Friday, January 28, 2011

Guru PISMP Mengajar 7 Februari 2011.

Yo !

Bebeh, gua tengah high ni...! Gua nak ucapkan tahniah kat semua bakal guru Kursus PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) sebab korang dah tak perlu risau lagi pasal takde kerja sebab kita dijanjikan mula mengajar pada 7 Februari 2011 ni !


Feeling Lucky?
Tahniah yall ! Korang yang tengah kerja part time tu jangan lupa buat surat berhenti yer..hehehe...Its time to get ready masuk sekolah dan mengajar sepenuh hati walaupun tanpa gaji selama beberapa waktu...Owwh..

Papehal korang baca berita baik kat bawah ni dulu...

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR 
pengarang@utusan.com.my Credit : Facebook Adham @ Cer Am Blog

IPOH 27 Jan. - Kesemua 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh menarik nafas lega apabila Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meluluskan akreditasi bagi kesemua kursus pengajian mereka sekali gus melayakkan mereka untuk menjalankan tugas sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (gambar) berkata, pihaknya telah menerima surat akreditasi itu semalam dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) pula akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Akhirnya, MQA telah memberikan akreditasi kepada semua kursus PISMP dan graduan dijangka mula mengajar di sekolah yang ditetapkan pada 7 Februari ini.

"Namun, bagi memudahkan graduan PISMP, saya telah mengarahkan pegawai untuk memasukkan maklumat di laman web Kementerian Pelajaran supaya mereka boleh menyemaknya pada esok hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Isu mengenai akreditasi kursus graduan PISMP timbul apabila lebih 1,950 graduan berkenaan yang menamatkan pengajian November lalu tidak layak untuk menjadi guru.

Ini ekoran keengganan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mengiktiraf kelayakan mereka berikutan kursus tersebut masih belum mendapat pengiktirafan MQA.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu bahawa proses mendapatkan pengiktirafan daripada MQA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dilakukan dan masih menunggu keputusan kedua-dua agensi serta jabatan tersebut.

Ka Siong berkata, graduan PISMP boleh mengetahui lokasi negeri di mana mereka akan mengajar melalui laman web Kementerian Pelajaran.

"Jabatan Pelajaran Negeri pula akan memaklumkan nama sekolah untuk mereka melaporkan diri, seawal-awalnya pada Selasa depan," katanya.
 

Designed by Alieff Artwork