Sunday, April 24, 2011

SK Pengkalan Tentera Darat (SKPTD).

Salam yall!

Fuhh, debaran menanti hari bergelar Guru Permulaan @ Cikgu Original semakin berkurang sekarang ni. Sebab nya aku dah tahu aku dapat sekolah mana. Hehehe. Agak mengejutkan..tapi aku bersyukur.

Mengajar di sini ke ? Tempat tentera tu...Kikiki...meh buat gila jap.
Perbualan aku dengan JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Hello boleh kami bantu?
Neon : Saya nak check penempatan saya boleh ?
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Ya, nama cik sapa..
Neon : Nurul Aina Zakaria.
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Ok, cikgu Nurul akan mengajar di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat.
Neon : Sekolah Pengkalan Tentera Darat ? Erm..ok..
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Jangan lupa hari isnin, cikgu Nurul perlu datang ke Jabatan Pelajaran Negeri, Unit Sekolah Rendah untuk mendaftarkan diri ya.
Neon : Ok, terimas..chow..

Chekidout, banyak lagi nak cerita nih...


Bila dapat tahu je dapat Sekolah Pengkala Tentera Darat, aku punya laa terkujat gitu. Ye la macam jauh je dengar, pastu ajar anak anak tentera plak tu. Adakah bakal jodoh ku bersama pak pak tentera ? Oh nooo...hahaha. Adakah aku akan mengajar sambil berkawad kaki ? Macam macam tanggapan bodoh keluar dalam kepala otak aku...

Aku dah pergi Sekolah Pengkalan Tentera Darat ni. Mak aihhh memang dekat je dari rumah. Perjalanan 15 minit saja, sebelah jalan besar LRT Bandar Tasik Selatan, sekolah terletak dalam Perumahan Kem Tentera Darat..Cantik gak laa...

Cantik indah permai nampaknya dari luar..tak berani nak masuk

Ada taman permainan kat bahagian depan sekolah

Banggunan tinggi tersergam indah

Lepas ni sapa cari pasal aku panggil tentera back up aku..

Papehal pun, aku bersyukur sangat sekarang ni sebab aku dah tahu tempat bekerja aku kat mana. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk anak anak bangsa. 

Masalahnya cuma satu, kami yang daripada opsyen Pendidikan Khas ramai yang tak dapat mengajar kanak kanak khas sebab kami disalurkan ke aliran perdana. Mengajar di aliran perdana memang bukan masalah besar. 

Cuma, yang buat kami terkilan...kami dah menuntut ilmu Pendidikan Khas selama 5 tahun setengah, belajar sign language (bahasa isyarat), belajar terapi untuk kanak kanak khas, tapi sayangnya ilmu tu tak dapat diberikan ke atas kanak kanak tersebut. Mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia ada buat kesilapan dari segi kod opsyen kami. 

Dengar cerita, Opsyen Pendidikan Khas bertukar kod dengan opsyen Bahasa Melayu..Kesilapan inilah yang membuatkan ramai cikgu Pendidikan Khas terpaksa mengajar aliran perdana...so jangan excited sangat. Entah entah nanti kena panggil tukar Sekolah...Huhu...Chow bebeh !

P/s : Aku nak kena balik Melaka sat, ada hal jap.

Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork