Thursday, November 11, 2010

Pembunuhan Kejam : Lelaki Tetak Kepala Emak Sampai Otak Terburai.

Gempar ! Anak tetak emak sampai mati ! Semalam, ade kes sorang anak lelaki ni tetak mati kepala emak dia dengan kapak sampai otak terburai. Hari ni, lelaki yang tinggal kat Felda Chini Timur 1 dah pun ni ditangkap oleh polis dan direman seminggu. Suspek yang berusia 23 tahun dipercayai telah menuntut ilmu yang salah dan tiada rekod jenayah sebelum ini.

Rasa simpati kepada keluarga dia...salam takziah kepada keluarga Marzuki Ismail. Dunia ni teruk dan songsang kalau kita tak ikut jalan yang betul...Pilihlah kawan yang baik, nescaya kau akan jadi orang yang baik baik...

Marzuki Ismail guna kapak untuk membunuh emak


Gambar Marzuki Ismail, 23 tahun, ditangkap polis dituduh menetak emaknya dengan kapak

apa motif Marzuki Ismail membunuh emaknye ? tidak diketahui la plakk
 
KUANTAN 10 Nov. - Suspek dipercayai menuntut ilmu salah sehingga mempunyai niat membunuh ibunya, Che Wa Isa, yang berusia 57 tahun.

Menurut Yahaya, hasil siasatan terhadap suspek mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Kita percaya suspek bukan penagih dadah tegar namun tidak menolak kemungkinan suspek pernah mengambil ganja untuk suka-suka," katanya.

Ditanya sama ada suspek pernah menerima rawatan pesakit mental, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat berkenaan.

"Kes ini masih terlalu awal untuk diketahui punca serta motif kejadian. Siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya. - Sumber-
 

Designed by Alieff Artwork