Pages

Saturday, March 27, 2010

PWTC Bakal Sesak Harini Sebab Lisa Surihani Nak Datang!

Lisa Surihani ooh Lisa Surihani.

Yo hello, aku akan pergi ke pesta buku harini. Sebab dah lama sangat tak membaca , rasa bebal pulak kepala otak aku yang runsing ni. Sekurang-kurangnya bila baca buku dapat jugak aku tenangkan hati dan fikiran aku, ye tak? Hihi...

Kalau aku tak beli pun aku jalan-jalan je la...dengar cerita PWTC sesak dengan orang...Esok tarikh akhir pesta buku. So nak tak nak harini aku kena pergi juga sebelum terlambat! 

Dalam perancangan, aku nak cari novel inggeris genre murder, mystic, ghost macam tu. Kalau ada duit lebih aku nak cari buku tentang kiamat dan kematian...

So kalau korang ada suggestion yang best, bagitahu la aku k...senang tak payah aku round satu banggunan cari buku yang aku nak baca tuh...Ok, tata...oh ya aku bukan Lisa Surihani. Lisa Surihani mana nak pergi bookfair ni, berpeluh-peluh ketiak dia kang... XD

Thursday, March 25, 2010

Vacation Aku Dekat Seoul, Korea Haritu. Sorry Lambat Story Kat Korang.

Hello, yall... Just nak ambil kesempatan nak cerita pasal percutian aku dengan family aku dekat Seoul, Korea haritu. Aku pon tak sangka pulak kitorang jadi pergi Korea, aku ingat bapak aku main-main je. Tapi, Alhamdulillah, jejak gak kaki aku kat Seoul ni. Percutian kali ni untuk tempoh sekejap jer, bayangkanlah cuma 5 hari 4 malam je. Tak ke gila tu? Korea beb, rasanya kalau tak seminggu dua tak puas kot...Tapi series la, memang best giler bercuti kat Korea...rasa nak pergi lagi tau!

Ni la Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, huhuu...teruja aku...

Sampai-sampai je kat Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon haritu tu, pakcik aku yang kerja dekat situ jemput kitorang...Bayangkanlah weh, first time aku tengok snowfall masa arrived kat airport tu, tapi sekejap je la sebab waktu tu snow dah nak habis dah.  Gila happy aku. Hahaha...Sejuk giler rasanya walaupun dah pakai baju yang tebal-tebal. Aku pulak dengan jakonnya main sembur-sembur udara dari mulut. Yela, dapat tengok wap keluar dari mulut kan, aku teruja la...

 Cantik dowh...

Pakai snap jer weh...
  Train ni laju giler weh.

 Korea tu sesak gila dengan orang. Aku paling suka naik keretapi dorang yang laju-laju tu. Speedo! Kitorang jalan-jalan naik keretapi tu je la, senang. Bandar Korea memang sesak, nak jalan pun pening kepala tau tak! Tapi nasib baik lah kitorang semua bijak pandai, so pergi mana-mana pun tak sesat punya...Tapi, sumpah, night view dia memang cantik giler. Banyak gila kitorang shopping haritu...nanti aku upload next entry khas untuk tatapan korang k...

Pengalaman yang aku takleh nak lupa, aku sorang je yang terlambat siap masa nak check out Hotel on the last day. Teruk aku kena marah dengan bapak aku. Hahaha...Mungkin sebab aku rasa taknak balik Malaysia, and nak stay Korea je. 

Masa tengah packing nak balik tu handphone aku pulak tetibe berbunyi..."Takkan lagi aku menunggu, kau hadir di dalam mimpi-mimpi ku...puasku mengharapkan dirimu, seperti mereka yang punya cinta...tapiku melepaskanmu..." Begitulah ringtone aku berbunyi yang begitu menggangu perasaan aku! Hekeleh, kacau daun betul la mamat ni. Aku tengah packing pon nak call ke? Kang aku terlepas flight balik ke Malaysia kang siapa yang nak tanggung aku?

"Weh ko buat ape tu"
"Oh shyyt!"
"Kenapa weh?"
"Omg, ku dah terlajak sembahyang asar plus magrib!"
"Bagus, amalkanlah selalu ye"
"Aku terlelap la tadi...kacau daun je ko nih!!Arghh!!"

Wednesday, March 24, 2010

Gempar!! Seorang Pensyarah Hampir Pengsan Bila Dengar Nyanyian Lagu My Baby Bumble Bee!

Esok aku akan nyanyikan lagu cute ini depan pensyarah aku. Harap ko bangga , wahai pensyarah.


Eleh, aku tau...korang sure akan cakap, omg!!! Comel gila video ni! Rasa sayang sangat nak tinggalkan blog aku ni tanpa play dulu video comel ni kan?

Esok aku bakal kena observe dengan pensyarah yang sangat cerewet okay.  Korang rasa dia teruja tak tengok aku ajar budak-budak nyanyi lagu kat atas ni esok? Saat korang baca entri ni, aku tengah praktis menyanyi tau... Apa lagi? Jom la nyanyi sama-sama ... Sila buat suara paling cute, dan muka mesti macam Lisa Surihani...;) Chow!

Tuesday, March 23, 2010

Lisa Surihani Pakai T-Shirt BBGS? Wow...Sungguh Menawan!

Cak!Opocot!
Saja nak bagitahu, bukan Lisa Surihani yang pakai baju ni. Tapi aku yang dah pakai da baju ni buat basahan...Hehe, kang kalau tak pakai nanti kena gigit dengan lipas sia-sia je kan? Oooh Bukit Bintang Girls School, I heart you laa...XoXo ;)

Monday, March 22, 2010

Koleksi Gambar Maxi Hijab Style | Aku Jumpa Kawan Lama BBGS |

Hari tu aku jumpa balik dengan friend aku dari sekolah BBGS. Ni merupakan perjumpaan kali kedua selepas reunion , setelah berkurun lama kami terpisah lepas aku pindah sekolah masa tingkatan 3. Aku bersyukur dapat jumpa balik kawan-kawan lama , aku terharu...rasa macam nak nangis pun ada la.

Haritu aku dengan yus pergi tengok wayang dekat KLCC , cerita Solomon Kane. Disebabkan aku memang pecinta cerita epik, so aku dengan relanya bagi 3.99 star bagi cerita ni. Tapi yang aku tak berkenannya dengan cerita tu sebab dia ada guna istilah Malachi' (Malaikat) , Solomon (Sulaiman)...dan beberapa lagi ayat yang kalau ditafsirkan dan direnungkan boleh memesongkan akidah orang Islam. 

Hurm, dah banyak dah cerita macam ni dikeluarkan dekat panggung. Cerita Legion dulu pun sama...semua nak kaitkan dengan Tuhan, Malaikat, Dajjal...entah apa agenda mereka sebenarnya menerbitkan cerita-cerita macam ni.Aku pergi tengok pun sebab nak menghiburkan diri je.

Oh, anyway ini gambar-gambar sekitar taman KLCC tu. Aku memang suka jalan-jalan kat taman ni, tengok orang yang macam-macam ragam...And, thanks to yus sebab teman aku tengok wayang dan jalan-jalan haritu...;)

Lovely day with old friend from BBGS ;)
Jalan-jalan di taman.

Kehijauan nan permai...

Neo dan Yus

Yus baru beli shades baru ;)

Posing saja-saja...

Aku tak reti pakai sun-glass macam yus...kalau aku pakai mesti buruk...

Nice...
Yus kata : Weh amik gambar aku tengah jalan..dan aku pon snap...haha..

Aku tengah adjust kamera timer...tak bawak tripod la plak...
Cantik pemandangan pokok, macam dalam kebun kelapa sawit..


Sedap gila tempat makan yang kitorang try kali ni...tapi aku tak ingat la nama dia...

Kusyuk...aku terror pakai chopstick tau...

Yus baru belajar pakai chopstick. hahaha ;) Jumpa lagi lain kali ;)
Jom buat lesson plan untuk hari isnin, wahaa...aku dah kena penyakit monday blues. Yucks!!

Sunday, March 21, 2010

Aktiviti Menggambar, Pendidikan Seni Visual.

Macam biasa lah, aku bukan ada idea sangat nak ajar budak-budak ni apa time subjek pendidikan seni. So, aku selalu rajinkan diri tengok dekat internet untuk hasilkan seni kraf yang baru dan pelik-pelik.Kali ni aku buat aktiviti menggambar , menghasilkan gambar pokok menggunakan pelbagai teknik iaitu gunting tampal (kolaj) .

Tajuk : Tanya Sama Pokok
Bidang : Menggambar
Step : 
  1. Nyanyi lagu : Tanya Sama Pokok : Versi Yuna (cari dalam internet)
  2. Menari dan membuat gaya pokok
  3. Soal jawab dan mengenal bahagian-bahagian penting yang ada pada sebatang pokok
  4. Kenalkan bahan dan alat yang diperlukan dalam menghasilkan gambar pokok
  5. Tunjukcara menghasilkan gambar pokok oleh guru
  6. Murid menghasilkan gambar pokok dengan bantuan guru
  7. Guru beri hadiah kepada murid yang menghasilkan karya yang terbaik



Gambar-gambar ceria budak-budak aku buat seni kraf ;)


Cool tak? Pernah tengok gambar pokok guna tangan? Tak pernah kan...hehehe..chow dulu.

Friday, March 19, 2010

Pemain Bola Nombor Satu Malaysia Kecundang Di Katil HUKM!!

Harini dengan rasa malasnye aku, adik aku, and mak aku telah bergerak awal pagi untuk menjenguk bro aku kat HUKM. Ape kes? Bro aku ni pernah terputus urat kat bahagian lutut dia masa dia main bola sepak tahun lepas, tapi sekarang baru nak operate kasi sambung balik itu urat.

Kesian gak bro aku ni, gaji dia yang ciput tu bukan cukup sangat nak tampung kos operate Rm6,000 tuh...So mak aku buat fund-raising untuk bro aku ni. Aku derma Rm100 je. Sorry la bro, duit aku takdelah banyak sangat...;) 

Kepada ko bro, aku ucapkan semoga cepat sembuh okay. Ko kene ingat ko tak boleh main bola dah lepas ni. Disebabkan rumah takde astro so lepas ni ko leh lepak kedai mamak je, tgk football match. Reti?



Ni lah bahana main bola sepak, sampai urat lutut terputus.


Hekeleh..tak heran la, nak operate silalah...

Huh doktor, sila simpul-mati kan urat lutut saya yang terputus tu ye!

Ada ke orang nak operate orang gedik macam ni?


Bro angah aku, setia di HUKM leh gak dia jenguk-jenguk bro along aku...kesian gak dia stress dengan nurse-nurse yang agak laser kat situ...


Aik, tadi berlagak sangat...sekarang dah terkulai...ni belum masuk operation theater lagi ni...

Jangan tertipu ye adik-adik. Dia buat-buat pengsan je tuh. Baru masuk dalam lift dah menggelabah...tak macho betul.


Haha...gabra la tu..


Ni gamba last masa dia pergi operate pagi tadi...


Oh, ni sebelah petang. Dah sihat dah, cuma half body paralyze dia kata tak boleh rasa kaki lagi sebab kebas kot..


Siyes, makanan tak sedap. Cis selalunya aku yang habiskan makanan dalam tray ni. Tapi harini tak lauk tak mengairahkan la plak...


Suka sangat buat perangai bila aku snap...adoi...sakit wat cara sakit la bro...

Ok, malam ni ko tidur sorang kat hospital okay. Jumpa ko esok.


Chow, salam.

Thursday, March 18, 2010

Searching For Hijab Style? | My First Attempt Wearing Maxi Dress |

Hari tu aku puas merayau-rayau sekitar kamdar , nagoya , dan semua kedai kain area jalan tar semata-mata nak cari kain untuk buat maxi. Kakak aku sarankan beli kat kedai je, but mostly yang jual di kedai tak ikut saiz aku. Maklum saja la, maxi dress sesuai untuk orang yang tinggi. Aku yang rendah ni kalau pakai maxi readymade tu  jawabnya memang kain tu akan menyapu lantai. 

So, for the first attempt untuk hijab stlye, aku cuba tempah maxi sendiri dulu.Beli kain yang murah-murah kemudian tempah dekat satu makcik ni harga sepasang maxi RM30. So kedua-dua maxi aku tempah RM60. Aku puas hati dengan jahitan maxi tu sebab ada cutting sikit. Memang lawa dan simple.

Kenapa mesti maxi? Sebenarnya aku suka bergaya simple dan tidak gemar pemakaian yang nampak berat. Aku rasa sesuai sangatlah pemakaian maxi ni sebab mudah, cepat, senang dipakai, senang nak berjalan, dan sopan. Kalau nak pergi class pakai maxi dan cardigan @ coat je dah cukup adorable dah.


Pictures of me wearing my new maxi ;)

First maxi : Black and Gold...erm..cool retro...


Second maxi : Black and purple...yummy blackberry ;)


Cantik tak? Boleh bagi cadangan tak macamana nak cari maxi yang sesuai dengan size kita?

Aku ada koleksi dua helai maxi jer. Lepas ni nak kena tambah koleksi lagi la...

Yup, kira selesa lah pakai cardigan dengan maxi. Memang sesuai untuk cuaca panas kat Malaysia ni...

