Tuesday, June 29, 2010

Jadual Waktu Guru Pelatih, Institut Pendidikan Guru.

Guru pelatih dicekik sampai kiok !

Siapa yang kena cekik? Guru pelatih kena cekik dengan pensyarah ke?

Arghh kitorang punya time table untuk semester last ni pack giler kot ! Korang cube bayangkan...seawal subuh aku keluar rumah...balik office hour...kalau kerja dapat gak duit. Ini kena buat assigment je . Bohsan giler hidup aku...

Pensyarah kalau happening , bagi 20 assigment pun aku sanggup buat tau. Ini kalau asyik nak mencekik je, arghhhh !! Tension aku. Chow !!


Monday, June 28, 2010

Thesis : Tekanan Membuat Thesis.

 " Dont be a stupid teacher !! Be a brilliant teacher !! Kalau you all tak buat thesis you all bebaik, you all takkan graduate, and bakal repeat sem. Mahu ka? "


Terkedu aku dengar nasihat (bebelan) dari pensyarah-pensyarah tadi. Adoii la, mentang-mentang ni dah last sem janganlah bikin kecoh. Pensyarah-pensyarah letak harapan yang tinggi untuk kitorang buat thesis baik-baik supaya dapat markah best-best.

Janganlah marah-marah kitorang yang tengah stress dengan banyak upcoming projek lagi ni, please. Kalau nak kitorang wat kerja elok-elok...tolonglah bagi tunjuk ajar baik-baik. Janganlah nak marah marah sangat. Kesian kami ni, nanti kalau kami stressful, camne nak buat kerja, camne nak dapat A?

So ape cer? Sila hantar chapter one thesis anda 8-10 muka surat every friday. Who did not pass up, your thesis mark will be deducted. Ish ish ish...tergugat kehidupan & ketenangan aku.

Friday, June 25, 2010

Anak Yang Kejam : Menipu Mak Sendiri Berdosa Besar , Tak Cium Bau Syurga Tu !

Menipu untuk selamatkan diri daripada kena membebel?

Ape aku nak buat ni, tengah-tengah aku syok layan masak air kat dapur...tibe-tibe cerek letrik tu meragam la plak ! Aduuusssh, nak bagitau kat mak aku ke tak ni? Ke nak selamatkan diri jer? Tension betul lah...
  • tuduh ain (kakak aku) yang rosakkan
  • buat tak tahu sampai esok , biar mak yang dapat tahu sendiri
  • esok bangun tengah hari sikit bila bangun buat macam tak tahu ape-ape
  • bagitahu perkara sebenar, sumbangkan sedikit duit untuk beli cerek baru
  • ahhhh mane boleh , aku takde duit (kedekut giler) !!! Aku pasrah, chow !

Cerita Seram : Sebuah Labu Ditoreh Dengan Pisau Hidup-Hidup Sehingga Muntah Kuah Labu ? Lets Carve The Pumpkin !

Lets see who carve the pumpkin alive!!

So cute pumpkins, I wish to carves you guys on my own !!

Its a cool arts isnt it? I always dream to celebrates Halloween like those who always celebrating it. Having fun with new bizarre costumes for every year, and carving the pumpkin like dead man ! Should be so interesting ! Why not making Hari Raya eve more enjoyable by doing some arts like puking pumpkin? Its not that im againts my culture, but I am a person that appreciated arts so much.  

A huge pumpkin needed! Where in Malaysia can I find a huge pumpkin like that? By the way, if I bring that huge pumpkin at home, my mom surely gonna kill it before I could ever carve it and make it a pumpkin soup! Tadaaa...I think a pumpkin soup should be good for me too ;)


Thursday, June 24, 2010

Warna Pakaian Yang Sesuai Dengan Kulit.

Salam.


Seringkali bila nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan or nak jumpa boyfriend kita mesti terfikir-fikir nak pakai baju warna apa kan? Baju corak macamana pulak yang jadi pilihan kita? Nak nampak casual ke, ranggi ke or fabulous?


Dulu, aku pilih untuk jadi lebih casual. Pakaian aku mostly nampak cam nak pergi pasar malam je seperti pendek and seluar slack.  Masa berubah dengan begitu pantas menjadikan aku lebih nampak ladies bila aku mula mengenakan labuh/dress dan jeans. Tapi sekarang ni aku dah mula jatuh cinta pada jacket denim dan maxi. 

Pemilihan warna pakaian dengan event :
  • Acara formal : Pakai pakaian berwarna gelap.
  • Acara tidak formal : Pakai pakaian berwarna cerah.

Pemilihan warna pakaian dengan mood : 
  • Nampak feminin : Pakaian berwarna pastel.
  • Nampak fabulous : Pakaian berwarna terang benderang.

Pemilihan warna pakaian dengan kulit : Yang penting pilih warna yang sesuai untuk diri kita. Warna kulit perlu sesuai dan padan dengan warna pakaian, jadi takde lah nampak macam clown circus bila orang tengok nanti. Barang aksesori pun kena padan dengan warna pakaian tau, baru cantik !
  • Kulit cerah / putih : Tak sesuai kalau pakai warna pastel macam coklat muda,biru muda atau pink.
  • Kulit kuning langsat : Sesuai kalau pakai warna tropika macam jingga, hijau, merah,kuning, & biru.
  • Kulit sawo matang : Sesuai kalau pakai warna ungu, oren, atau merah hati.
  • Kulit gelap : Sesuai kalau pakai warna-warna tanah yang lembut, jangan sesekali pakai warna kontra dengan kulit macam pink terang, nanti nampak hodoh !

Pemilihan warna pakaian untuk Si Hitam Manis : Disebabkan aku berkulit agak gelap, so aku nak lebihkan tips pemilihan warna pakaian kepada geng-geng dari negara nigeria yang lain.
  • Cool toned (kulit gelap sangat) : Warna-warna yang nampak hebat dengan kulit gelap selalunya seperti merah, merah muda, biru, dan lavender. Warna-warna macam oren dan kuning amatlah tidak sesuai untuk kulit hitam okay! Cariklah warna macam blues, ungu dan merah. 
  • Warm toned (kulit gelap tapi cerah sikit) :Warna yang macam best korang leh pakai ialah warna oren, kuning, warna apricot, emas, coklat dan hijau.- Sumber

Ok, sumpah...aku takkan pakai warna pink striking lagi. Hahahaha...by the way, mak aku selalu pesan kalau nak pakai baju jangan lebih dari 3 warna sebab nanti nampak cam carca marba. Macamana plak dengan korang? Korang belasah je ke pakai semua warna...dari hujung rambut sampai kaki warna macam pelangi? Oh tidak.





Wednesday, June 23, 2010

Makna Bacaan Dalam Solat.

Ketahui maksud bacaan-bacaan dalam solat untuk mendapatkan solat yang lebih kusyuk.
  • Maksud bacaan Allahuakbar : Allah Maha Besar. 
  • Maksud bacaan Rukuk : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujian-Nya.
  • Maksud bacaan Iktidal : Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
  • Maksud bacaan Sujud : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian-Nya. 
  • Maksud bacaan Duduk antara dua sujud :
 Ya Allah, ampunilah daku,
dan rahmatilah daku,dan kayakan daku,
dan angkatlah darjatku,dan rezekikan daku,
dan berilah daku hidayah,dan sihatkanlah daku,
dan maafkanlah akan daku.
  • Maksud bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatann-Nya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad.
  • Maksud bacaan Tahiyat Akhir
(...sambungan tahiyat awal)
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung
  • Maksud bacaan salam : Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah

Dari bacaan aku, kalau kita solat dengan kusyuk dan ikhlas...malaikat turut datang dan temani kita waktu kita solat. Ada orang tu, dalam solatnya yang kusyuk...terasa angin menderu. Sebab kedatangan malaikat tu dapat dirasai secara maya.

Berapa kali sebenarnya aku kusyuk dalam solat ? Aku pun tak pasti...banyaknye aku teringat nak makan la, fikir macam-macam masalah la...tapi, bila teringat nak kusyuk barulah aku translate satu persatu maksud bacaan dalam solat tu. Alhamdulillah, bila tahu makna...kita boleh bersolat dengan lebih kusyuk.


Fasa - Fasa Akhir Zaman, Hari Kiamat

Sesungguhnya hari kiamat itu adalah rahsia Allah s.w.t. Walau begitu banyak sekali tanda-tanda kiamat yang muncul zaman sekarang ni, tidak terjangkau bagi manusia untuk mengitung hari berlakunya Kiamat. Dengan kekuasaan Allah s.w.t, Hari Kiamat tidak datang kepada manusia melainkan secara mengejut. 

Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya Hari Kiamat itu pasti akan datang tanpa ada keraguan sedikit pun.” (QS. Ghafir: 59)

Hari kiamat adalah janji Allah yang pasti. Ianya adalah hari yang amat berat dan huru hara bagi sekalian makhluk di langit dan bumi. Mengapa masih ramai yang menafikan yang kita belum lagi di garis akhir zaman. Kenapa masih menafikannya lagi sedangkan tanda-tandanya cukup kuat lagi sahih ?

Gambar lama je nih, Kalau ada informasi yang terbaru, sharing is caring.


Tuesday, June 22, 2010

Pokok Nareepol @ Nareepol Tree.

Buah ni menyerupai susuk tubuh wanita yang sedang tutup anunye. Fakta atau Auta?
Ahh..macam-macam! Baca lebih lanjut sini.

Aku rasa korang semua dah pernah tengok Nareepol Tree ni dekat email or website orang lain kan. Cuma aku je belum pernah tahu pasal Nareepol Tree ni. Ape lah khasiat buah yang ada susuk tubuh wanita ni yer...rasa nak pulak pergi thai beli dua tiga biji. Hehe.

Nareepol Tree, kononnye terletak dekat Petchaboon, Bangkok. Kononnye ade buah yang menyerupai susuk tubuh wanita yang tengah menutup anunya. Disebabkan pokok ni ajaib giler, so ramai pengunjung dari luar negara datang kat Bangkok semata-mata nak cari pokok ni.

Ceh, ini gambar boleh percaya ke. Ciptaan tuhan selalunya indah dan melambangkan betapa bijak Penciptanya tu. Bukankah begitu ? 

So, ade juga yang cakap masa buah tu nak membesar, orang letak buah dalam bekas acuan untuk jadikan dia macam-macam shape. Bukan sahaja susuk tubuh wanita diorang leh buat, tapi buah-buahan pun diorang boleh bentukkan jadi dinosour, tau.. Oklah, chow!


Monday, June 21, 2010

Lelaki Perasan Hensem.

I kan hensem, kan? (Ayat nak kena penerajang dengan aku)
Kenapa orang lelaki yang hensem suka sangat perasan yang diorang tu hensem? Korang boleh tolong jelaskan kat aku tak? Kenapa ade je lelaki aku jumpa, mesti nak mengaku diri diorang hensem and ulang banyak kali "I kan hensem..." 

Siyes weh, siyes. Ko memang hensem giler, tapi once aku dengar ko cakap benda centu...aku terus chop yang ko ni memang mamat poyo yang perasan hensem ! Kalau ko nak puji diri sendiri , pergilah cakap kat cermin tu...tak payah lah nak cakap depan aku banyak kali...naik meluat aku.

Ade jenis lelaki yang hensem, tapi humble giler. Aku pernah jumpa weh...memang tabik spring laa...Tapi ade jugak jenis lelaki yang hensem, tapi perasan je lebih. Lelaki macam ni memang nak kena humban dalam tong sampah je la.

Same gak la kalau pempuan yang cun, yang kerap cakap " I kan lawa... ". Memang muka tu nak kena penerajang je ngan aku. Wuuh, meluat tau! Cuba lah bersyukur dengan nikmat yang diberi, jangan la riak, takbur!Ok chow!

P/s: Credit pada cik tuan punye pix. aku kutip je nih.


Friday, June 18, 2010

Gambar Palestin : Rakyat Palestine Sengsara, Sekolah Di Bom Banyak Nyawa Tak Bersalah Terkorban

Credit to specky_owl kerana telah berkongsi email ini : Cerita kesengsaraan rakyat Palestine , sekolah di bom dengan bom fosforus.Sedih, kalau ada masa terluang korang bacalah benda ni sampai habis...

KU DAH KATA DAH,MALAYSIA DAH LAMA PATUT PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN AMERIKA DAN SINGAPURA,DUA NEGARA YANG PALING CELAKA DALAM DUNIA.TU PUN TAK SEDAQ-SEDAQ LAGI.BUTA KA BUAT-BUAT PEJAM MATA DEMI WANG DAN KEMEWAHAN DONIA.

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine ) Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
\

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.. Wasalam.


Ya Allah, selamatkanlah hamba-hamba mu di palestine. Tempatkanlah mereka dalam syurga mu...





