. Kitorang dah voice out yang kitorang nak mengajar Pendidikan Khas, tapi orang JPWP suruh kitorang pergi lapor diri terus kat sekolah yang takde Pendidikan Khas tu. Pasrah je kitorang ikut arahan orang JPWP. Bila, selesai minum pagi dengan kengkawan, kitorang pun bergegas melaporkan diri ke sekolah masing masing...

Debaran menjadi seorang guru pun bermula...Jalan ke SK Pengkalan Tentera Darat memang lengang, takde jam .. so aku memang suka gila...


alam damai permaii...

 
Sekolah ku syurga ku..

Pepagi dah duduk di Pejabat Sekolah, baca brochure SK Pengkalan Tentera Darat

Semangat dan aura dari kasut baru ala ala cikgu besar.

serious, aku memang dah suka sangat dan jatuh cinta kat sekolah ni !

SKPTD, aku nak jadi wargo ko...ahhh

Sampai je sekolah SK Pengkalan Tentera Darat, aku telah disambut baik oleh kerani, staff, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Aku memang terharu gilerr even makcik cleaner, dan pakcik guard pun memang baik ! Bincang punya bincang, akhirnya aku diberikan Subjek Bahasa Inggeris, dan mengajar darjah satu. Aku dah happy giler dah nak jadi Guru Kelas 1 Ceria, tak sabar nak mengajar diorang !

Cikgu cikgi yang lain so sweet, macam best jer everything ! Ade jugak cikgu yang ajak aku buat Choral Speaking sekolah, ade jugak cikgu yang ajak aku jadi trainor Pasukan Hoki Sekolah atau Pasukan Gimnastik sekolah. Semua tu buat aku lagi berkobar kobar nak mengajar...tambahan pula, buku kehadiran, buku rancangan pengajaran, takwim sekolah dan punchcard semuanya dah diberi kat aku...Kerani sekolah pulak dan siap siap ambil maklumat aku untuk urusan gaji...kejutan demi kejutan aku dapat bila seorang cikgu sekolah tu cakap camni "Eh, ni macam kenal je awak ni...awak ada blog kan ?" Aku..."Erm, aah www.silampuneon.com namanya. Hehehe..." (segan aku)..Tapi kejutan dan keindahan aku terpadam bila tiba tiba...
Tiba tiba...aku dikejutkan dengan satu panggilan hangit ! 

Ecah (Classmate Aku) : Hello neo, ko kat mana ? Ko tau tak ko kena pergi sekolah SJK (C) Sam Yoke ? Nama ko ade dekat sekolah ni wey dan ko mengajar satu sekolah dengan aku. Ni haa, Guru Besar SJK (C) Sam Yoke dah tanya pasal ko, napa ko tak mai lagi ?
Cikgu Neo : Watta tuttt ! Aper cerrr ni weh ? Aku kan mengajar kat SK Pengkalan Tentera Darat , kat sungai besi ni. Ape cer lak aku kat SJK (C) Sam Yoke tu plak ? Aku dah happy giler mengajar kat sini la weh...UuuUuuu...
Ecah (Classmate Aku) : Ha, tadi JPWP call aku suruh aku pindah sekolah ni. JPWP kata ko pun kena tukar mengajar ke sekolah ni gak. Hahahah. 
Cikgu Neo : Arghhh, yeke ? Kalau macam tu terpaksalah aku say goodbye bye kat cikgu cikgu sekolah, ni...Waaa sadis ! Ok, I come right now ! !@#$%^^&*!

 Ok, ini dia badge sekolah Sek Keb Jenis (Cina) Sam Yoke : Tempat (baru) aku bakal berkhidmat.
Sejurus dapat panggilan dari Ecah jer, aku terus packing barang barang aku dari meja guru aku...belum sempat panas lagi tau kerusi guru yang aku duduk tu ! Baru nak feeling high, tapi dah kena kacau...And then before blah, aku sempat explain kat cikgu cikgi kat situ, sempat jumpa GPK Kokurikulum dan staf untuk cakap thank you. Diorang punyalah kecewa dan terperanjat sebab aku kena tukar sekolah on the same day gak... Sabar je lah !

Daushuumm ! Terus aku menuju ke kereta ! Trrrr Trrr...Zassssch ! Dengan laju gila babannya aku terus menuju ke Jalan Loke Yew mencari sekolah SJK (C) Sam Yoke tu. Dari cheras ke jalan loke yew, kemudian ke jalan maharajalela, pusing punya pusing aku tetap sesat ! Grrr...bila berhenti tanya orang, tak ramai orang yang tau sekolah SJK (C) Sam Yoke ni..Bila dah penat dan jadi separuh gila sambil bersyair lagu sedih dalam kereta, aku pun memutuskan untuk pulang ke rumah tanpa hadir ke sekolah SJK (C) Sam Yoke tu ! Ahh, esok je lah aku teruskan pencarian aku pasal sekolah SJK (C) Sam Yoke ni. 

 Lepas dapat call dari Ecah, aku terus blah dari sekolah tu...Uuu nak nangis tau !

muka da berkerut gila dah, sebab taknak mengajar kat sekolah lain..

 beginilah nasib diriku yang malang...

Yes, im angry !

Yes, i am sad ! I wan to cryy !

Dan mulai esok, bermula lah kisah Cikgu Neo Silampuneon yang mengajar di sekolah SJK (Cina) Sam Yoke pulak. Terima lah hakikat yang aku bukan guru di SK Pengkalan Tentera Darat...Uuuu, walaupun indah ia cuma sebentar sahaja...!


Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork