Sunday, October 03, 2010

Pengakuan The Biggest Loser In The World : Pengorbanan Yang Ikhlas Bertukar Menjadi Benci Dan Mati.

Im gonna self destruct ;(

Im lost looking for myself ...
and im proud to be the first loser ever...

Aku percaya, walau macamana susah pun aku jalani hidup ni, aku pasti ada hikmah disebalik dugaan yang aku hadapi ni. Cuma...aku tak tahu bila, bila dan bila perkara ni akan berakhir. 

Aku macam berperang dengan diri sendiri...semua yang aku buat, aku terpaksa korbankan benda atau perkara yang aku sayang semata-mata untuk buat orang yang aku sayang bahagia...sampai satu masa, aku juga benci benci sangat benci untuk berkorban demi orang lain.

Bila sampai rasa benci, adakah ia masih dipanggil pengorbanan? Bila lakukan sesuatu dengan hati yang tak ikhlas...hati pun tak senang, hati pun asyik memberontak, jiwa pun resah gelisah, muka berkerut sepanjang masa, otak berat, dan sentiasa hela nafas dalam keadaan yang lesu kecewa.,Ya...itulah aku. Akulah itu...Itu aku.

Saat ini, aku cuma nak jadi seorang yang loser...the biggest loser in the world. Seorang yang tak mampu bahagia, seorang yang tak mampu untuk gembira, seorang yang tak mampu bersuka ria, seorang yang tertutup mindanya, seorang yang takkan sesiapa pandang bakat atau pendapatnya, seorang yang zero dari semua perkara. 

Come on world, tengok la aku la the biggest looser in the world...hebat kan, aku lah terhebat dalam dunia sendiri...I became like this because no one would listen to me, and thanks for that. What a great world im living in, eayh...


 

Designed by Alieff Artwork