Tuesday, June 15, 2010

Pemenang Contest Big Fish Pizza Cash RM 2000 : Alhamdulillah, Usaha Gandingan Silampuneon & Reikojezze Telah Membuahkan Hasil.


Syukur, alhamdulillah. Aku baru je sampai rumah ni, tiba tiba je aku dikejutkan dengan berita gembira oleh ayah aku. Mak aku pun terpinga-pinga. Adik beradik pun terngaga kejap. Mentaliti diorang yang selalu cakap blogging ni takde faedah buat diorang tersentap kejap.

Ko ade masuk contest blogger ke?
Aah, ade abah. Ape cerrr ni bah?
Ohh,ni hah ada notification yang ko dah menang contest Big Fish Moment With Pizza tuh.
Yeke bah?????
Iye laaa.
Yepeeee,yahooo areeebaaa andre andree!!!

Tanpa aku sedari, aku dah melomoat macam orang menang RM 2juta pulak. Aku straight call si Reikojezze yang tengah memboroikan diri kat Batu Pahat tercinta. Dia menjerit dalam hati je sebab orang rumah dia semua dah tido. Hahaha...aku faham ko tengah eksaited tuh.

Terima kasih Nuffnang kerana menghargai hasil karya kami. Terima kasih kepada Cik Reiko sebab sudi berpenat lelah buat projek ni dan buat video lagu pizza hut dengan aku.

Tak lupa gak kepada semua blogger yang banyak bagi sokongan moral pada kitorang, terima kasih ye. Dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung masa pembikinan project Big Fish Moment kitorang, aku nak ucapkan ribuan terima kasih. Kepada yang tak menang, jom kita cuba lagi the next contest pulak. Hihi.. Cewah macam menang Grammy Award plak aku ni.

Saturday, June 12, 2010

Projek Mural : SK Lelaki Jalan Batu.

Dah jadi kebiasaan, setiap kali guru praktikal masuk ke sekolah...mesti jadi mangsa buli buat mural. Okaylah, kami bukan di buli...tapi kami menurut arahan yang diberi dengan ikhlas hati...(ayat ni macam semacam je).

Setelah berhempas pulas memikirkan tema dinding sekolah ni, kami pun dapat idea buat tema mini zoo yang meriah macam kindergarden ; ) Zirafah merah mewakili aku silampuneon, Gajah biru mewakili Pais, dan Lembu pelangi mewakili Pejal. Hihi...ada bakat, tunjuk bakat !

Mission mencalit taik hidung dekat dinding sekolah ! Jom ramai-ramai !


Pais : Weh, neo...ok ker kalau kita buat gajah ni kaler biru ?
Neo : Weh, lek arr ni kan tugas kite...kite belasah je pakai semua kaler !
Pejal : Hehehee....(senyum dan gelak sendiri)


Pais : Kang kena marah lak dengan Guru Besau...sbb kaler gajah kaler biru...ish aku takut lah neo.
Neo : Ekeleh, ko ni...aku relek je kaler zirapah kaler merah ? Unik tak ?
Pejal : Hehehe...saksikanlah lembu ciptaan ku...(cakap sengsorang lagi)


Pais & Neo : Ahhh.., belasah jela kaler ape-ape warne pun...kita yang buat dia...
Pejal : Weh..yang korang membebel-bebel ni pehal? Tengok lembu aku kaler pelangi...takde hal pon! Hahaha!
Pais & Neo : Watthehelll...? Ape ko buat ni Pejal ? Kembali lah ke pangkal jalan !


Pejal : Ah..., bising ah korang ni...aku punya lembu belaan, suka hatilah aku nak kaler ape! Hahaha...
Pais : Lantak ko la pejal, asalkan ko bahagia...
Neo : No komen Pejal, no komen...hahahaha lembu pelangi !
Pejal : Cisss !


Kak Lala : Semua tengok belakang hehehe, jom interframe !
Guru-guri praktikal skema : Baiiiiiik mengikut arahan ! Cheeese ; )



Arahan :  Cikgu tengah mengecat ni. Tak dapat mengajar selama beberapa hari ni. Mintak maaflah yer murid-murid...ambik buku sorang satu ni, mentelaah lah sehingga anda faham isi kandungannya dan buat sinopsis lepas tu hantar ! Kalau faham, bagus...kalau tak faham sila buat-buat faham ye ;)

Chow !


 

Designed by Alieff Artwork