Yang ni kena buat satu special entry lagi, sebab ada meet up dengan ex-schoolmate ;) Her name is Yusliana.

Ok, chow dulu...salam.

Wednesday, March 17, 2010

Keburukan Facebook | Part 4 | Teknologi Giat Meratah & Melapah Umat Islam

 Ohyeah...
Lagi-lagi facebook. Sikit-sikit facebook. Makan tido facebook.Aku masih tak pasti samaada korang sedar ke tak sedar yang facebook banyaknya mendatangkan keburukan lebih dari kebaikan? Kerana bagi aku, facebook tetap merupakan sebuah teknologi yang sedang giat meratah, melapah dan menelan kita, terutamanya umat Islam.

Kenapa aku cakap umat Islam? Sebab aku dapat rasakan yang facebook ni betul-betul meng-yahudi kan aku. Sebab facebook lah aku abaikan assigment aku, sebab facebook lah aku abaikan solat aku, sebab facebook lah aku abaikan kesihatan aku, dan juga sebab facebook jugalah aku sibuk mengejar duit, duit dan duit. Dan aku masih lagi alpa.

Abaikan assignment. Setiap kali buka laptop niat memang nak buat assignment, tapi wajib buka facebook dulu. Kemudian, hanyut. Aku lebihkan facebook dari buat kerja. Penyudahnya kerja tak siap-siap.

Abaikan solat. Hayal membalas komen-komen di facebook, kemudian sentiasa mahu update status, tidak kurang dengan menayang gambar-gambar gedik di facebook,sehingga waktu solat nak habis baru aku terhegeh-hegeh pergi solat. Aku telah menduakan Allah dan menghambakan diri dengan teknologi buatan manusia.

Abaikan kesihatan. Waktu makan mula bercelaru dan kadang-kadang hingga lupa nak makan. Perut tak lagi rasa lapar sebab telah disuap-suap dengan bekalan keseronokan ber-laman sosial.

Gilakan duit. Aku makin sedar yang facebook banyak menawarkan buat duit sini, buat duit sana, buat duit dengan cepat, buat duit sekelip mata. Aku ragu-ragu, aku tak pasti siapa yang boleh beri orang duit free-free macam tu. Orang tu pastinya orang yang hebat sebab ramai yang jadi mata duitan sebab facebook. Ingat, makin kaya kita dengan duit, makin jauh kita dari Allah. Aku tak mahu jadi macam tu. Aku nak jadi normal je.

P/s : Aku bukan ahli fikir. Korang fikirlah sendiri, aku taknak delete facebook since gathering hari tu pun berjaya sebab aku guna facebook event je. Aku nak kurangkan online di facebook. Mungkin...kot...kot je la...Keliru.

Monday, March 15, 2010

BBGS Reunion 2010 !

Love you so much, friends.

Salam, I just wanna tribute my humble appreciation to all my friends who have attended for the school reunion that happens recently on 13 March 2010 at Berjaya Time Square. Congratulation especially to my teamwork that has been scarifies a lot for this event.

Bravo to Liyana Jasmin, Amy Isa , Sazana Ayob and me myself for the triumphant of the reunion. For those who have struggled a lot to invites friends, I wish you all thank you. I felt superb happy, and I can’t expressed the valuable moment with words.

Alhamdullilah, the reunion has gone very victoriously and most of us have put away the status, rank, and standards during the school period for this special meetup. Formerly, we often fight and make enemies in high school, but on that day we happened to be like one happy family. However, if any of you have found any bitter in the sweets, forgive us all...please.

It’s clear that we all still love our old school, right? Although Bukit Bintang Girls School (BBGS) has switched its name to Sri Bintang Utara (SBU), we still love BBGS more than we love SBU. 

Why do we adore BBGS so much? As for me, I think the students are great, and there are lots of quality teachers, plus with the havoc environment surround that’s school have just made it all in such a complete package.

By the way, for those who has gone to Rahmatullah…Siti Mariam, Nur Shareena, and Maizurah. Lets together remit them prayer, and may Allah grant them with peace and place them in heaven. Al-Fatihah.

Great teamwork girls. 

Thanks Saz for the t-shirt! Not to forget, thanks to Remy aka. our shirt designer.

Time to eat!

My first time karaoke experience. Haha...its cool!

Randomly snap snap snap.

Do you know who got poison?

Ofcos not me! Haha...gotcha!

 Cant believe myself enter karaoke for the first time in my life. ;)

Cherish moment...

Happy crazy moment...

Farewell moment...

Superb moment...see ya around in the next BBGS reunion ;)
 

Designed by Alieff Artwork